Tuesday, September 30, 2008

Shopping!!!

Salam. Hari ni aktiviti aku adalah bershopping dan membuka akaun TH. Seawal pukul 9.00 am aku dah kuar dari rumah ke bandar Jasin untuk buat akaun TH. As expected, kereta mmg banyak giler kat Jasin sampai jam la kat 2 bulatan utama di dalam bandar Jasin. Aku mencari parking sampai kul 10.00 am! Tu pun aku parking jauh dari TH, kat area kedai Sakan bersebelahan dengan stesen bas. Selamat aku ni jenis orang yang tak berkira sangat. Aku pun menapak la dari bus stesen ke TH. TH pun hari ni pun agak ramai, biasa la dekat2 nak raya ni, ramai yang nak kuarkan duit. Tapi, aku lak nak buat akaun, hehehehe. Proses buka akaun tadi alhamdulillah tak lama. Malangnya, ada kecacatan dalam proses buka akaun tadi. Aku punya MyKad tak leh nak dibaca oleh MyKad reader TH!! Pegawai tu cakap walaupun akaun berjaya dibuka, namun tanpa MyKad, urusan kuar masuk duit sukar untuk diproses. Dia suruh aku gi JPN untuk bertanya mengenai MyKad aku. Lepas kuar dari TH, aku gi merata ke seluruh bank untuk tukar duit yg kakak aku suruh, namun semua bank menolak permintaan aku. Mesti dah takde duit kecik dah bank, hehehehe. Aku pun balik ke rumah around 11.00 am. Sampai kat umah, aku rehat jap, then kuar balik ngan along and kak dila untuk bershopping di Giant and JJ. Sebelum pergi Giant, aku stop jap kat Kompleks Kementerian Dalam Negeri untuk bertanya mengenai MyKad aku. Pak cik tu cakap aku kena tukar MyKad yg baru. Memandangkan ramai orang dalam JPN tu, aku tak sanggup menunggu lama untuk sampai giliran aku. Aku amik keputusan untuk tukar selepas raya, sebelum balik ke Bangalore. Then, kitaorang pun blah ke Giant. Sampai di Giant, pergi atas jap beli barang 2 dak along and dila. Kemudian, pegi bawah lak. Kak dila beli kasut manakala aku lak borong baju kat B.O.S! Aku tak sure duit dah masuk lum, tapi aku kuarkan RM800 untuk beli baju. Total baju dan seluar yg aku beli adalah RM603.30. Aku bajet RM500 je, terlebih seratus lak, hehehehehe. Balik ni penuh la beg aku ngan baju baru! Along pun beli jugak beberapa helai baju dan tracksuit. Then, kitaorang blah dari Giant dan menuju ke JJ. Sampai kat JJ, aku takde la nak beli apa2 kat sini, cuma kakak aku nak beli beg. Aku time ni mmg dah melepet dah. Ngantuk sangat! Afterall, shopping is my weakness. Lepas gi JJ, jemput kak suhaila balik dari kolej kejururawatan (baid tak dapat nak amik sbb dia gi servis kete kak dila). Then,hantar kak su balik dan kitaorang pun balik semula ke Sri Kesang, hehehe. Overall, perjalanan tamat pukul 5.00 pm. Oleh kerana aku ngantuk sangat, aku pun tido sampai kul 6.30 pm. I think that's all I want to say. Bubai...

PS: Lusa raya!!! Esok nak kemas umah toroughly....... Kat JJ tadi nampak TYT Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob tgh bershopping, huhuhuhu.

 
Kedai aku beli baju. Sini je yg jual baju saiz besar.
Baju2 yg dijual di B.O.S. Ni yg harga murah, yg mahal kat belakang sana
Baju yang aku beli hari ni, total RM603.30 :)
Suasana di tingkat 1 JJ
Suasana di ground floor JJ

