Tuesday, October 28, 2008

Help! It has been a 'war' here!!!

Adoi!! Aku rasa macam nak pecah aku punya tympanic membrane aku dgr bunyi mercun ni. Yup. sekarang ni tgh ada sambutan Deepavali. Berbanding kat Malaysia, sambutan kat sini amat, amat la meriah, and yet, menyakitkan telinga aku, huhuhuhuhu. Kalau kita mercun diharamkan oleh kerajaan, tapi kat sini mercun 'dibenarkan', hehehehehehehe. Pang pung pang pung bunyi mercun ni berbunyi. Kalau ada yang lepaskan bunga api, pergh, mmg lawa! Anyway, aku takde masa nak amik gambar orang sambut deepavali ni. Just to say, kat depan rumah dah sekelilingnya dah ada banyak pelita dan juga kolum (benda yang diaorang selalu lukis atas lantai tu guna beras warna). Tgk diaorang pegi melawat jiran tetangga dan saudara mara sambil bawak buah tangan nampak mcam lebih kurang sama je ngan tradisi kita setiap kali raya, hehehehehe. Sambil menulis ni aku tgh tgk keindahan bunga api di atas langit sambil memaki hamun bunyi mercun yang kuat nak mampus ni, huhuhuhuhu. Esok aku cuti lagi. Semalam pun aku dah cuti. Mmg best tul minggu ni, heheheheh. Sabtu ni lak ada sambutan hari raya universiti. Ok la, aku rasa aku dah tak tahu nak tulis apa lagi. Next post will be about the eid celebration this saturday. Until then, adios!

PS: Aku sekarang tgh cuba untuk stop minum air gas. Doakan kejayaan aku ni, hehehehehe.

Monday, October 27, 2008

Love This!

I love this song! It is soooo meaningful and it is also sooth my feeling whenever I'm down. Enjoy it!

Sunday, October 26, 2008

Hypocrite!!!!!

Evening to all. Today I've been thinking a lot about my environment. I realized that I'm living around many hypocrite people. Damn, that's not good right? Anyway, I just want to talk a lil' bit about this hypocrisy. Hypocrisy can be define as the act of preaching a certain belief, religion or way of life, but not, in fact, holding these same virtues oneself. Let just say that a father told his son not to smoke, but in fact he himself smoke everyday. Got it? Anyway, I just want to express about hypocrisy that happening around me. Some people are soooooo religious. When they saw someone do something beyond the virtue of the religion, they will try to advice the person to stop doing it. A good example is about couple. In Islam, there are many debates about this couple thingy, but most of them said that couple before marriage is not good because it can cause many 'unwanted' events. I agree with that statement, but only if that person can't hold on to him/herself. What about if the person can control his/her feeling? Love is something that can't be controlled. It just come without our notice. Love is a feeling that can either be good or bad, depending on how the person use this feeling. But, that is not my point. My point is that some of my friends have been coupling for years, or even just getting started. So far, they still can maintain their boundaries on love. Some of these religious friends of mine said about couple, you know like "it is not good", "it is 'haram' in Islam" and many more. Due to the pressure, some of my coupling friends break up with their gf. It was so sad to see them separate. Some of them cry because of the break up (girl, not boy, huhuhu). But, what make me soooo piss off is that, months later, these same people who ask my friends to break up finally got themselves a gf! And, until now, they still go on with their relationship, although they tried to hide it for everyone else. But we are no fool! It is obvious on the way they talk, etc. And, as far as I can see, they are happy about it. I was sooooo furios when I knew about this. My break up friends were also mad and also feeling a lil' bit frustrated to them. They thought that they can trust them and admire them, but now it is over! This is a VERY GOOD example on hypocrisy, don't you think so? Anyway, this is what happen around my world. Lucky me that I'm not belong to that hypocrite group. I really respect my friends who are really patience about this matter. I hope that God will always shine and smile upon them. That's all, and I'm very, very relieved after writing this post. Good night!!!

