Saturday, May 31, 2008

Cintan-cintun

Salam. Alhamdulillah, tak lama lagi kelas kitaorang akan bermula semula. Dah lama aku merindui dewan kuliah di IMS yang empuk kerusinya, best untuk aku menidokan diri aku di dalam kuliah, hehehehehe. Aku jugak akan bertemu semula dengan makmal2 physio, biochem dan jugak histo + dewan dissection. Aku turut merindui mayat2 yang menunggu untuk dilapah oleh aku, hahahaha. Paling aku rindui adalah para pensyarah yang walaupun garang dan tegas, tapi mereka sangat menyayangi kami semua, cuma para pelajar je yang tidak dapat melihat niat sebenar mereka, huhuhuhu. Hakikatnya, aku merindui waktu2 aku berada di kolej dan tak sabar2 untuk melangkah masuk ke IMS........ Mungkin ada di kalangan rakan2ku yang bengang dengan aku. Ye la, ada ke orang yang nak cuti abis?? huhuhu, tapi aku ni berbeza sikit. Kalau setakat cuti tu seminggu, mmg best. Tapi kalau lama sangat terasa sangat boring dan sengal! Ye la, aku mana balik Malaysia, so mungkin tu faktor sebab aku bosan. Kalau dapat 'green light' dari bumi Hang Tuah, mmg aku balik. But still, mesti aku akan rasa bosan lak kalau duduk umah. I'm not that kind of person who love to hang out. Ntah la, aku pun tak paham kadang2 dengan diri aku sendiri. Speaking about Malaysia, miss my family a lot! Kakak aku kak dila dah dapat kereta viva baru. Ayah belikan untuk dia. Aku tak dapat lagi gambar diaorang, so aku tak tau camna rupa kete tu. Anyway, dak angah lak bang ngah belikan hp baru siot! Nokia N95 8Gb. Pergh, jealous aku dibuatnya. Aku punya cikai je, Express Music 5610, huhuhuhu. Anyway, semuanya sekarang dah maju, hahahaha. Ok la, membebel panjang ni kadang2 membosankan, huhuhu. Kalau aku ada gambar baru nnt aku post yerk! Signing out!

A BRIEF VIEW ON MY HP (EXPRESS MUSIC 5610)





Wednesday, May 28, 2008

Cuti 2 minggu - perlukah??

Salam. Sekarang ni kitaorang junior tgh cuti 2 minggu, ni lagi seminggu je tinggal dan next week kitaorang akan kembali semula beraksi di kolej (yeeeeha!). Frankly, aku tak rasa cuti 2 minggu ni bermakna bagi aku. Well, it's not that aku tak appreciate cuti yang dibagi oleh MSU, cuma aku rasa bosan, bosannnn yang teramat sangat. Bukan nak mengeluh ke apa, cuma saje je nak berkongsi kebosanan aku, hehehe. Sepanjang cuti ni, main agenda aku adalah study. Cuma hari isnin last week je aku ngan md shah pegi tgk citet narnia:prince caspian kat garuda mall (my 1st time wayang kat India, quite ok but very expensive I say). Pas tu, sekarang ni setiap weekend senior buat jualan breakfast dipanggil weekend canteen. Aku selalu beli 6 bungkus nasi lemak + benda2 lain yang aku suka (thanks to kak lin and co for the nasi lemak). Nampaknya, harapan keluarga dan kawan2 aku di Malaysia yang ingin melihat aku slim kecundang, hahahaha. >:) Anyway, sekarang ni aku tgh menulis blog sambil makan nasi tom yam, huhuhu. Rasa sedap pulak perencah tom yam adabi ni (angah, nnt pos kat aku, heheh). Sekarang ni ada IsyS (Islamic Youth Symposium) organized by the Student Reprensentative Council of IMS. As usual, aku tak join benda ni eventhough ada kawan aku ni suruh datang jugak, hehehe (I'm a naughty boy, hahahaha). Well, I think I stop here for today. Hopefully this holiday will go off ASAP. Ok, wslm...

PS: Esok pegi MG Road ngan Munira nak makan western foods (I've been craving for it, don't know why, huhuhu)

Thursday, May 22, 2008

Bayi Berwajah Ular

Anda pasti pernah melihat video tentang kelahiran seorang bayi yang berwajah ular di atas. Diceritakan bahawa kejadian yang pelik ini berlaku di sebuah hospital di Mekah. Berikut saya salin semula kisahnya.

"Kejadian ini benar-benar berlaku di Makkah. Seorang rakan sepejabat pergi ke Makkah menunaikan Umrah. Bertolak 10 Jun 2007 dan pulang ke Malaysia 27 Jun 2007. Ceritanya berlaku di hospital Makkah. Ibu malang ini telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doktor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh kerana doktor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedih dan setiap kali orang tanyakan kandungannya lelaki ke perempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia menjawab dia mengandungkan anak ular. Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular."