Sunday, September 28, 2008

Reunion STPrianz di Medan Ikan Bakar Umbai

Salam. Malam semalam mmg best!! Malam yang dinanti2kan oleh aku dan bekas pelajar STP yg lain. Majlis Berbuka Puasa dan Reunion Bekas Pelajar SMKTP 05' telah diadakan di Medan Ikan Bakar Terapung Umbai. Turut diundang adalah Pn. Daslina bte Hj. Md Dasuki, bekas guru kitaorang yg telah pun berpindah ke SM St. Francis. Kami jugak menjemput Pn. Rogayah, malangnya dia tak dapat hadir disebabkan hal keluarga dan kirim salam kpd semua pelajar. Lebih kurang 30 orang yang datang semalam. Sebelum berbuka tu, masing2 berjumpa. Tak yah cakap la, mmg happening giler!!!! Dah 3 tahun tak berjumpa, rasa rinduuuuuuu sangat kat diaorang! Masing2 dah banyak berubah. Kalau yg pompuan, ada yang makin slim, makin cantik dan dah pandai mekap dah. Kalau yang laki lak, masing2 nampak matang dan stylo, huhuhuhu. Malam semalam penuh dgn gelak ketawa. Semalam makan ikan bakar jenahak, sotong goreng tepung, kepah, ikan sweet & sour, dan cencaru bakar. Lama tak makan ikan bakar, mmg semalam aku layan giler la! Sambil2 makan tu, berborak ngan kawan2 lama mmg menghiburkan hati. Dapat jumpa aki, wak, akmal, koe, ayong & the geng (except ati), nana, raf, dll. Sobre tak datang sbb dia segan. Asal aku dah ajak dia awal2, tapi masalahnya ada kesilapan teknikal sikit. Nombor hp yg kakak dia bagi tu betul dah, cuma aku yg salah salin, heheheheh. Sorry Sob!!! Anyway, aku jugak dapat berborak ngan kak das. Masa berborak tu, rasa macam kawan baik lak,hehehehehe. Bergurau senda ngan ayong & the geng mmg best. Kalau masa sekolah dulu, aku mmg suka berborak ngan ayong & the geng. Rasa rindu lak time sekolah, hehehehe. Overall kitaorang balik kat kul 10 pm. Memang merupakan hari yang paling best dalam hidup aku. Dapat bertemu dgn rakan2 sekolah lama mmg menyingkap kenangan2 lampau. Lepas ni aku mungkin tak balik, tak tau lagi bila dapat bertemu dgn diaorang. Aku nak ucapkan tahniah dan syabas kpd koe yang mengurus dan menjayakan majlis iftar malam semalam. Semoga kita semua dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.

SHOTS TAKEN FROM IFTAR
 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
 
 
 
 
  
  
  
  
  
  
  

Saturday, September 27, 2008

Trip to KL....

Salam. In my previous post, I had mentioned about me going to KL with my eldest sister. Well, hari ni aku nak citer sikit ttg apa yg aku buat kat KL ni. Lepas balik dari Mersing, keesokan harinya (23/9/08) aku ngan along aku berangkat pulak ke KL untuk lepak kat rumah dia. Yg best kat rumah dia tu sbb ada streamyx!!!! Tu yg aku tak sabar2 nak gi KL, nak mempergunakan sepenuhnya kemudahan streamyx. Bertolak dari Melaka kul 9.30 am dan sampai ke KL pukul 11.45 am. Sepanjang jalan aku yg drive, hehehehehehe. From here, aku akan bahagikan experience aku kpd tarikh2 di bawah untuk memudahkan perjalanan citer aku ni:

23/9/08:
Setelah sampai di KL, kitaorang berehat jap sementara menunggu kakak aku lagi sorang (kak dila) balik dari kerja. Pas dia sampai, kitaorang semua bersiap2 untuk pergi ke Mines untuk berbuka di Sushi King!!!! Dah lama tak makan masakan Jepun. Kat India apa je ada, chinesse, indian, and thai cuisine, but not japanesse cuisine. Aku mmg teruja sangat nak makan Sushi King. Dah hampir setahun aku mengidam nak makan Sushi King, dan akhirnya impian aku menjadi kenyataan. Bukannya takde Sushi King kat Melaka tu (ada kat Jusco ngan Tesco), cuma tak best makan sorang2. Ayah aku pun bukannya makan sangat benda2 macam ni. Kat Sushi King tu, aku mmg order tahap babun la! Banyak tul aku order, smpi aku pun tak ingat namanya, huhuhuhu. Anyway, bila dah masuk waktu berbuka, aku terus belasah apa yang ada di depan mata aku. Kadang2 tu, aku juga amik sushi yg dah siap atas vendor sebelah aku, hehehehehe. Pas makan one set, aku order lagi one udon mee. Fuh, kenikamatan yg tak dapat aku gambarkan! Yusri jgn jeles ek, hehehehehe. Pas dah puas makan, kitaorang pergi shopping cd lagu raya. Then, kakak aku pergi living kabin beli apa ntah and then jalan2 kat Mines. Tetiba je rasa nak makan aiskrim. So, pergi satu kedai ni, namanya Yogur Berry. First time order self service, maksudnya, kita yang tick atas kertas order, bukannya waiter tu. Aku mintak double Vanilla aiskrim + almond + lychee + blueberry syrup. Aku jugak order kopi tongkat ali, sejuknyer! Lepas dah habis makan aiskrim, kitaorang pun balik. Sampai rumah, semuanya pengsan, hahahaha.

