Saturday, November 10, 2007

Ke Mysore!

Salam. Semalam merupakan hari paling best sebab aku akhirnya mengambil keputusan untuk melancong ke salah sebuat tempat yang bersejarah di India, iaitu di Mysore. Bertolak dari Bangalore pukul 7.00 am, perjalanan dari Bangalore ke Mysore mengambil masa kira2 3 jam. Perjalanan tidaklah sebosan seperti yang disangkakan. Sepanjang perjalanan itu kitaorang melalui beberapa buah pekan dan juga bandar. Bunyi bising hon tu memang tak leh dipisahkan. Sampai kat sana, kitaorang first pergi ke tempat Tippu Sultan. Agak sedih jugak bila dengar tentang Tippu Sultan, hampir aku menitikkan air mata. Seorang Sultan Islam, yang mempertahankan Mysore sebanyak 4 kali dalam peperangan Mysore daripada British. Mati ditembak, dan segala harta dirampas oleh pihak British, termasuklah pintu emas makam emak dan ayah beliau. Anak-anaknya yang masih hidup dipaksa ke Kolkata dan hidup dalam keadaan miskin sehinggalah ke anak cucunya sekarang. Kesiankan, tapi tu semua da berlalu. Pas tu, kitaorang pergi Gumbaz, iaittu tempat persemadian Tippu Sultan, ahli keluarganya, para pegawai kerajaan beliau serta ahli-ahli ulama pada masa itu. Then, kitaorang ke Mysore Palace. Kitaorang tak berapa tahu sangat tentang tempat ni, tapi istana tu sangat besar dan cantik. Malangnya aku tak dapat nak amik gambar dalaman istana tu sebab security is too tight. So, aku dapat la amik gambar luar istana tu, tapi tu pun dah dapat menggambar kecantikan istana tu. Pas tu kami pergi Mysore's zoo. Kalau dibandingkan dengan zoo kita, lawa lagi kita punya. Tapi, saje je nak nengok camna zoo India. Then kitaorang dibawa ke empangan KRS. Situ ada la fountain biasa ngan musical fountain. Tapi ole kerana dah penat dan juga agak kecewa sebab tak dapt naik bot bulat, kitaorang pun nak balik awal. Tapi, driver pulak buat hal. Mana dia pergi kitaorang pun tak tau, Hampir sejam kitaorang tunggu, agak bengang jugak la dibuatnya + lagi dengan budak2 penjual yang asyik mengekori dan paksa kitaorang beli barang yang diaorang jual. Then, kitaorang bertolak balik ke Gokul dan sampai pukul 9.45 pm. So, tu je la overall tentang kitaorang punya trip ke Mysore. Tempat tu memang best, tapi kalau dengan travel agent yang best, mesti menjadi best trip tu. Ops! lupa lak. Sebelum tu, petang tu kitaorang ada jugak pergi satu church yang besar, dibina pada masa pemerintahan British. Sampai situ ada la rasa jugak macam kat UK. Tapi, kitaorang takdelah nak masuk. Ok la, tu je la. Kalau ada benda best nanti aku post. Sekarang ni aku nak gi study anat dan juga biochem. See ya!