Saturday, October 25, 2008

Aku, Mimpi & JASSI

Salam. Sekarang ni tgh hujan. India sekarang tgh mengharungi musim tengkujuh. Cuaca Bangalore yg sejuk + hujan ni mmg membuatkan aku menggigil, walaupun aku banyak simpanan lemak, hahahahaha. Ok la, aku takde niat pun nak citer ttg cuaca Bangalore. Post aku kali ni hanyalah semata-mata untuk meluahkan perasaan yang tak best untuk aku simpan. Sejak semenjak ni, diri aku sentiasa diselubungi oleh perasaan yang sangat menakutkan. Bayangan, firasat dan mimpi yang tak baik sentiasa saja 'menyerang' aku setiap kali aku tido. Aku tau yang aku tak sepatutnya mempercayai mimpi, tapi kadang2 mimpi ini la yang menjadi petunjuk kita untuk masa akan datang. Aku tau, sbb aku dah pernah mengalaminya. Aku yang sepatutnya menyertai JASSI menarik diri pada saat2 akhir disebabkan aku mengalami satu mimpi ttg JASSI yang membuatkan aku tak sedap hati. Bukan aku nak mengutuk JASSI, cuma aku tak nak perkara dahulu berulang lagi. Ada kawan aku ym aku semalam, cakap kat aku yang perbuatan aku ni tak bertanggungjawab dan menyusahkan rakan2 lain yang menyertai JASSI. Aku tau, aku salah. Tapi, aku jugak ada hak untuk menarik diri, dan sepatutnya mereka patut bersedia dengan perkara2 sebegini. Aku nak minta maaf kat diaorang sekiranya penarikan aku menyusahkan diaorang. Rasanya tu je yang aku nak cakap.

~signing out~

Tuesday, October 21, 2008

2nd Phase......

Salam. Akhirnya, aku sampai jugak dengan selamat ke bumi Bangalore ni pada 12/10 aritu. Minggu ni merupakan minggu pertama kelas 2nd phase kitaorang bermula. 2nd phase ni ada 3 semester (term). Sekarang ni aku 3rd term. Last week kitaorang tak start kelas lagi sbb handle junior yang baru sampai Bangalore pada 10/10 aritu. Walaupun orientasi kali ni agak 'horror', tapi semuanya berjalan ngan lancar. Kali ni aku amik 5 subjek utama, iaitu PATHOLOGY, MICROBIOLOGY, PHARMACOLOGY, FORENSIC MEDICINE & COMMUNITY MEDICINE. Pada masa yang sama kitaorang jugak ada clinical posting. InsyaAllah, aku akan ditempatkan di Baptist Hospital, sama ngan senior punye. Kitaorang jugak akan belajar clinical subjek seperti OBG (OBSTETRIC & GENECOLOGY), OPTHALMOLOGY, PAEDEATRIC, SURGERY, MEDICINE & DERMATOLOGY. So far, aku dah mula minat dengan pharmacology eventhough senior kata subjek ni la yang paling tough dan susah. Azam aku 2nd phase ni, aku tak nak dah lagi main2 macam aku buat kat 1st phase. No more games, less internet but the food will still remain my top most priority, hahahahaha. Duit aku pun sekarang ni tinggal sikit sbb banyak berbelanja aritu kat Malaysia. Lepas ni nak kumpul duit banyak2 balik, nak jadik semula 'bank dunia', huhuhuhu. Bulan 12 ni nnt aku rancang nak join cai pegi Delhi. Tolak duit sewa + bil telefon, aku rasa aku masih lagi boleh berbelanja untuk ke Delhi nnt, hehehehehe. Anyway, doakan kejayaan aku di sini dan aku jugak, InsyaAllah akan turut mendoakan kejayaan korang semua. 2nd phase is a very toughest year for me. Hope that I can catch up with it and have it in my hand!

PS: Hari ni uncle Ganesh bagi aku tips menguruskan berat badan, huhuhuhu.