Sebagai seorang yang pelajar beraliran sains dan mempelajari ilmu perubatan, amat sukar sekali bagi saya untuk mempercayai cerita-cerita yang boleh dikategorikan sebagai tahyul edisi Mastika ini. Saya yakin dan percaya sesuatu yang berlaku meski perkara paling ajaib di dunia sekalipun pasti ada penjelasan logik dan saintifik kerana Allah tidak menjadikan dan mengatur alam ini melainkan dengan sunnah-Nya. Alhamdulillah, setelah melakukan pencarian akhirnya saya menemui punca berlaku kejadian tersebut. Dan hakikatnya kejadian di atas tiada kaitan dengan unsur-unsur mistik seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya, ia termasuk dalam ilmu perubatan.

Harlequin type ichthyosis


Harlequin type ichthyosis (atau sinonimnya harlequin ichthyosis, ichthyosis congenita, keratosis diffusa fetalis) adalah sindrom penyakit kulit yang paling parah dan hanya berlaku pada bayi yang baru lahir. Ciri-ciri Harlequin dapat dilihat pada penebalan pada lapisan keratin kulit bayi yang membentuk sisik-sisik tebal kemerah-merahan dan berbentuk seperti berlian (diamond). Sisik tebal pada kulit bayi ini sangat membataskan pergerakan bayi malah menyukarkannya untuk bernafas dan makan. Bayi Harlequin selalunya tidak dapat bertahan untuk hidup lama. Hal ini kerana rekahan-rekahan pada kulit yang mengeras tersebut memudahkan bakteria atau bahan tercemar menembusi badan seterusnya mengakibatkan jangkitan yang membawa maut. Untuk memanjangkan hayat, bayi Harlequin perlu dimasukkan ke dalam neonatal intensive care unit dengan segera. Penyakit ini amat jarang sekali berlaku dengan kadar satu per 300 000 dan insidennya juga tidak cenderung pada mana-mana jantina atau bangsa.

Sejarah

Kelahiran pertama bayi Harlequin dicatatkan pada tahun 1750 oleh seorang Reverend Oliver Hart dari Charleston, South Carolina yang menulis dalam diarinya:

"On Thursday, April ye 5, 1750, I went to see a most deplorable object of a child, born the night before of one Mary Evans in 'Chas'town. It was surprising to all who beheld it, and I scarcely know how to describe it. The skin was dry and hard and seemed to be cracked in many places, somewhat resembling the scales of a fish. The mouth was large and round and open. It had no external nose, but two holes where the nose should have been. The eyes appeared to be lumps of coagulated blood, turned out, about the bigness of a plum, ghastly to behold. It had no external ears, but holes where the ears should be. The hands and feet appeared to be swollen, were cramped up and felt quite hard. The back part of the head was much open. It made a strange kind of noise, very low, which I cannot describe. It lived about forty-eight hours and was alive when I saw it.

Punca

Kajian terkini oleh kumpulan pengkaji yang diketuai oleh Queen Mary's School of Medicine and Dentistry di London telah mengenalpasti bahawa penyakit ini disebabkan berlakunya mutasi pada gen ABCA 12. Gen ABCA 12 berfungsi menghasilkan protein yang diperlukan untuk pertumbuhan kulit yang normal. Walaupun protein yang dihasilkan itu masih belum lagi diketahui fungsi sebenarnya, namun para pengkaji percaya bahawa protein tersebut memainkan peranan penting dalam pengangkutan lipid ke bahagian paling luar kulit (epidermis). Mutasi pada gen ABCA12 mengakibatkan protein ABCA12 kehilangan fungsi dalam menghasilkan epidermis yang normal. Hal ini menghalang kulit dari mendapatkan perlindungan yang berkesan lalu menyebabkan kulit menjadi keras dan bersisik.

Diagnosis


Diagnosis terhadap Harlequin mestilah dilaksanakan seawal 17 minggu selepas kehamilan. Tanda-tanda kelahiran Harlequin dapat dikesan apabila terdapat penghasilan keratin yang berlebihan (overproduction) dan titisan lipid yang abnormal dalam sampel cecair amniotik yang diperoleh. Ibu bapa akan diberi pilihan sama ada untuk menggugurkan kandungan fetus setelah diagnosis benar-benar disahkan. Kini, ciri-ciri umum Harlequin dapat dikenalpasti dengan bantuan alat ultrasound diikuti dengan pemeriksaan 3D ultrasound.

Rawatan

Bayi Harlequin memerlukan penjagaan yang intensif dan berterusan. Selain pengawasan yang berterusan, mata mereka perlu sentiasa dilindungi dengan ophthalmic lubricant (pelincir mata). Mereka juga memerlukan nutrien dengan cara intubation atau IV drips kerana sukar untuk memberi makan secara normal kepada mereka.

