Tuesday, December 25, 2007

HOHOHOHO......MERRY X'MAS!

Salam. Oleh kerana hari ni 25/12, so aku nak ucapkan kepada semua penganut agama Christian Selamat Hari Natal, terutamanya kepada sahabat ku Sheila, Angerica dan jugak Prisca Kim De Cruz. Semoga korang semua menyambut X'mas dalam keadaan aman dan jugak gembira di samping keluarga tercinta. Bye2

MY FAMILY (RECENT PICS) - MISS THEM SO MUCH!


Amir Muhtadi (my new nephew)

Again..

and again.....

Amir Muntasyer

again......

aser dan piah


bibik yg berjaya

kak dila

Saturday, December 22, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!

Salam. Mungkin belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga Islam seluruhnya, terutamanya kepada warga Islam Malaysia. Semalam kitaorang kat India baru sahaja menyambut Hari Raya Haji. So, kami bebudak IMS pun tak terkecuali untuk manymbut raya haji ni jugak. Semalam, kitaorang semayang sunat Aidil Adha secara berjemaah kat kolej. Lepas tu, selepas semayang dan jugak khutbah, kitaorang pun menjamu selera. Again, kami menggunakan khidmat katering Al-Haram, huhuhuhu. Selepas perut sudah kenyang, kitorang kumpul kat Auditorium, then ada la beberapa event yang berlangsung. First, bacaan Al-Quran dari saudara Rohaizat, then ada tayangan video dari junior (kitaorang la tu) yang dibuat oleh Fien and co. Selepas tu pulak ada bacaan sajak oleh saudari Zahida dan jugak saudara Abd Hadi. Bacaan sajak tu mmg tangkap leleh la, hahaha. Selepas junior dah selesai buat persembahan, senior lak punye turn. Diorang punya persembahan adalah nyanyian dari 4 orang senior lelaki. Diorang nyanyi 4 buah lagu. Nama kumpulan diaorang GMC (as I heard). Best jugak la suara diorang inspite ada la terlari pitching, hehehe. Then, big show ngan poneq lak nyanyi duet sambil goreng gitar. Dasyat siot! Then, ntah apa ntah kitaorang tgk katun upin nagn ipin. Aku tertido dan bila aku jaga katun tu dah masuk episod akhir. Tapi, mmg ramai la yang tergelak sakan. Aku pun tak tau katun tu ada kat Malaysia. Lepas tu, majlis bersurai dan kitaorang pun balik. Oleh kerana semalam dah start cuti, so ramai la yang balik awal sebab nak pack barang untuk either balik Malaysia or round trip. Walaupun cuti ni seminggu je, tapi ramai bersemangat untuk melawat bumi India ni. Anyway, gud luck to them. ~Adios~

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA DI IMS

Team karipap, hehehe

Ingredient to make a good currypuff (Inti tu aku yg buat)

Hila dan hadi, macam suami isteri buat karipap, hahaha

Ngecek apa tu naim kat aina tu????

Shazwan dengan skill menggoreng karipap. Caya la wan!!

Amboi mimi, gembira nampak! Aik, pasal nonie masam?! hehehe

Comel tak??!

Ketampanan ku terserlah nampaknya, hahahahah!

Hadi tgh practise untuk bacaan sajak

Aku ngan Imran

Aku, Imran dan Farisya

Aku ngan awien (ganas siot dak awien!)


Zahida menghidang makanan

Fien menghidang kuah kari

Dari kiri: hila, nabel dan bieha. (kau pasal nabel?) hehehe

BFF (best friend forever). Me and bieha

Bila Zahida bersajak......

Senior tgh nyanyi lagu

Wednesday, December 19, 2007

Dah abis exam!!

Salam. Yes! akhirnya hari ni 1st Internal Assessment melabuhkan tirainya. Hari ni aku praktikal anatomy dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kesulitan yang perlu dihadapi. Esok ada kelas terakhir sebelum cuti walaupun aku tak pasti berapa ramai yang akan datang, hehehe. Jumaat ni pulak kitaorang kat sini akan menyambut Hari Raya Aidiladha, so lepas sambut raya haji, ada yang akan berkemas2 untuk trip ke tempat2 yang best kat India ni mcm agra, shimla, dan lain2 lagi. Ada pulak yang akan bersiap sedia untuk pulang ke Malaysia selama seminggu dan ada pulak orang macam aku yang akan stay kat rumah dan study, hahahaha. Aku malas tul nak gi jalan2 sekarang ni, biasa la nak save budget. Mungkin maybe next year, kalau duit kat bank tu dan penuh sikit boleh la round2 jap kat tempat2 yg best kat India. Karang kalau tak pergi pulak dikatakan katak bawah tempurung. Yup! lupa la nak citer peristiwa yang memalukan semalam. Camni, semalam aku ada praktikal physiology. Dipendekkan cerita, everything goes down well until masa buat minor test, which is Haemoglobin count yang aku dapat, masa Dr. Suresh syok tanya aku tetiba Prof. Sudha which is the Ass. Dean datang kat arah aku. Dia datang sebab nak jumpa ngan HOD. Tapi, dah alang2 HOD tanya aku, dia pun pasang telinga la kan. Dr. Suresh tanya ngan aku kalau blood + HCl = ?. Aku jawab lysis tapi dia nak full term. Aku ni kan kalau dah ada VIP mmg aku akan cuak dan pas tu blank. Dalam hati aku tau nama lain darah, tapi ntah mengapa dia tak nak keluar la dari memory box ni, mungkin kena block ngan muka Dr. Sudha kot, hehehe. Punya la aku memikir apa la dull term dia. Prof. Sudha bagi aku klu tapi aku jawab erythrocyte. Dia kata "what?!". Aku pun dah cuak. Last2, Dr. Suresh bagitahu hemolysis. YES! tu la jawapannya. Pas tu Dr. Suresh suruh aku kira dan keluar ngan Prof. Sudha untuk berbincang sesuatu. Dari raut wajah dia aku tau la dia mesti kecewa gila la. Apa nak buat, dah aku kaget. So, aku memang tak leh nak lupakan peristiwa tu sebab ia sungguh memalukan. Sori la yerk Prof. Sudha :-) Well, that's all I can say today. Bagi orang2 kat Malaysia tu, Selamat Hari Raya Aidiladha esok, especially to my family in Jasin, Melaka. Have a nice holiday!