 
Love to be a successful and caring doctor.......God help me please!!!!

Wednesday, October 15, 2008

Raya2 di Malaysia!

Salam semua!! Menyambut ketibaan syawal di Malaysia tidak semeriah seperti menyambutnya di India. Alhamdulillah, tahun ni aku dapat jugak beraya dengan sakannya di Malaysia. Daripada raya pertama sampai la raya ke-11, iaitu sebelum aku fly balik ke Bangalore pada 12/10, aku mmg beraya sakan giler la! Daripada rumah saudara sampai la kepada rumah rakan2 dan jugak para guru aku pegi beraya. Memang rindu giler kat diaorang semua! So, aku nak citerkan la sikit rentetan raya aku di Malaysia dari raya pertama sampai raya kesebelas, huhuhuhu.

RAYA PERTAMA:
Raya pertamaku dimulakan dengan menunaikan solat sunat aidilfitri di Masjid As-Salam, Kesang Tua, Jasin, Melaka. Selepas menunaikan solat sunat dan mendengar khutbah hari raya, aku pulang ke rumah untuk bersarapan bersama keluarga. Ketupat, lemang, pulut kuning, randang daging dan perut serta kari ayam sudah terhidang sedia di atas meja makan. Aku makan macam orang tak pernah jumpa makanan je, huhuhuhu! Selepas bersarapan, kitaorang pun bersiap sedia untuk beraya di kampung Batu Gajah, Merlimau. Ni kampung ayah aku. Sebelum tu, sesi bermaaf-maafan dan bergambar tidak sama sekali dilupakan. Ayah beraya dulu di Chohong, kampung mak cik manakala kitaorang adik beradik (angah takde sbb dia beraya kat Mersing dulu, esok baru sampai Melaka) pergi ke tanah perkuburan untuk melawat kubur arwah mak, Hjh. Khadijah binti Hashim. Suasana pilu menusuk kalbuku tatkala mendengar alunan suara kak dila membaca surah yassin. Along tak naik sbb dia kata malas nak naik tangga. Hari yang mendung menambahkan lagi suasana pilu dan sedih. Lepas ziarah mak, kitaorang adik-beradik pun pergi ke kampung untuk ke rumah Uteh, Long, Ngah dan Alang. Dah lama tak jumpa sepupu dan jugak anak saudara. Semuanya dah besar panjang, huhuhuhuhu. Kak Ros, yang mmg sentiasa petah dan ligat menambahkan lagi kemeriahan suasana hari raya, hahahahaha. Kitaorang beraya start dari rumah Uteh dan akhir di rumah Ngah. Habis raya di Merlimau, kitaorang proceed ke Kemendor untuk beraya ke rumah Busu. Selamat masa kitaorang sampai kat rumah busu tu, diaorang pun baru je sampai, kalau tak mmg tak beraya la kitaorang kat rumah busu, huhuhuhu. Lepas rumah busu, kitaorang pun balik untuk bersiap sedia menyambut ketibaan tetamu pada waktu malam. Walaupun lambat, tapi abang aziz ngan kak ati datang. Yang lain2 sampai esok, huhuhuhu. Raya pertama mmg meletihkan, namun sangat best! Penat sangat, kitaorang pun tido, huhuhuhu.