TRIP KE MYSORE, INDIA



Thursday, November 08, 2007

My Blog Entries At India

3 Oktober 2007 (8.27am),

Alhamdullilah, akhirnya aku berjaya juga menjejakkan kaki ke bumi India. Daripada KLIA, aku menaiki flight ke Bangalore through MAS, no filght MH 192 pukul 10.10 pm. Dalam flight, aku rasa ok la walaupun hakikatnya aku tak berapa selesa sebab seat dia agak kecik dan tidak memenuhi spesifikasi badanku. The food was quite ok la. Along the flight, aku boleh la dikatakan makan tak kenyang, tidur tak lena. Sampai Bangalore lebih kurang pukul 11.30 waktu tempatan, waktu Malaysia tak salah aku pukul 1.00 ++ am. Agak terkejut jugak la aku sebab walaupun nama airport dia Bangalore International Airport, namun dia punya pengurusan biasa je, tak macam KLIA kita. Habis imigresen dan amik beg, kitaorang dibawa ke hostel kitaorang di Gokula Road. Agak jauh jugak dari airport, tapi near dengan Bandar Bangalore. Sampai di sana, kitaorang terus diagihkan ke bilik apartment masing2. Apartment aku 4 orang je, so ok la nak handle. The apartment is great! Dah ada dah peti ais (baru lak tu), mesin basuh dan everything needed by student. Suhu disini 23oC. Keluar2 tadi, angin memang kuat. Tak sia2 la aku simpan lemak aku ni, he8. So, aku rasa ni je la yang aku nak tulis. Tengah hari karang nak pegi Bandar Bangalore untuk beli barang2 keperluan harian dan jugak buka account bank kat sini. See ya! Salam dari Bangalore, India.

DEPARTURE AND ARRIVAL TO BANGALORE



6 Oktober 2007 (4.34pm),

Hari ni merupakan hari ke-5 aku berada di India. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Start hari Rabu sampai hari Jumaat, kitaorang asyik jalan je kat bandar. Senior tunujukkan pada kitaorang beberapa jalan yang agak popular di Bangalore seperti MG Road, Brigade Road dan Commision Street (CS). Barangan di India jauh lebih murah berbanding Malaysia. Makanannya pun murah jugak, tapi kena berhati-hati sikit la, takut tak halal. Kat sini, KFC, McD, Pizza Hut dan jugak Domino’s Pizza pun ada. Semalam aku ada jugak nak beli KFC, tapi bila nengok menunya, nampak kurang memberangsangkan. Bukannya tak halal (untuk pengetahuan, makanan fast food kat sini majoriti halal, tapi kena jugak berhati-hati) cuma tak banyak choice. Memang boring giler la fast food diorang kat sini. Ramai kawan aku dah beli semalam, mungkin lepas ni aku akan cuba beli pulak. Kalau nak tau, kat Bangalore ni pun ada jual barangan luar negara seperti reebok, levi’s, nike, adidas, sony dan macam2 lagi. Yang paling best, barangan tu semuanya murah2 belaka. Semalam memang ramai la kawan aku yang beli baju, kasut, sandal semuanya dari kedai tu (biasa la, orang kaya, hehehe). Aku pun semalam ada jugak riki kasut kat kedai reebok, bila dia kata ada saiz 13, aku pun agak excited la jugak. Kat Malaysia takde kasut jual saiz 13. Aku pun try satu, dan kasut tu memang ngam2 je ngan kaki aku. Tapi, bila dipikirkan balik nak start belajar ni perlukan banyak duit, so aku hold on dulu. Masa kat IMS, aku nengok jugak la beberapa buku yg senior suggest untuk kitaorang. Believe it or not, overall semua buku tu just Rps 6500 (bersamaan RM 590)! Kalau kat Malaysia, mau RM2000 lebih buku tu. So, belajar di India ni memang ada advantage. Aku jugak dah ada nombor baru, kalau kat Malaysia kita ada Maxis, Celcom dan DiGi, tapi kat sini diaorang ada Hutch, Air Tel, Spice dan CellOne. Aku guna postpaid Hutch. Nombor aku adalah +919916920311. Kalau ada masa msg la atau lagi best call la, hehehe. Ok la, aku nak exercise jap. Papehal nnt aku maklumkan pada korang semua. Korang pun kalau ada benda yg menarik berlaku kat sana, bagitahu la aku. Ok, bye...........

