Thursday, September 20, 2007

Tomorrow, and tomorrow, and tomorrow :-/

Hari ni dah masuk 20hb Sept, bersamaan 8 Ramadhan. Lagi seminggu je lagi untuk aku meninggal bumi Malaysia dan berlepas ke India. Perasaan aku bercampur baur, iaitu gembira bercampur sedih. Gembira sebab dapat menunaikan impian aku untuk menjadi seorang doktor, tapi sedih sebab kena meninggalkan Malaysia semata-mata untuk menuntut secebis ilmu pengetahuan di negara orang. Banyak lagi barang yang belum aku beli, dan aku pun tak tau lagi nak decide nak bawak beg yg mana satu. Kadang2 aku selalu bertanya kat diri aku sendiri, "betul ke aku akan ke India? dan yg penting betul ke aku akan wat medic?!." Persoalan tu la yang buat aku setiap hari musykil sama ada betul ke jalan yg aku sedang tujui sekarang. Apa pendapat korang semua?? Anyway, aku cakap kat diri aku balik bahawa ni lah jalan yg sebenarnya untuk kau. Ini lah jalan yang akan membawa kebahagiaan kepada kau dan juga keluarga. Ni lah jalan yang akan kau amik untuk menunaikan permintaan terakhir mak kau. Korang mesti rasa aku macam org psycho, cakap ngan diri sendiri tapi itulah hakikat kehidupan aku sekarang. Adakah ini mungkin satu ilusi yang aku alami sebelum berangkat ke luar negara dan stay untuk jangka waktu yang agak lama? Maybe, aku pun tak tau. Aku rasa aku dah banyak mereprek kat sini. Kepada rakan2, thanks for the support. For the teachers and lecturers, thanks for the knowledge. For my family, thanks for everything. Ini merupakan blog aku yang terakhir aku karang di Malaysia. Lepas ni karang kat India la aku, masyuk la!!!!!! Once again, selamat menjalankan ibadah puasa dan jgn lupa terawih pada waktu malam pulak. Jgn ada yang kantoi puasa sudah! Well then, kalau korang yg ada nearby KL nak send aku boleh jeh! Aku fly pukul 8pm, so korang boleh la datang around 5-7.15pm. Tapi kalau aku, aku tak nak korang menyusahkan diri nak send2 ni. Kesian kat korang. In addition, aku jugak nak kita sama2 membina sebuah bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang! Mari la kita sama2 mencapai kejayaan dalam bidang masing2. Insya-Allah, dengan cara ini saja la kita mampu untuk menjadi pengganti kepada kepimpinan negara di masa hadapan. Bagi rakan2ku yang berbangsa Melayu, janganlah kita mudah tertunduk kepada orang bukan bumiputera. Tingkatkan semangat persaingan di antara kita dan mereka. Jika mereka boleh buat, kenapa tidak kita? Faith, loyalty, trust, and efforts are the recipe of success. Well then, see you guys in my next post, from Bangalore of course. Adios!!

Tuesday, September 18, 2007

Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 17

Peperiksaan demi peperiksaan telah pun berlalu. Akhirnya, hari yang dinantikan telah pun tiba, iaitu hari terakhir peperiksaan. Hanya kertas EST sahaja yang bakal dijawab oleh pelajar SPM. Oleh sebab itu, ramai di kalangan mereka yang bersikap acuh tak acuh.

“Bestnya hari ni last exam. Rasa macam dah abis pulak, hahahaha!” gelak Kamal
“Ye la, aku pun tak sabar-sabar rasanya nak tamatkan peperiksaan ni. I feel free!” balas Yunos
“Korang ni, ada-ada je. Walaupun EST tu nampak je senang, tapi bukan senang nak dapat markah. Dia punya pemarkahan strict giler” sampuk Khairul
“Ala kau ni Khai, suka tau nak membantutkan semangat kitaorang” balas Kamal
“Bukan nak membantutkan semangat korang, cuma nak beri peringatan je. Kita ni manusia kan mudah luper” balas Khairul

Peperiksaan EST bermula. Hari ni ramai yang berkeyakinan untuk menjawab soalan EST pada hari ini. Tidak kurang juga ada yang tak sabar-sabar untuk mendengar ucapan “masa sudah pun tamat” daripada ketua pengawas peperiksaan. Ada pelajar lain yang sentiasa merenung jam di dinding yang semakin lama dipandang, semakin perlahan jarum saat bergerak.

