Tuesday, January 01, 2008

WELCOME 2008!

2007, satu tahun yang penuh dengan dugaan dan cabaran, akhirnya melabuhkan tirainya buat kali terakhir semalam, memberi peluang kepada tahun 2008 untuk menyinar. Banyak peristiwa pahit dan manis yang kita perolehi di dalam tahun 2007. Bagi aku, tahun 2007 merupakan satu tahun yang cukup mencabar dan juga menggembirakan. Tahun 2007 telah membuka peluang kepada aku untuk melanjutkan pelajaran ke bidang kedoktoran di India. Di samping itu juga, tahun ni merupakan tahun yang agak mencabar kerana aku terpaksa berhempas pulas untuk membiasakan diriku di negara orang, di samping bertungkus lumus untuk mempelajari ilmu kedoktoran. Walaubagaimanapun, aku berjaya mengharungi segala cabaran tersebut. Tahun ini juga agak menggembirakan sebab aku memperolehi seorang lagi anak buah lelaki bernama Amir Muhtadi. Tidak dilupakan juga tahun 2007 juga merupakan tahun yang agak menyedihkan bagi diriku sebab meninggal KMPh yang ku sayangi. Terlalu banyak rakan, kenangan indah dan pengalaman yang aku peroleh dari KMPh, di samping mempunyai guru yang ku anggap seperti rakan ku sendiri. Tidak dilupakan juga bahawa tahun 2007 juga akan 'kejam' apabila negara Malaysia mengalami peristiwa banjir yang ku anggap terburuk buat sekian lamanya. Pahang, Kelantan, Terengganu dan juga Johor merupakan antara negeri yang paling teruk dilanda banjir. Ku ucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat dan menjadi mangsa banjir pada tahun 2007. Takziah juga ku ucapkan kepada keluarga yang kehilangan orang yang tercinta pada tahun 2007. Isu Hindarf yang menjadi topik dan buah mulut orang ramai, terutamanya warganegara Malaysia merupakan antara salah satu peristiwa terburuk yang melanda negaraku pada tahun 2007. Aku tidak tahu tentang butiran yang lebih lanjut disebabkan aku yang berada di India, namun daripada yang aku dengar, sekumpulan orang India yang mengatakan bahawa hidup mereka tidak dijaga dengan baik oleh pihak kerajaan merupakan suatu fitnah yang agak keterlaluan. Manakan tidak, jika dilihat dengan lebih teliti, kita boleh lihat bahawa segala keperluan yang mereka perlukan semuanya disediakan oleh pihak kerajaan. Tempat beribadah, SRKJT, dan 10%(bukan bumiputera) daripada 100% tempat dalam IPTA disediakan oleh pihak kerajaan. Mereka hidup dalam keadaan yang amat selesa jika dibandingkan dengan kehidupan bangsa mereka di bumi India ini. Aku tahu sebab aku ada kat sini. Jika kita lihat betul2, ramai orang India di negara India ni yang hidup dalam serba kekurangan dan kedaifan. Kanak2 menjadi aset bagi para ibu untuk meminta sedekah. Perempuan2 mereka dilihat bekerja sebagai buruh kasar di tempat2 pembinaan. Jika dibandingkan dengan kaum India di Malaysia, mereka hidup jauh lebih aman dan lebih selesa. Jadi, seharusnya mereka bersyukur kerana menjadi warganegara Malaysia dan menjadi warganegara yang baik, dan membalas dengan bekerja bersungguh-sungguh untuk menaikkan nama negara. Bukannya membalas dengan mengadakan perhimpunan haram dan cuba untuk menimbulkan isu2 sensitif yang telah sedia maklum. Ananda Krishnan, merupakan pemilik terbesar Astro dan juga rangkaian telekomunikasi Maxis. Jadi, tidak aku lihat bagaimana orang India di Malaysia hidup dalam serba kekurangan. Oleh itu, di dalam tahun baru ni, janganlah kita membangkitkan isu2 perkauman dan juga isu2 sensitif yang lain. Marilah kita bekerjasama untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang progressif, cemerlang, gemilang dan terbilang. Kekalkanlah suasana aman yang kita kecapi sekarang. Janganlah kita mengulangi sejarah peristiwa 13 Mei 1969. Kami pelajar di sini berada di dalam situasi yang agak cemas seketika disebabkan dek Hindraf. Ramai yang bertanya kepada kami tentang isu tersebut. Jadi, saya berharap agak kita semua dapat elakkan peristiwa ini lagi. Baiklah, cukuplah tentang Hindraf, kita berbicara tentang azam baru. Hahaha, perkaran ini memang takkan terlepas bila masuk tahun baru. Apa azam tahun baru anda semua? Azam tahun baru aku adalah untuk belajar bersungguh-sungguh, tiada lagi main2 pada tahun ini, dan sentiasa 'alert'! Tentang berat badan, itu memang tiadak azam baginya. Berat badanku memang agak susah untuk mengikut azam, jadi kecualikan je daripada azam tahun ini, hehehehe. Bagi mereka yang azam tahun 2007 belum lagi selesai, cepat2 la selesaikannya. Kalau bertangguh, nnt terlupa. Baiklah, aku rasa tu je la yang aku nak cakap sempena tahun baru ni. Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008!!!!!