 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
24/9/08:
Hari ni lak pagi2 lagi aku dah ikut kakak aku gi UIAM. Asalnya aku malas nak gi, tapi bila diaorang suruh aku kemas umah, I'm freaking out!. Aku pun terpaksa la ikut. Kat UIAM, asalnya aku nak lepak je kat Resource Centre untuk guna Wifi, tapi masalahnya, Wifi UIAM hanya leh diguna oleh orang yang berdaftar. Tensi aku!!!!!! Nak tak nak, aku follow je la kakak aku masuk ke dalam kelas Critical Thinking dia. Kelas tu start kul 9.00 am dan habis kul 12.00 pm. Rasa nak menangis je duduk dalam kelas tu sebab lama sangat. Selamat hari tu ada video presentation, takde la aku boring sangat. Lepas habis kelas dia, aku rasa saaaaaangat mengantuk lalu call abang aku (abang aku pun kat UIAM jugak, budak engin final year). Aku gi bilik dia, dan terus terbaring atas katil kayu dia yg best! Lama jugak la aku tido, aku bangun2 je dia dah habis kelas, hehehehehe. Then, aku gi jemput kakak aku yang kerja kat Sekolah Taman Setia Budi. Then, dgn dia kitaorang gi pizza hut Taman Permata. Hari ni berbuka makan pizza ye, jgn jeles yusri, hahahahaha! Lepas dah tempah dan bayar, kitaorang balik semula ke UIAM untuk tunggu along aku habis kelas. Lepas dia dah habis kelas dalam kul 6.00 pm, kitaorang pun bergerak ke pizza hut tadi. Sebelum kuar UIAM, kitaorang menjemput makwe abang aku yang ura2 akan menjadi bakal kakak ipar aku, dang! Aku dapat tahu yang makwe dia ni seumur ngan aku!!!! Tensi aku kalau dapat kakak ipar yang seumur. Ye la, takkan nak panggil nama dia kot. Kena panggil "kak" bila dia kahwin ngan abang aku. Geli aku, huhuhuhuhu. Anyway, nama pompuan ni Ayu kalau tak salah aku. Budak ni belajar Bussiness. Lawa? Ntah la, bagi aku biasa je. Tapi pada pandangan mata abang aku, dia ni lawa kot. Sampai kat pizza hut, kitaorang duduk and menunggu waktu berbuka. Lupa lak nak cakap, abang olen yg aku geruni + bini dia kak rozi pun ada jugak. Dak along jemput diaorang untuk berbuka bersama2. S, aku nak bagitahu la sikit apa yg aku order untuk berbuka memandangkan aku tak amik gambar ni, huhuhuhu. Combo untuk 6 orang (6 chicken soups, 1 plate of bread stick), 2 large pizza (supreme and ayam percik), 1 regular pizza (hawaian chicken - stuffed crust), 2 pitchers of carbonated drink (pepsi and orange),  meat balls with carbonara sos, 12 pieces of chicken wings, 1 salad, 1 hot milo and iced tea lemon (ni abang olen yg mintak). Overall RM 207.60! Hehehehe, mahal tapi berbaloi. Bak kata Kamdar, "Memang Berbaloi", hehehehehe. Lepas makan, borak2 jap then balik umah. On the way balik, dak along singgah kat mana ntah beli satay. Dia kata kat situ best. Beli 20 ayam, 10 daging dan 10 hati + air horlick ais (aku punya, dah lama tak teguk horlick) and 2 apple juices. Then, baru kitaorang balik ke rumah dengan selamatnya. Sampai kat umah, bantai satay and then tido, zzzzzzzz. (macam ular sawa, ahaks!)