RAYA KEDUA:
Raya kedua ni, aku tak duduk rumah. Sebaliknya, aku angkut dak wak ngan aki untuk jalan2 raya. Pagi dalam kul 8.30 am lagi aku dah bergerak untuk amik dak aki ngan wak kat ayer keroh. Around 10.00 am, kitaorang pun memulakan misi beraya, hehehehe. First house, rumah cikgu aku masa kat matrik dulu, Pn. Noorlida di Lubuk China, huhuhu. Wak ngan aki tak kisah memandangkan aku yg drive, hahahahaha. Sampai kat rumah cikgu Noorlida kul 11.00 am++. Seronok tul dapat jumpa cikgu Noorlida. Masa kat matrik, cikgu Noorlida la yang banyak tolong aku dalam subjek biologi. Cikgu jugak dah aku anggap macam mak aku sendiri. Banyak benda yang aku mintak tolong dari cikgu. Kekadang, bila tgk cikgu Noorlida ni, teringat aku kat arwah mak. Perangai diaorang pun saling tak tumpah. Kitaorang lepak kat sana lebih kurang sejam. Then, pas tu kitaorang pergi beraya ke rumah kaunselor kesayangan kitaorang, Cikgu Rogayah (kak rog) di Serkam Pantai. Banyak tul citer yang kitaorang dapat korek dari kak rog, spt krisis cikgu kena pindah dari STP, prestasi bebudak STP dll. Pas tu, singgah jap beraya di rumah Qamar & Anuar di Taman Serkam Jaya. First time aku gi raya rumah diaorang, huhuhu. Kitaorang siap sempat solat zohor kat situ lagi. Then, kitaorang pergi ke rumah Nazmi di Kuarters Guru, SMK Tun Perak, Jasin. Malangnya, cikgu Muawanah ngan suami takde, diaorang balik Pahang. So, it just Nazmi, nenek dia dan adik dia. Nazmi ni sama kelas ngan aku masa form 1 je. Wak paling sakan berborak ngan Nazmi, huhuhuhu. Aku ngan Aki banyak berdiam diri dan makan je, hahahahaha. Pas rumah Nazmi, kitaorang pegi ke rumah Rafhanah Saponit (Raf) di Tehel. Raf sekarang belajar medik jugak, sama ngan Yus di Cairo Universiti, Egypt. Dia balik Cairo 6/10 ni. Time kitaorang datang rumah dia, saudara-mara dia mmg ramai lagi, huhuhu. Tu yang untungnya, dapat makan best2, hehehehehe. Lepak rumah dak Raf agak lama jugak la, sampai kat kul 6.00 pm. Pas tu, kitaorang stop jap kat Masjid Tehel untuk solat Asar and then off to ayer keroh. Kitaorang singgah ke rumah Sobre Yunos a.k.a Polar Bear, hahahahaha. Dah lama aku tak jumpa dak Sob, rindu tul aku kat dia! Dia masih tak berubah, macam tu jugak, hahahaha. Then, pegi beraya rumah dak aki and then hantar wak balik. Selepas tu, aku diajak oleh arif untuk beraya ke rumah Mak Sajen. So, balik dari hantar wak, aku pun terus pergi ke Taman Maju. Arif bertolak dari rumah naik motor ayah. Kat rumah Mak Sajen, jumpa dak Amin ngan abang dia, Ust. Fakhrulrazi dan isteri. Mak Sajen hidang nasi minyak, huhuhuhu. Lama tak jumpa, rasa best lak dapat berborak ngan mak sajen dan ayah sajen. Overall, misi beraya tamat kul 9.30 pm++. Memang seronok hari ni, walaupun tak banyak rumah yang kitaorang pegi memandangkan ramai yg balik kampung dan beraya ke rumah saudara. Anyway, it was fun beraya with wak and aki. Sampai rumah, mandi dan trus tido, hahahaha.

PS: Hari ni ramai tul anak buah dan saudara ayah aku dtg, hehehehehehe.