PS: To my family, mainly my sister along, "jgn makan banyak sangat pulut kuning, nnt menaik, hahaha!"

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DI IMS


Aku ngan vijay

Dari kiri: hadi, aliaa, Dr Pallavi (Phy), Dr Barsha (Biochem), dan liyana

Zahidah yg cute!

Saturday, December 15, 2007

Kurang sikit beban........~sigh~

Salam. Alhamdulillah, hari ni abis jugak 1st IA theory test. minggu depan lak ada praktikal exam. Overall, aku leh cakap yang ujian teori ni mmg susah. Aku tak tau apa la yang aku jawab dalam exam aritu, terutamanya anatomy. Hari ni pulak biochem, dan aku agak frust jugak la bila apa yg aku jawab tadi, mainly phospholipid aku ada buat silap. Aku tak tau la, aku dah hafal dan dah faham, tapi bila exam je terus macam tak berapa ingat ataupun macam ragu2. Emm, aku pun tgh pikir macam mana nak cope problem ni. So, atas kesedaran diri, aku pun plan untuk buat torough reading, undertanding and memorizing semua yang dah aku belajar selama 2 bulan kat Bangalore ni. Despite ramai yang pergi cuti, balik M'sia, tu semua aku tak kisah dan langsung tak tergoda.
Aku target lepas cuti ni aku dah menguasai 99% daripada apa yg dah kitaorang belajar supaya untuk next one, aku boleh focus lebih sikit. Untuk blog kali ni, aku takde nak letak sebarang gambar baru, sebab mmg takde gambar baru, hehehehehe. So, aku harap korang semua akan sentiasa berjaya di dunia dan jugak di akhirat. Stay in touch!

Friday, December 07, 2007

Exam is around the corner....

Salam. Minggu depan aku dah start 1st internal assesment. Aduh!! Pening kepala hotak aku nak menghafal banyak perkara, mainly anatomy. Mau nak pecah kepala aku dibuatnya. Baca physiology pun tak habis lagi, haee........ Tapi, tu la dia cabaran untuk menjadi seorang doktor yang berjaya di masa kelak. Tadi ada la macam revision histology tau. Ingatkan tadi kitaorang akan nengok slide sesuka hati je, rupa2nya macam format dalam pekse. Tadi ada 20 slide. 1 minit diberikan untuk kitaorang mengenalpasti dan tulis 2 ciri2 pengenalan bagi setiap 1 slide. Pergh! macam speed boat aku rasa. Cepat tul masa berlalu. Daripada 20 tadi, aku betul 9 je. Bebudak ni kata aku the highest tadi, tapi ntahla, aku pun tak tau. Time ni aku dah rasa a lil' bit stress untuk exam ni. Hopefully, I can perform well in this first exam. Korang semua doa2kanlah aku kat sini. Esok ayah aku ngan mak cik akan pergi melancong ke Beijing selama seminggu. Best nyer!!!! Ok la, tetiba rasa mgantuk pulak. Kalau ada hal2 penting, bagitahu la yerk! Adios..

Sunday, December 02, 2007

Time passing time.......sigh

Salam. Lama tul tak blogging. Sedar tak sedar dah hampir dua bulan aku berada di negara India ni. Pergh! Rasa lama lak pulak. Tetiba je rasa rindu kat Malaysia. Anyway, Jumaat hari tu aku baru je ada 1st monthly test. Selamat soalan MCQs anat, biochem ngan physiology and definitely no negative marking. Tapi kalau exam sebenar ada negative marking. 12-19hb Disember ni ada 1st Internal Assessment, which is almost equal to the real exam. Cuak la jugak sebab study pun macam tak study je aku ni. Tapi aku akan usaha dengan sedaya upaya untuk mencapai kecemerlangan. Doakan la aku yerk! Aritu kitaorang ada buat jamuan hari raya by MSU. Dean IMS turun padang, tapi Dato' Presiden tak dapat datang sebab ada hal, tapi dia datang the day after, along ngan rombongan KPTM. Jamuan tu ok la, aku makan 2 pinggan nasi. Hai, macam mana la aku nak kurus ni. Aku tak tau nak cakap apa lagi. Aku nak siapkan buku2 rekod malam ni. Emm, stay up la aku malam ni. Well, kalau ada masa aku blog la lagi. Bye!!!!