Sunday, July 27, 2008

Letupan di Bangalore (Bengaluru)

Salam. 2 hari lepas, Bangalore telah dikejutkan dengan beberapa letupan bom di beberapa lokasi terkenal di Bangalore dan semalam pula Ahmadebad, yang terletak di negeri Gujerat telah digegarkan jugak dengan letupan bom sebanyak 16 kali. Kami di sini sekarang tengah berhati-hati dengan kejadian ini. Doakan keselamatan kami di sini. Wslm.....

Artikel dibawah diambil dari http://shaineali.blogspot.com


Senario berhampiran Richmon Road


Madivala Road




Keadaan menjadi kelam-kabut selepas letupan berlaku



Letupan di stesen bas bulatan Rajaram Mohan Rai ini telah meragut nyawa seorang wanita yang maut sebelum tiba di Hospital Mallya.



Letupan telah menggegarkan Sirjapur Road, Nayandhalli, Madiwala checkpost, Adigudi, Rajaram dan Mohan Rai Circle.



Letupan pertama berlaku di bulatan Raja Ram Mohun Roy pada jam 1.20pm (waktu India)




Polis menggunakan anjing pengesan untuk mendapatkan maklumat


Kelmarin (25 Julai 2008), 9 letupan bom di beberapa tempat di Bengaluru telah mengejutkan seisi bandar. Aku yang demam hanya terima khabar petangnya, dimaklumkan 2 maut dan 20 cedera. Bom jangka telah digunakan, dipercayai didalangi oleh Students Islamic Movement of India (SIMI) yang diharamkan pada 2002. Pergerakan itu mempunyai hubungkait dengan gerakan Osama bin Laden. Lashkar-e-Toiba yang berpusat di Pakistan juga mungkin terlibat sama. Namun, kesahihannya masih dalam siasatan. Taktik pengeboman mirip Harkat-ul-Jihad-al-Islami (HuJI), pertubuhan gerila di Bangladesh. Awal tahun ini, pengeboman yang sama berlaku di Hyderabad yang mana polis yakin didalangi organisasi yang sama dalam usaha melumpuhkan Bengaluru. Keadaan ini akan mengurangkan kepercayaan US berkenaan kestabilan politik India yang sekaligus mengurangkan pelaburan mereka dalam bidang teknologi di Bengaluru yang semakin pesat dengan kehadiran syarikat-syarikat IT dunia.


Laporan awal menyebut 3 letupan pertama berlaku pada 1.30PM disusuli 4 letupan berikutnya. Satu di Nayandahalli (1:30 PM IST), dua di Madiwala (1:50 PM IST), dan terakhir di Adugodi (2:10 PM). Letupan lain berlaku di kawasan berhampiran Hospital Mallya, Langford Road dan Richmond Circle. Letupan di Madiwala berlaku di pusat kawalan polis berhampiran The Forum, shopping mall yang jadi tumpuan utama warga kota. Kesemua letupan terbabit menggunakan gelatin sticks yang dipasang bersama jam jangka dan dikawal menggunakan telefon bimbit.

Monday, July 14, 2008

EXAMINATION SCHEDULE

3rd Internal Assessment (14/7 - 25/7)

Anatomy paper 1 (14/7) ~settle~

Anatomy paper 2 (15/7) ~settle~

Physiology paper 1 (17/7) ~settle~

Physiology paper 2 (18/7) ~settle~

Biochemistry paper 1 (21/7) = 1000-1130 ~settle~

Biochemistry paper 2 (21/7) = 1145-1315 ~settle~

Practical Biochemistry (23/7) ~settle~

Practical Physiology (24/7) ~settle~

Practical Anatomy (25/7) ~settle~



Guys, please pray for my success in this examination so that I can go back in peace, huhuhuhu. Wish me luck guys!

Update 1 : AKU KE'TAPETT'AN!!!!!!!!!!!!

Update 2 : Aku down hari ni sbb biochem aku jawap macam sampah je, particularly in paper 2

Update 3 : Hari ni dapat markah biochem, alhamdulillah aku lulus dan overall markah IA aku +
ngan continuos assessment adalah 37/50. Ok tak?

Upadate 4 : Hari ni praktikal physio agak ok. Overall, aku takde la rasa tension lepas physio tadi.

Tuesday, July 08, 2008

Bandar raya Melaka dan Georgetown diiktiraf tapak Warisan Dunia.

"KUALA LUMPUR 8 Julai - Bandar raya Melaka dan Georgetown berjaya mendapat pengiktirafan sebagai tapak Warisan Dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, keputusan itu telah diputuskan oleh 21 ahli negara UNESCO yang hadir pada Mesyuarat Ahli Warisan Dunia ke-32 di Quebec City, Kanada semalam.

``Keputusan itu satu yang menggembirakan setelah sekian lama kita memperjuang dan menunggunya.

``Ini secara tidak langsung menaikkan nama negara setaraf dengan bandar-bandar bersejarah lain dan ia turut termasuk di dalam peta sebagai tapak warisan di dunia,'' katanya pada sidang akhbar selepas berucap di perhimpunan bulanan Muzium Negara di sini hari ini.

Sebelum ini, Taman Hutan Negara Mulu di Sarawak dan Kinabalu Park di Sabah telah mendapat pengiktirafan tersebut. - Utusan"

Dipetik dari Utusan Malaysia, 8 Julai 2008



"MELAKA MAJU JAYA!!!!!"

Friday, July 04, 2008

Sedarlah Bangsaku..................

Salam. Kali ni aku tak nak bercerita panjang. Walaupun aku sekarang berada di perantauan, namun hatiku sedih apabila membaca setiap berita di utusan online setiap pagi. Makin lama dibaca, makin sakit hati aku. Kes liwat DSAI kali ini menampakkan kepada kita semua betapa leka dan alpanya Melayu zaman sekarang. Tatkala kes ini tgh hangat dibicarakan, tidakkah kita terfikir yang Cina dan India secara senyap cuba untuk menjatuhkan bangsa Melayu??? Dengan kerajaan yang sedang goyah ini, aku tak dapat nak bayangkan masa depan Melayu. Aku harap agar parti2 Melayu, tidak kira kerajaan ataupun pembangkang dapat bersatu dan menangkis sebarang tohmahan yang dileparkan ke atas MELAYU! Janganlah kerana kepentingan politik, bangsa Melayu tergadai. Aku harap video 'Warisan' mampu membuka mata para pemimpin Melayu yang serih bertelagah...