RAYA KETIGA, KEEMPAT & KELIMA:
Pasal aku sekalikan tiga raya ni? Sebab pada raya ketiga, kitaorang semua pulang ke kampung arwah mak di Kuala Kangsar, Perak! Dah lama tak balik Perak, lebih2 lagi sejak arwah mak meninggal. Untuk mengelak daripad terputus hubungan, ayah pun ajak kitaorang balik Perak. Balik ke Perak bererti aku tak dapat beraya ngan bebudak ni pada raya keempat, huhuhuhu. Tapi takpe, family first! Bergerak dari Melaka kul 9.00 am. Aku pegi ngan ayah, sementara kakak aku diaorang bertolak lambat sikit. On the way ke Perak, berhenti jap kat R&R Rawang. Then, singgah ke Tanjung Malim untuk beraya ke rumah kawan lama ayah. Then, kitaorang menenruskan perjalanan dan akhirnya sampai di rumah opah kul 4.00 pm++. Ayahlang and famili ada kat rumah opah. Dapat aku berjumpa ngan sepupu aku yang semuanya dah tunjang2 belaka, hahahaha. Then, Pak Ngah pun balik dari Taiping. Berjumpa aku ngan Fadhly, Linda dan Yus, anak2 pak ngah, huhuhuhu. Terasa macam gathering keluarga Nyah Robeah lak, huhuhuhu. Achik and his big famili mmg tak leh miss sbb diaorang duduk bawah rumah opah, huhuhu. Mmg malam tu riuh rendah rumah opah. Before that, aku tgk opah aku, huhuhuhu dah jadik 'kecik' dah. Cucu2 semuanya besar bangat, huhuhuhu. Pada raya keempat, famili "Jah" bergerak ke rumah 'jeneral2' bersara, huhuhuhu. Kitaorang hanya pegi umah Tok Yop, Pah Mah (balu Tok Mat) dan Pah Zah (balu Tok Din). Rumah Tok Chik aku tak sempat pegi sbb dia gi Ipoh, ada kenduri kahwin. Pas tu, kitaorang adik beradik pegi jalan2 kat Lembah, makan laksa and cendol. Memang best!!! Then, amik2 gambar di sekitar sungai perak, keliling istana Bukit Chandan and then pulang ke rumah. O ye, lupa lak. Kat umah adanya Tok Wan dan Pah An yg datang dari Ampang. Diaorag tido rumah opah malam tu. Tok Cu jugak ada turun dari Ampang ke rumah Opah. Then, malam sabtu lak, wancu and famili datang. Pak Ngah ngan Ayahlang dah balik pagi dan petang sabtu. Pada hari ahad (raya kelima), aku ngan ayah balik semula ke Melaka. Bergerak dari Perak selepas Subuh, sbb nak elak traffic jam. Sampai Melaka around 11.00 am. Malam lak aku gi beraya rumah dak ati ngan ain. Sampai rumah diaorang kul 8.15 pm, balik kul 10.30 pm, huhuhuhu. Best giler dapat jumpa diaorang, dan jugak aminah. Sampai aku balik kitaorang tak habis2 berborak ttg zaman sekolah dulu, gosip2 terbaru dll, huhuhuhuhu. Mmg best raya kali ni....

 
 
RAYA KEENAM:
Pada raya keenam, memandangkan ramai dah balik semula ke universiti, aku sorang je la yang meneruskan misi beraya aku.Hari ni aku gi beraya ke rumah CTM, ayong dan cikgu sazali. Aku kuar dari rumah dekat kul 2.00 pm. Sebelum tu, pagi tadi dak shukri rasid ada datang umah aku. Dia takde la nampak berubah sangat. Dia sekarang kat Maktab Perguruan Sungai Petani, Kedah. Aku hidangkan kat dia mee goreng yang aku masak, hehehehehehe. Ingat nak gi umah dia jugak petang tu, tapi dia ngan mak dia lak kuar, huhuhuhu. So, aku gi umha CTM first. Raya2 kat umah dia, ingat pas tu nak ke umah ayong, tapi bila aku call dia lak kuar ngan pakwe dia. Dia terlupa aku nak datang umah dia hari ni. Sementara menunggu dia balik semula ke Tehel, aku round2 jap kat Melaka Mall yang terletak bertentangan dgn Graha Makmur tu. Walaupun tak ramai orang, tapi suasananya aku anggap ok la. Then, tgh syok round2 Melaka Mall, pakwe dia msg aku ckp yang diaorang dah balik. Aik, dak ayong cakap dia balik malam! Mungkin sbb aku nak datang, pakwe dia consider sikit kot, huhuhuhuhu. Aku pun pegi la Tehel dan ke rumah ayong. Kalau kat umah ayong tu, aku kalau berborak mmg tak ingat dunia, hahahahaha. Pas tu, aku dah janji ngan cikgu sazali nak dtg umah dia kul 8.00 pm++, so sementara menunggu malam, lepas balik dari rumah ayong, aku singgah ke Jaya Jusco. Kat sana, aku semayang dulu dan ter'makan' McDonald, hehehehehe. Then, aku pun ke rumah cikgu sazali kat ayer molek. Huhuhuhu, bila jumpa cikgu ni, mula la berborak ttg keadaan aku di sana, aku punya badan dll. Pn. Horsiah hidangkan ketupat dan rendang ayam yang dia baru buat ptg tadi, huhuhuhu. Balik semula ke rumah kul 9.30 pm. 