TIK.....TOK.......TIK.....TOK......TIK.....TOK

“Masa sudah pun tamat, sila letakkan pen anda di atas meja” ucap ketua pengawas peperiksaan

Lega. Itulah perasaan setiap pelajar yang berada di dalam dewan peperiksaan tersebut. Berakhirlah sudah peperiksaan SPM mereka pada tahun itu. Nafas panjang yang dihela oleh setiap pelajar kedengaran di setiap penjuru ruang dewan tersebut. Setelah dibenarkan meninggalkan dewan peperiksaan, semua pelajar melonjak kegembiraan kerana sudah bebas daripada cengkaman Kementerian Pelajaran Malaysia, ataupun dengan lebih tepat lagi telah bebas daripada sekolah. Ada yang menyambut kegembiraan itu dengan melompat, berbual dengan rakan dan sebagainya. Namun, bagi Khairul, cabaran yang sebenar baru sahaja bermula. Ada lagi beberapa bulan sebelum keputusan peperiksaan keluar. Sekarang yang penting bagi Khairul adalah untuk memilih universiti mana yang harus dimasukinya. Sebelum itu juga Khairul ada memohon untuk program matrikulasi di bawah naungan KPM.

Setelah mengemaskan barang-barangnya untuk pulang ke rumah, Khairul dihampiri oleh Farra.

“Macam mana pekse tadi? Ok ke?” soal Farra
“Tentulah ok. Kalau tak ok tak kuar aku lagi dari dewan tu” gurau Khairul
“Ada pulak macam tu. So, dah habis sekolah ni, apa plan kau sementara menunggu result keluar?” soal Farra lagi
“Aku tak tau lagi la, maybe duduk rumah je kot. Nak keje time-time ni, aku rasa malas. Lagipun aku ada prinsip di mana prinsip aku selagi tak habis belajar sampai dapat degree, selagi tu aku takkan kerja. So, aku duduk rumah je la. Kau pulak? Nak kerja ke?” balas Khairul
“Aku pun tak sure. Aku rasa nak kerja. Ye la, daripada duduk rumah tu tak tahu nak buat apa, lebih baik aku kerja sementra. Dapat jugak duit. Dengar ramai kawan-kawan kita mcam Zainal nak kerja. Yunos pun sama” balas Farra
“Bagus la kalau diaorang nak kerja. Ok la Farra, bukan nak kurang ajar, tapi aku perlu balik dulu sebab ada perkara yang harus aku lakukan. Jumpa lagi” balas Khairul lalu beredar

Khairul meninggalkan Farra keseorangan di kantin sekolah. Farra berasa amat curiga sekali mengapa Khairul hendak tergesa-gesa untuk balik ke rumah. Setahu Farra, Khairul tidak akan pulang selagi rakan-rakannya yang lain pulang dahulu. Khairul sangat berbeza pada hari ini. Bingung memikirkan mengenai Khairul, Farra pun pulang ke rumah. Di dalam bas, Farra masih lagi memikirkan Khairul. Apa yang sudah berlaku?

Bersambung.....................................

PS: Nak tunjuk kat korang sedikit video masa MPPB kat KMPh 07/08. Video ni kawan aku, Hanafi yg buat.


Sunday, September 16, 2007

Selamat Ulang Tahun Penubuhan Gagasan Malaysia Yang Ke-44


Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya kepada para pemimpin kerajaan Malaysia selamat menyambut ulang tahun penubuhan gagasan Malaysia Yang Ke-44. Diharapkan agar sambutan ulang tahun ini yang berada dalam bulan Ramadhan pada tahun ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Saturday, September 15, 2007