25/9/08:
Hari ni aku duduk kat umah berinternet dari pagi smpi ke petang. Plan asal adalah menunggu arif menjemput aku dari rumah ke UIAM lebih kurang kul 2.00 pm. Tapi, dak along call ckp kat aku yg kak Hes akan jemput dan bawak aku ke rumah abg olen petang nnt memandangkan kak Hes service kete dia kat area taman saga. So, aku pun tunggu sampai la kul 5.00 pm pabila kak Hes menjelma di depan pintu rumah, huhuhuhu. Kitaorang bertolak ke rumah abg olen. On the way, jam melanda KL. Drp pukul 5.00 pm, sampai kat umah abg olen kul 6.15pm (before that kak Hes singgah kedai tailor amik baju raya abg awe). Di rumah abg olen, kami disambut mesra oleh siti, anak abg olen dan kak rozi yg tgh busy memasak di dapur. Memandangkan diaorang tgh busy memasak, aku pun lepak baca surat khabar. Tgh syok membaca, abg olen turun dari bilik. Setelah bersalaman, aku sambung balik baca surat khabar while abg olen surf internet guna laptop siti. Lebih kurang kul 6.45 pm, along, arif dan ayu sampai dari UIAM. Diaorang bawak sedikit juadah berbuka seperti murtabak, vadey, dan air tebu! Setelah semuanya dah sedia, kitaorang pun mula berbuka apabila waktu berbuka masuk. Kak rozi masak lauk ayam masak sambal, gulai tempoyak ngan udang, gulai kobis putih, ikan masin goreng dan kuah nenas. Ada jugak tadi ikan talapia masak sambal, tapi aku tak makan sebab terlalu banyak lauk di depan mata aku! Aku makan sampai tambah 2 pinggan!! Thanks kak Rozi for the foods! It was superb!!!! Lepas makan, lepak jap sebab perut semuanya dah ketat, hehehehe. Lepak2 sambil tgk berita dan berborak. Kul 9.00 pm, arif hantar dak ayu pegi bus stesen memandangkan dia akan balik ke kemaman pada pukul 10.00 pm ni. Sementara menunggu dak arif, kak dila yg baru habis program khatam Quran kat sekolah dia sampai kat rumah abg olen lebih kurang kul 9.30 pm. Along dan kak Hes buat second round makan, bersama2 ngan kak dila, syafiq (anak abg olen - baru sampai dari Melaka sbb dia belajar kat MMU) dan kak rozi. Aku hanya makan kuih lapis yg kak dila bawak je. Sedap giler kuih tu!!! Tunggu punya tunggu, dak arif sampai rumah abg olen kul 11.00 pm ++. Around 12.00 am, kitaorang pun beransur. Kak dila tag kak Hes balik umah while aku ngan along hantar dak arif balik UIAM. Kat UIAM, kitaorang singgah kat geral di mahallah ali dgn niat untuk makan mee yg dibuat oleh student dari tanah besar China, tapi malangnya hajat tak kesampaian, huhuhuhu. Anyway, aku makan mee goreng + mee hoo sup dak along yg tak habis + teh ais gelas besar. Around 1.15 am, aku ngan along balik ke rumah taman saga. 
 
pemandangan di wangsa maju
kak Hes amik baju abg Awe kat sini ler
self interframed dalam kete kak Hes
juadah berbuka yg dimasak oleh kak Rozi (murtabak tu beli kat UIA)
sekali lagi.....
and again........
 
zoom in gulai tempoyak udang
muka kekenyangan, hehehehe
syafiq dpt duit raya dari kak Hes
siti pun tak terkecuali
along ngan siti
arif dan kak dila
kak dila 
kak Hes dan aku
abg olen tgh surfing
 
mee goreng dan teh air yg aku makan kat UIAM
26/9/08:
Hari ni, aku ngan along hanya lepak2 di rumah. Supposedly kitaorang berdua ber'cadang' untuk kemas umah ni, tapi hanya kemas bilik dak angah je. Yg lain2 terbantut. Hari ni gi semayang jumaat kat masjid area taman saga ni. Terkejut aku bila masuk masjid tu. Sejuk!!!! Giler la, masjid kat kl ni semuanya nak ada air cond, huhuhuhuhu. Imam masjid ni tadi mmg bersemangat giler bagi khutbah, sampai aku rasa macam aku kena marah ngan cikgu je, huhuhuhu. Then, pas tunggu kak dila ngan arif sampai umah, kitaorang pun bergerak ke Bangi untuk berbuka puasa di Restoran Syarifah. Dak along kata restoran ni makanannya best, so nak aku cuba. Sampai sana dah agak lewat sikit memandangkan kitaorang pun bergerak lambat. Buka advance dalam kete dengan kurma dan air. Sampai kat sana, aku order nasi goreng morocco, manakala along, arif dan kak dila order nasi goreng arab. Nas goreng morocco ada chicken chop while nasi goreng ada lamb chop (sila lihat gambar). Other than that, aku jugak ordr tomyam campur + telur bungkus, heheheheh. Air lak aku belasah jus tembikai ngan lai chee kang. Oleh kerana aku tak sempat sahur pagi tadi, so mmg licin la pinggan aku, huhuhuhuhu. Then, kitaorang pergi umah kak tim sbb dak along nak amik paper dari kak tim. Malangnya, kak tim takde kat umah, so kitaorang pun tunggu la sampai kak tim balik. Sementara menunggu tu, berborak ngan abang jam, suami kak tim dan tgk citer kat astro. Around 11.45 pm, kitaorang pun balik semula ke taman saga.

 
susana dalam restoran syarifah, bangi.
  
nasi goreng morocco, tomyam campur dan telur bungkus aku, hehehe
  
nasi goreng arab dak along
licin tak aku belasah?? hehehehe
Tu je yang aku dapat citer ttg trip aku ke KL kali ni. Ok la geng, esok nak kena kuar pagi giler untuk balik ke Melaka. Bubai...........