RAYA KETUJUH:
Raya ketujuh ni, aku hanya beraya malam je ke rumah Pn, Daslina dan Pn. Safiah. Kuar dari rumah around 7.45 pm. Sebelum beraya, gi jap 7-11 kat Jasin beli barang sikit. Then, terus ke Melaka. First aku gi beraya ke rumah kak das di Taman Merbok, Ayer Keroh. I'm the first guest to arrive sbb dia kata dia ada jemput some of her St. Francis's students to raya as well as her neighbour. Best giler dapat beraya rumah kak das. Dia buat mee hailam kalau tak salah aku. Aku yang jadik tetamu ni turut membantu mengangkat pinggan dan air, hehehehehe. Student kak das yang datang semuanya non-Muslim. Diaorang tahun ni SPM, so good luck to them. Lepak2 dan berborak ngan kak das dan jirannya sampai kul 9.00 pm. Then, aku pun berangkat ke rumah kak safiah di Taman Bukit Katil, Bukit Katil. Sampai around 9.15 pm. Cikgu Safiah ni dulu ajar aku ngan abang aku biologi. Batch aku merupakan batch terakhir dia ajar sebelum dia berpindah ke SMK Bukit Katil pada tahun 2006. Dia ni merupakan cikgu yang paling best mengajar biologi dan seorang yang baik hati, huhuhuhu, also my mum's best friend. Kak safiah hidangkan aku Yong Tau Fu, lemang dan rendang. Mmg menjadi lumrah kalau beraya ke rumah cikgu safiah mesti lama giler sbb khayal berborak ttg perkembangan terkini mengenai sekolah dan sbgnya. Balik dari rumah cikgu Safiah around 10.00 pm. 

RAYA KELAPAN:
Raya kelapan ni, aku beraya ke rumah cikgu Sharimah di Kampung Ayer Repat, Nyalas. Ni pun aku raya malam. Ayah aku cukup risau aku pegi nyalas sorang2 memandang jalan ke Nyalas dari Kesang sangat gelap dan menakutkan, huhuhuhuhu. Tapi alhamdulillah, aku selamat pergi dan balik. Aku bertolak ke rumah cikgu sharimah around kul 7.50 pm dan sampai around 8.20 pm. Selamat aku ingat rumah dia kat mana sbb aku hanya pergi beraya ke rumah dia sekali je pada tahun 2006, ngan dak wak. Bila aku tgk cikgu sharimah, rasanya dia bertambah kurus. Aku beraya rumah dia dekat hampir 2 jam. Berborak mengenai sekolah, persediaan bebudak SPM tahun ni dan ttg kelas Bukhari mmg melalaikan aku. Baru aku tahu bebudak sekolah balik kul 3.05 pm berbanding kitaorang yang kuar kul 2.05 pm! Terkejut gak aku bila dgr ttg perkara ni + kalau bebudak Bukhari lak ada kelas kul 3.30 pm, 30 minit slps tamat P&P. Patut la ramai junior mengeluh ttg sekolah kat aku dlm ym, huhuhuhuhu. Cikgu Sharimah sekarang dah jadik GKMP Sains, menggantikan cikgu sazali di mana cikgu sazali lak jadik GPK Koku. Kalau ada dak wak, mmg riuh berborak. Around 10.20 pm, aku pun pulang balik ke rumah. 