DI BRIGADE DAN JUGA MG ROAD (MCM BINTANG WALK M'SIA)


9 Oktober 2007 (9.41pm),

Hari ni aku dah pun memulakan perjalanan aku untuk menjadi seorang doktor yang berjaya. So far, hari ni just belajar basic of using microscope kat dalam lab histology. Selalunya, jarang la aku tengok soalan ttg microscope masuk pekse, tapi bila baca buku rujukan diorang, rupa-rupanya masuk jugak soalan microscope tu, so aku tak leh nak buat dunno je. Hari ni aku dah dapat buku yang aku tempah dari kedai Ganesh kat dalam MSR courtyard jugak. Satu tahun buku dah ada 14 buah, cuba bayangkan untuk 5.5 tahun yang akan datang. Pergh, mahu mahal kargo aku ni kalau nak balik Malaysia. Esok India cuti sebab ada perayaan diaorang, so aku tak tau nak buat apa, mungkin study kot. Yusri, Raf, baru aku tau kesengsaraan korang untuk menuju ke bidang kedoktoran. Tapi, marilah kita sama-sama berusaha untuk mencapai kecemerlangan. So far, aku takde lagi plan nak balik Malaysia, not on this short period of time. Dan aku jugak tak pasti nak balik ke tak, mungkin semuanya bergantung kepada keadaan semasa. Negeri Karnataka sekarang tengah bergolak dalam dunia politik. Sekarang ni ketua menteri Karnataka sudah pun digulingkan dan rombakan sekarang tengah berlaku. Walaupun tak nampak ketara kat area Gokula, namun keselamatan tetap perlu kitaorang jaga. Hari ni kitaorang dapat la berjumpa dengan dekan daripada MS Ramaiah Medical College. Nama dia Dr. Kumar. Seorang yang berprinsipal tinggi daripada pandangan aku. Aku ada la bukak friendster aku tadi. Ni aku nak balas balik message Murali.

“Sorry la Mr. Ali sebab tak dapat balas message kau, line internet tak pasang lagi la. Anyway aku ok je kat sini dan Bangalore is fine. Sori tak angkat telefon kau sebab time tu aku punya handphone ada sedikit baga. I bought a new one. Kau nak call sekarang pun dah ok dah.”

Aku rasa tu je kot. Later...............

14 Oktober 2007 (9.51am),

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN! Hari ni Karnataka menyambut hari raya. Malaysia dah sambut raya dah semalam, so kitaorang hari ni. Nothing much about raya kat sini, cuma ngan bebudak ni je la. Hari ni aku dapat message daripada dak Angah yang dia ada kat hospital sekarang ni. Risau jugak la aku. Aku call dia tadi, suara dia pun lemah. Dia kata mungkin tak bersalin hari ni, tapi just to be ready sebab dia dah rasa sakit. Kat sini, semuanya tgh bersemangat nak raya. Tapi sebaliknya kat aku. Aku langsung takde spirit nak beraya hari ni. Tak tau la. Dah masuk tahun ketiga dah aku takde semangat atau will untuk beraya. Kenapa? Aku pun tak tau. Mungkin hati aku dah takde semangat lagi kot nak raya. Hehehehehe. Anyway, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada family aku kat Melaka, my fellow and respective teachers and lecturer in both school and matrix, my last lasting and faithful friends, regardless from school or matrix, and anyone who know me. Forgive me if I had anything mistakes since human are meant to make even a single mistake. Mungkin tu je la kot yang aku nak tulis. Internet mungkin aku akan beli esok, Insya-Allah. Mungkin lepas tu baru aku akan tulis blog secara normal. Eid Mubarak!

