Sunday, August 31, 2008

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-51

SELAMAT MENYAMBUT
HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
KE-51

"SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KEMERDEKAAN MALAYSIA PADA TAHUN INI"

Saturday, August 16, 2008

Final Professional Examination, International Medical School of MSU, Phase I 2008

18/8/2008 - Anatomy Paper 1 (1000-1300) ~done~

19/8/2008 - Anatomy Paper 2 (1000-1300) ~done~

21/8/2008 - Physiology Paper 1 (1000-1300) ~done~

22/8/2008 - Physiology Paper 2 (1000-1300) ~done~

25/8/2008 - Biochemistry Paper 1 (1000-1130) ~done~

25/8/2008 - Biochemistry Paper 2 (1145-1315) ~done~

28/8/2008 - Biochemistry Practical ~done~

29/8/2008 - Physiology Practical ~done~

30/8/2008 - Anatomy Practical ~done~


~10/9/2008 - Flying home~

Pray for my success here guys!!!


I can only now pray to Him and give my best shot!
(Gambar Hiasan)



EXAM DAH PUN TAMMMMMMMMMMAT!!!!!!!!

Friday, August 15, 2008

Final Exam, antara hidup dan mati....

Salam. Pejam celik, pejam celik, dah dekat setahun dah aku berada di bumi Bangalore ni. Macam tak percaya je yang aku dah belajar setahun dalam bidang perubatan ni. Dah banyak dugaan dan cabaran yang aku tempuh sepanjang berada di bumi India ni. Akhirnya, semua ini membawa aku ke final examination minggu depan. Rasa cuak dan takut bermain2 di benak fikiran ku. Aku rasa macam banyak je yang aku tak baca, huhuhuhu. Anatomy, Physiology dan Biochemistry, 3 subjek ni je yang aku belajar untuk 1st year, tapi rasa mcm tak mampu je aku nak jawab nnt. Keyakinan dan kekuatan nak menjawab soalan exam kali ni seolah-olah macam dah hilang je. Entah mengapa aku rasa macam takde semangat je nak menempuh final exam kali ni. Walau bagaimanapun, aku harap yang aku mampu buat yang terbaik dalam final exam ni dan berharap dapat lulus dengan cemerlang dalam final exam dan juga untuk keselururhan 1st year ni. Aku berharap yang aku dapat memenuhi impian dan cita2 arwah mak untuk menjadi seorang doktor yang berjaya. Kepada ahli keluarga dan juga rakan2 ku sekalian, doakanlah kejayaanku dalam final exam kali ni. Sekian, wassalam..........

PS 1: Aku ni sebenarnya tgh demam, huhuhu........
PS 2: Happy Independance Day India!

Sunday, August 03, 2008

Debaran semakin hangat........

Salam. Lagi 15 hari lagi untuk aku menduduki final professional examination nnt. Debaran dan kecuakan semakin dirasai. This is it! For me to become a 2nd year student, I have to pass, no, not just pass but to get distinction in this exam! My carry mark (IA + continuous assessment) although all of them pass, but it is not enough for me to get distinction. Therefore, it is my mission to get this final exam tip top!! Sekarang, kat Bangalore ni musim sejuk hampir tiba. Setiap pagi sampai la malam asyik sejuk je memanjang. Aku yang banyak ~tooot~ ni pun tak tahan. Hampir setiap hari pakai sweater. Hujan kerap kali turun, baju tak kering sepenuhnya, tak "rangup" bak kata along, hehehehe. Study? emmm, macam mana aku nak cakap. Let just say that I'm study hard for this incoming exam. Tapi, kekadang jelous jugak tgk kawan2 kat sini, sebab diaorang mampu stay up study. Aku yang cuba untuk stay up, sampai minum 4 tin redbull semalam pun tak mampu melawan nafsu tidur lantas tertidur di rumah aizat (dah lama aku tido umah aizat sbb study, kalau kat umah aku susah nak study, hehehe). So far aku baru je habis baca anatomy (abdomen) dan tak lagi revise the anatomy (upper, lower extremities, thorax & head and neck). Tak tau la sempat ke tak nak revise semua tu, including physio and biochem. Lagi 2 minggu je nak exam dan aku rasa aku macam belum bersedia je nak masuk exam ni. Sekrang ni pun tgh risau ngan keadaan ayah di Melaka. Selalu tanya baid ayah macam mana semua. Nak call ayah, tak nak kacau berehat, tapi kekadang tu telefon jugak. Semoga Allah panjangkan umur ayah dan kurniakan kesihatan yang baik, amin. Badan aku masih lagi belum turun dan masih lagi maintain, as usual. Susah nak turunkan berat badan kat sini, sebab makanan kat sini 2 x 5 je macam kat Malaysia, sedap tapi tak sesedap kat Malaysia, hehehehe. Ada orang suruh aku join Maverick (somewhat like a gym) tapi aku tak nak la! Buat apa nak masuk gym, buat habih boreh je, hehehehehe. Baik aku naik turun tangga kat kolej tu (tapi selalu naik lif je aku ni, hehe). Emmm, ntah la tapi yang oenting aku tak sabar nak balik Malaysia lepas habis exam ni. Selalu je tgk tiket kapal terbang, nak memotivasikan diri, hehehe. The first thing aku nak buat kat Melaka adalah untuk makan, makan dan makan (tau tu bulan puasa, tapi aku gi malam la, hehehe). Ok la, nak main game jap, oops! hehehe, don't worry. Aku main game sebab nak relax sebelum belajar, hehehe. Wish me luck and pray for our success here! Wslm...