RAYA KESEMBILAN:
Raya ni aku gi 3 buah rumah. Pada waktu siang ke rumah Atikah Hamdan di Pernu dan Atikah Hassan di Pondok Kempas. Malamnya lak aku gi rumah kak faiezah, pembantu makmal sekolah aku. Kul 9.15 am aku dah kuar umah sbb ada urusan di Maybank dan Tabung Haji. Dalam kul 10.00 am, baru aku bergerak ke rumah Atikah Hamdan. To tell youd the truth, aku sesat, hahahaha. Aku terlupa yang Pernu terletak sebelum Umbai, tapi aku ingatkan Pernu selepas Umbai. So, aku pun melilau la cari Pernu. Bila sampai Serkam, aku dah rasa tak sedap hati. Bila sampai Merlimau, confirm aku sesat. Aku call Atikah, suruh dia tunggu depan jalan ke rumah dia. Aku pun patah balik. On the way patah balik tu, aku baru teringat di mana Pernu, huhuhuhu. Dipendekkan citer, aku sampai umah dia around 11.00 am. Area umah atikah ni aman je, huhuhuhu. Mak dia masak untuk aku mee hoon goreng. Keluarga tikah ni mmg 'pure' melaka. Mee hoon goreng mak dia mmg pedas. Aku rasa kalau Cai makan mesti menangis, hahahahaha. Aku lepak umah dia sampai tgh hari. Then, aku gi JJ di Melaka. Tujuannya hanya untuk makan KFC, hahahahaha. Lepas dah makan KFC, singgah jap ke MBMB untuk bayar saman parking yang dah hampir sebulan 3 minggu aku simpan, huhuhu. Then, aku pun balik dulu ke rumah. Around 4.10 pm, aku kuar balik untuk beraya ke rumah Atikah Hassa. Ni pun aku salah sangka gak. Aku ingat dia duduk kat Selandar, so aku pun terus je la ke selandar, bila aku call balik, dia kata umah dia kat Pondok Kempas, huhuhuhu. Aku pun patah balik. Sampai umah dia dkt kul 4.55 pm. Umah dia hidangkan aku karipap buatan sendiri, dan air tehnya, pergh, mmg best!! Aku berborak ngan ayah dia lama jugak la. Dalam kul 6.00 pm, baru aku balik rumah. Malamnya lak, ayah ngan mak cik gi Nyalas sbb sekolah mak cik ada buat solat hajat untuk bebudak PMR yang akan exam minggu depan. Aku lak, dalam kul 8.00 pm tu kuar beraya ke rumah kak faiezah. Sebelum tu, aku gi dulu shopping center Jasin beli penimbang berat badan sbb nnt nak timbang berat beg dan sedikit nugget dan hotdog, hehehehe. Oleh kerana first time gi umah dia, so mmg berpusing la carik umah dia. Smpi kat kul 8.45 pm. Kak faiezah ni aku dah kenal sejak dari aku sekolah rendah lagi. Dulu dia ni kerja kat PPD Jasin dan memandangkan ayah aku pun dulu kerja kat PPD Jasin sebelum berpindah ke JPM + aku lak sekolah kat SK Jasin, di mana PPD Jasin terletak, so lepas habis sekolah, mmg aku selalu lepak situ la. Then dia pun dipindahkan ke SMK Tun Perak sebagai pembantu makmal. Kat rumah dia, aku dihadangkan dgn mee hoon goreng. Suami dia ada kanser peparu (left side), so sekarang tgh undergo rawatan kemoterapi. Kesian kat suami dia. Tapi, nak buat camna, dah takdir Ilahi. Aku beraya rumah kak faiezah sampai kul 9.55 pm. Sampai umah kul 10.15 pm. Time tu ayah pun tak balik lagi, huhuhuhu. 

