Saturday, March 15, 2008

Dah nak exam lagi, huhuhuhu

Salam semua! Selepas pilihanraya hari tu, rasanya Malaysia mengalami banyak tul masalah dan dilema, terutamanya dalam pemilihan MB di Perak. Harapnya masalah ni dapat diselesaikan dengan segera. Tentang isu DEB kat P.Pinang tu, aku pun ada jugak terbaca jugak. Mmg tak patut DAP bubarkan DEB di Penang. Diaorang kata akan buat sistem tender terbuka. Logik la, kalau macam tu sure cina yang banyak beli. Ni taktik DAP nak jatuhkan orang Melayu kat P.Pinang. Hopefully ramai2 la kita orang Melayu untuk mempertahankan DEB di Pinang. Ok la, tak nak cerita ttg isu potik di Malaysia, aku nak cerita ttg diri aku lak. Exam 2nd Internal Assessment akan menjelma tak lama lagi, 31 Mac 2008. Rasa cuak giler la. Dah la yang 1st pun kantoi, ni 2nd lak. Berpeluh ketiak aku nak exam tak lama lagi. Korang semua doakan la ye kejayaan aku di sini. Berita baik, pihak universiti lanjutkan cuti akhir sem kitaorang daripada 2 minggu ke 5 minggu! Sad news, aku tak balik sebab kakak aku tak kasi, huhuhuhu :-(

Korang semua jgn sedih lak aku tak balik, nnt kalau aku 'dapat' balik nanti aku message korang, tapi jangan lak kalau aku balik korang tak cuti pulak, bosan la cuti aku nnt. Ni sekarang tgh test new internet connection. Baru beli, TATA INDICOM. Nnt nak bubarkan BSNL yang slow. Laju dia mmg macam streamyx. PUAS HATI AKU!!!! Ok la, nak sambung study anat. Banyak tul nak kena hafal anat ni, tensi aku. Ok la, aku ada gambar sikit nak dikongsi bersama. Hayati la ye!! Bye.

Keadaan dalam dissection hall

Tgh dissect lower extremity

Senyum je noni tgk Dr. Kulkarni nak kuarkan otak

The brain, freshly extracted.

Again, the brain from below

Dr. Rao yg suka terang kat kitaorang

Semangat Dr. Rao beri explaination kat kitaorang :-)

I stab myself with smile on my face :~)

Perhatian, ni bukan gambar gossip. Ni farisya. Kesian dia Selangor under BA.

Happy couple cai and yaya. Love forever, hahaha.

Nak buat muka cool tapi mcm muka poyo lak aku tgk.

Inner sight of cai, like a child, hahahahaha

Tgh tunggu bas nak balik umah.

Sunday, March 09, 2008

Keputusan Pilihan Raya Ke-12 :-/

Panas, panas dan sangat panas! Berakhir sudah pilihan raya Malaysia ke-12. Keputusan pilihan raya kali ini amat mengejut bagi semua pihak apabila BN hanya menang 137/222 kerusi parlimen di dewan rakyat dan 305/504 kerusi DUN di semua negeri. Buat kali pertama dalam sejarah Malaysia, BN hanya dapat memerintah Malaysia dengan majoriti mudah. BN tidak berjaya mendapat 2/3 daripada kerusi parlimen berbanding sebelum ini. Lagi mengejutkan, 4 negeri yang dikuasai BN selama ini, iaitu P.Pinang, Kedah, Perak dan Selangor berjaya dirampas oleh BA! Adakah ini menandakan BN sudah hampir kepada kejatuhan empayarnya?? Memang mengejutkan. Aku kat sini pun terkejut bila tgk banyak kerusi BA menang (PAS, DAP dan PKR). Apa sudah jadi dengan BN? Mungkin Pak Lah buat kesilapan dalam meletakkan calon, @ rakyat dan hilang keyakinan terhadap BN. Pilihan raya kali ni jugak melihat kejatuhan Presiden MIC, S.Samy Vellu yang kalah dengan PKR di Sg. Siput, Dato' Sharizat Jalil dengan PKR di Lembah Pantai, Dato' Zainudin Maidin dan Dato' Aziz Shamsudin. Pengaruh GERAKAN juga terhapus di P. Pinang. Dalam Parlimen, MIC, MCA, PPP dan GERAKAN juga kali ni tak ramai wakil yang ada. Tapi, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Perlis, Terengganu dan Negeri Sembilan masih lagi di bawah kuasa BN. Kempen BN untuk tawan Kelantan sekali lagi gagal apabila PAS masih lagi mempunyai pengaruh yang kuat di Kelantan. Apakah petanda bagi semua ini? Harapannya, pembangkang yang memenangi Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor dapat membangunkan negeri tersebut seperti biasa demi kepentingan rakyat di sana. Kepada semua calon yang menang (BN dan juga BA), tahniah diucapkan. Semoga rakyat kali ini tidak kecewa dengan pilihan mereka pada kali ini.

Saturday, March 08, 2008

SELAMAT MENGUNDI
KEPADA
SELURUH WARGANEGARA MALAYSIA!

UNDIAN ANDA MENENTUKAN MASA DEPAN NEGARA
DAN MASA DEPAN KAMI SEMUA!

FIKIR DAHULU SEBELUM BERTINDAK!

~MALAYSIA NEGARA MAJU 2020~