Sikap Masyarakat

Sesetengah masyarakat kita yang masih dibelenggui fahaman animisme dan khurafat gemar sekali mengaitkan kejadian-kejadian ganjil seperti ini dengan sumpahan, buatan orang, jin atau syaitan, kenan atau lainnya. Jauh sekali mereka mahu melihat perkara ini dari aspek saintifik. Lebih teruk lagi, terdapat mereka yang memanipulasikan perkara ini sebagai alat mainan untuk gurauan atau menakut-nakutkan masyarakat. Sedangkan di Barat sudahpun ditubuhkan institusi-institusi yang menyelidik penyakit ini secara khusus demi mencari punca dan penawarnya. Kita pula masih rela dibodohkan dengan kisah-kisah khayalan dan kayangan yang tidak berpijak di bumi nyata. Malah dengan membuta-tuli mempercayai hikayat-hikayat tersebut tanpa berusaha memastikan kebenaran dan kesahihannya.

Bukanlah saya menafikan "kun fayakun" Allah, akan tetapi seperti yang saya jelaskan tadi Allah sekali-kali tidak akan melanggar sunnah-Nya dalam mencipta dan mengatur alam. Segala-galanya pasti terdapat penjelasan yang logik dan saintifik. Bukankah Allah banyak menekankan kita untuk memaksimakan penggunaan akal untuk menghayati ciptaan-Nya?


PS: Artikel ini diambil dari iluvislam.com

Sunday, May 18, 2008

Nak hilangkan ngantuk.........

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)
‘Selamat Mencuba!!’

ni ala taichi sikit la…
sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni…
untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan…
buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…
buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula…
jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali

buat joget kucing…

p/s: kalau tak hilang juga
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja

Thanks aki!!

LEAVIN' (JESSE MACCARTNEY)



Friday, May 16, 2008

SELAMAT HARI GURU 2008!!!

Sajak ini saya dedikasikan kepada semua guru2 di negara Malaysia, terutamanya guru2 saya yang telah mengajar saya dari kecil sehinggalah sekarang. Ucapan Selamat Hari Guru kepada guru2 SK Jasin, SMK Tun Perak, Jasin dan para pensyarah Kolej Matrikulasi Pahang khasnya serta para guru di Malaysia. Selamat menyambut hari guru 2008.

Guru O Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

ps : Lagu ini merupakan lagu tema hari guru............. Lirik kat bawah. Nak dengar lagu hari guru yang selalu kita dengar tu, bukak kat blog kelas, hehehe

Lagu Hari Guru

Informasi kini di hujung jari
Cabaran mendidik semakin tinggi
Kita perlu sedia berubah dan berhijrah
Mencorak bangsa di arus zamannya

Guru bestari penggerak wawasan
Melahirkan generasi terbilang
Menguasai ICT menjana nilai budi
Merentas sempadan globalisasi

*
Demi agama, bangsa dan negara
Satukan hati dan semangat waja

C/o

Pendidikan bestari pemangkin kegemilangan
Budaya teknologi marilah semarakkan
Pendidikan bestari pemangkin kegemilangan
Menjamin kualiti merintis kejayaan

(Ulang * dan C/o)

Semoga keikhlasan diberkati


Sunday, May 11, 2008

HAPPY MOTHER'S DAY!

Salam. Aku nak mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh ibu2 di dunia ini, terutamanya kepada Mak Sajen yg telah menjaga aku tatkala ibu dan ayah ku mencari nafkah di bumi ini. Jasamu takkan ku lupakan sampai bila2.

Thursday, May 08, 2008

Ya Allah, tolonglah hamba Mu ini.....

Salam semua. Nape tajuk blog kali ni mcm tu? Sbb aku mmg perlukan pertolongan drpNya. Sejak kebelakangan ini, aku asyik rasa malas je. Hari ni dah la aku ponteng kelas, huhuhuhu. Pas tu, nak study pulak macam takde mood je. Haih, tak tau la apa nak jadik ngan aku ni. I need something man! Something which can really boost me up! 3rd IA dah tak lama lagi + profesional examination. Pergh, rasa macam nak bunuh diri pun ada gak. Stress, mmg stress bila belajar medic ni. Ni pun dah kira beruntung sbb under MSU, kalau under real India university mcm mana lak pulak? huhuhu, boleh kurus aku beb! Emm, ntah la. Cuti tak lama lagi. Minggu depan dah last week kitaorang kelas, pas tu cuti 2 minggu. Huhuhuhu, bestnyer! Ramai yang balik Malaysia. Aku tak balik, tapi tak tau nak buat time cuti ni. Emm, nak buat apa ek? Any suggestion? hehehehe. Plan nak study, tapi kalau asyik study je, mesti boring kan? Nak kuar, mcm takde tujuan. Ntah la, aku pun sendiri konpius nak buat apa cuti ni nnt. Anyway, sebelum aku end up post aku hari ni, nak tunjuk kat korang gambar team bola sepak junior yg menang lawan bebudak Ramaiah. Yang penting, aku tak main, just being the supporter (tu pun dekat2 nak habis baru aku turun, hehehehe). Wish me luck and pray for my success and I shall do the same as well. Hoping to get back on the track and become a good student, hehehehe. Salam.

Perlawanan Bola Sepak
(Semi final & Final)