RAYA KESEPULUH:
Raya kesepuluh ni, aku hanya pegi beraya ke rumah Mak cik Salmi, orang yang telah menjaga aku walaupun sekejap sebelum mak aku hantar aku ke rumah mak sajen. Ak dijaga oleh mak sajen sbb time tu mak cik salmi sakit, tu yang aku dihantar ke rumah mak sajen. Anyway, aku pegi beraya rumah dia ni pun sbb tgh hari tu dia ada call umah, nak cakap ngan ayah. Tapi aku yang jawab. So, dipendekkan citer, malam tu aku gi beraya rumah dia kat Taman Maju, kira macam terjah Nas Ahmad Melodi tu la. Dah lama tak jumpa mak cik salmi, banyak tul perkara yang kitaorang borakkan. Anak dia, kak ainul syafarina senior aku masa kat Tun Perak. Aku ngan kak ainul tu mmg rapat giler. Tengah syok berborak, tetiba je dak ayah sampai. Aku ingatkan ayah tak datang umah mak cik salmi, tetiba je buat surprise, huhuhuhu. Kitaorang sambung lagi berborak sampai pak cik shaari balik dari masjid. Overall, aku ngan ayah balik ke rumah dekat kul 10 pm. 

RAYA KESEBELAS:
Raya kesebelas ni, aku gi merayap2 ke bandar Melaka je. Sebelum balik ke India esok, nak jugak aku tgk2 bandar Melaka kesayangan aku ni, huhuhuhu. First, aku gi dulu zoo Melaka. Dah banyak dah perubahan yang aku lihat kat zoo ni. Then, lps 2 jam lepak kat zoo, aku gi lak Carrefour Melaka yang baru je bukak. Oleh sebab tu dia baru bukak la aku nak tgk, hehehehe. Selain carrefour, ada jugak GSC yang baru yang terletak di atas carrefour di Pahlawan Mall. Compare ngan GSC Melaka yang lain, this is the biggest and the best! Tgh round2 Pahlawan Mall, koe call ajak kuar. Aku pun balik semula ke Jasin dan gi ke kedai ayah dia, Al-Qaseme cafe di bandar Jasin, berhadapan dgn tabung haji tu. Aku makan nasi goreng kampung dan minum air iced tea lemon ngan teh ais. Tgh2 makan tu, tetiba je cikgu muawanah datang. Kitaorang pun berborak la ttg hal aku, anak dia nazmi dan ttg sekolah. Lepas makan, koe ajak gi raya rumah cikgu das ngan ust. rosli. Aku pun beraya la ke rumah kak das buat kali kedua, huhuhuhuhu (tapi kali ni ada teman). Then, kitaorang beraya ke rumah ust. rosli. Oleh kerana aku weng jap, aku suruh koe bawak kete, (shhh, jgn bagitahu ayah aku, hehehe). Kitaorang tak gi rumah dia, tapi pusat rawatan dia kat ayer molek. Raya2 jap, then aku pun hantar koe balik. Overall, aku balik rumah dekat kul 7.00 pm. 

RAYA KEDUA BELAS:
Raya terakhir aku di Melaka, aku hanya gi rumah dak akmal je kat semujuk. Kuar dari rumah kat kul 9.30 am. Aku berjumpa la ngan cikgu Zainal ngan cikgu Nurizzah. Akmal ni akan berlepas ke Mesir bersama2 ngan adik dia pada 16hb ni. Sebab tu la aku nak sgt jumpa dak akmal ni. Aku raya kat rumah dia dekat2 sejam la jugak. Cikgu Nurizzah hidangkan aku laksa, hehehehehehehe. Then, aku pun balik sbb nak packing barang2 untuk balik hari ni.     



Alhamdulillah, tu je la ttg raya aku di Malaysia. Mmg best dan sangat balik lagi, tapi kalau balik selalu nnt leka lak ttg study. Tak sure lagi macam mana, tapi InsyaAllah kalau cuti aku panjang lagi aku balik. Sekian........