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DI SHRIRAM SADHANA


21 Oktober 2007 (12.31 pm),

Salam. Hari ni dah masuk seminggu kita berada di bulan Syawal yang indah ini. Sekarang ni kat India musim monsun dan hampir setiap petang dan jugak malam hujan turun dengan lebatnya. Tadi pun hujan turun dan agak lebat. Pergh, ni nak cerita sikit ttg aktiviti makan aku. Dah dua hari aku makan malam kat luar, dan itupun sebab temankan kawan2 aku yang berpuasa sunat 6 hari. Semalam aku ngan diorang makan pizza hut, Jangan tak caya, kat sini pun ada pizza hut. Alhamdulillah, mostly fast food kat sini semuanya halal, tapi still kena jugak berhati-hati. Aku makan macam there is no tomorrow. Paham2 je la kan. The pictures will tell you a thousand words. Kalau kat Malaysia, kuantiti benda yang kitaorang order tu akan mencecah lebih kurang RM300, tapi semalam aku makan pizza, dan overall adalah Rps 2135 (RM213.50). Murah tak???? Tu yang aku dok pikir tu macam mana la aku nak kuruskan badan aku kat sini. Mungkin tak kurus kot, hehehehehe. Lepas tu pulak, hari ni pun aku temankan kawan aku berbuka di sebuah restoran yang berdekatan ngan MS Ramaiah Campus, iaitu Casino Restoran (bukan tempat judi tau). Sekali lagi, aku makan dengan kusyuk dan tawadu’ (kalau la aku boleh aplikasikan kedua-duanya dalam solat). Aku makan nasi goreng, ayam tandoori, chicken spring rolls, grilled chichken, dan juga paradise aiskrim. Ya Allah, memang senak la perut aku hari ni. Tapi, ku gagahkan jua mulut ku untuk mengunyah dan menelan segala makanan yang terbentang dihadapan. Walaubagaimanapun, aku tetap takkan leka ngan study aku. Study tetap study, no excuses. Ok la, aku pun dah rasa mengantuk ni. See ya........

(PS: Akak aku Ustazah Mazlina sudah pun melahirkan anaknya yang ke-3, budak lelaki yang diberi nama Amir Muhtadi. Tahniah!!!!)

MAKAN DI CASINO


27 Oktober 2007 (9.38 am),

Salam. Sekarang ni aku tgh melepak kat rumah sambil memikir nak bua apa lepas ni. Dah seminggu aku main game hitman, best giler, tapi tu semua aku dah main. Ingatkan nak main game hitman yang black money tu, tapi tak dapat nak install gara2 ngan DirectX aku, hmmmm. Anyway, aku jugak dah hampir dua minggu dissect mayat (kat sini panggil cadaver). First time rasa cuak la jugak sebab confront ngan real dead body. Tapi, bila dah lama rasa dah biasa pulak. Dah jadik macam kawan pulak, hehehehe. Aku takde nak amik gambar mayat tu sebab rasa tak sedap hati pulak (macam citer “Jgn Pandang Belakang”). Belaja kat sini semuanya ok2 belaka. So far aku masih lagi boleh catch up dgn syllabus kat sini. That’s all, bye!

DALAM DISSECTION HALL


4 November 2007 (1.02 am),

Salam. Tak tau pulak nak cakap apa. Just to tell yang aku dipilih menjadi Ketua Biro Kebajikan. Funny isn’t it? Dah la aku malas nak pegang apa2 jawatan, tetiba je kena jadi ketua biro kebajikan MPP kat sini. Tapi, apa nak buat, muka aku kan muka rezeki. Makin lama aku merasakan bahawa study ku disini makin mencabar. Semakin hari aku semakin blur ngan anatomy. Mungkin terlalu banyak sub division dalam anatomy, tu yang aku pening tu. Tapi aku takkan berputus asa semudah itu. Aku akan terus berusaha sehinggalah aku berjaya menjadi seorang doktor yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Aku rasa aku tak introduce lagi housemates aku kat korang semua. Housemates aku adalah naim, shazwan dan jugak hadi (sila rujuk gambar, hehehehe). Diaorang ni semuanya best2 belaka, terutamanya sekali dak naim. Aku jugak ada best friend kat sini, nama dia munirah. Dia ni memang baik giler la. Overall bebudak kat sini semuanya ok2 belaka, tapi tak mampu nak setanding ngan korang semua kat Malaysia, especially mumu elly and wak. You’re the best!!!! Aku rasa aku pun dah mula nak pengsan. So, kalau ada kesempatan kita jumpa lagi, bye!!!