Citer aku dalam bulan pose

Salam. Dah 3 hari kita berpose. So far so good. Cuma hari ni je aku terkantoi sembahyang terawih sbb nak tgk cerita 'Jgn Pandang Belakang' kat ABO. Selama 3 hari aku puasa ni, nampaknya perutku masih lagi dalam keadaan yang normal. Aku mampu mengawal diameternya untuk mengekalkan diameter yang optimum, iaitu 52 (macam jawab soalan bio pulak). Aku tgh konfius sama ada nak kurus atau stay. Apa pendapat korang? Kalau aku kurus, takut korang dah tak kenal aku pulak. Kalau stay, nnt korang marah pulak sbb tak kurus2 lagi. Hari ni aku bukak macam raya pertama. Ye la, lagipun kakak2 aku balik dari KL, so banyak la ayah aku masak. Aku pun tak miss jugak masak dengan memasak stew ayam. Bila dah lama tak memasak rasa macam lain pulak. Anyway, stew yg aku masak mmg best! (masuk bakul angkat sendiri pulak). Aku nak pegi India 28hb ni, tapi satu hapa pun aku tak kemas. Blazer aku pun belum siap lagi. Tapi baju untuk aku nak bawak ke sana dah banyak dah aku beli. Aku rasa macam cuak pulak nak gi belajar. Bila aku tgk mak cik aku belanja laptop, along aku belanja kamera digital dan ayah dan abg ipar aku belanja pakaian, rasa macam inferior pulak aku nak belajar ni. Kalau aku tak buat betul2 ni, memang rasa bersalah tu mmg.............tak boleh nak bayang la. Ok la, aku rasa sampai sini je kot. Lain kali je la aku blogging. Later........

Wednesday, September 12, 2007

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Salam. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia, terutamanya di negeri Melaka, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak pada esok hari. Diharapkan agar kita semua dapat berpuasa penuh pada bulan ini dan juga dapat meningkatkan amal ibadah dan kerja2 amal dalam bulan yang mulia ini. Jangan lupa solat terawaih pulak pada waktu malam. Kepada Koe, idea kau nak bukak pose ramai2 tu aku setuju bebenar. Lagipun dak Raf akan kembali ke Bumi Firaun pada bulan ni. So, aku cadangkan kita buat bukak pose tu kat gerai2 biase jer. Aku dah ingat dah ttg bukak pose last year, kat Melaka Sentral kan? Untuk tahun ni, kalau kau rasa nak buat jugak, kita buat kat warung makan di Bukit Katil tu. Aku rasa kat sana best jugak masakkan diaorang. So, Selamat Berpuasa yer! Jgn lupa solat terawih malam ni. Bye........................



My new laptop, BenQ S31V. Nak bawak gi India. Ok tak Aki???

Tuesday, September 11, 2007

My Previous Posts

3 Sept. 2007. (0005)

HEPI BESDAY…….ACU……….HEPI BESDAY……..ACU……..HEPI BESDAY……..ACU………..HEPI BESDAY……….ACU. Happy birthday to myself! Tu merupakan nyanyian yang disampaikan oleh aser dan jugak sofea sebentar sahaja tadi semasa kakak aku angah telefon aku untuk menyampaikan ucapan selamat hari jadi kepada aku. Hari ini genaplah umur aku 19 tahun. Dah tua dah pun, tapi perangai macam budak-budak. Aku tak mengharapkan apa-apa untuk hari jadi aku, sebab aku pun tak tau apa yang boleh aku harapkan setiap kali tibanya hari jadi aku. Sepertimana yang aku katakan dahulu, hari jadi aku sekarang ni pun serta yang akan tiba macam satu hari yang mungkin pada famili aku satu hari yang meriah, tapi biasa bagi aku. Hari jadi aku tak meriah dan gembira tanpa mak disisi aku. Tahun ni aku sambut besday kat KL sebab aku ada taklimat esok kat MARA. Anyway, it’s ok for me. Kepada Murali, thanks for being the first of my friends to wish my birthday. It’s mean something for me. Also thanks to Prisca as well. You are the best pris and murali! Don’t know what to say on my birthday. Just to wish back my father and my angah a happy belated birthday to both of them Actually, my father celebrated his 60th birthday at 1st Sept. while my angah celebrated his 30th birthday yesterday. So, only my father, angah and me have an orderly line of celebrating birthday this month. My mother’s birthday is on 18th Sept. If she still with us, she will be 58 years old this year. I really miss her. Ok la, I think that’s all I can wrote for now. To Tee Han Long, also a happy birthday to you too! May God prosper us with prosperity, longevity and a bunch of good friends for us! HAPPY BIRTHDAY FAIZ PARMAN OF MELAKA............................

4 Sept. 2007 (1800)

Hai again. Hari ini merupakan hari yang memenatkan bagi aku. Hari ni kitaorang yang bakal ke India ada taklimat ngan pihak MARA di KL. Taklimat start pukul 8.30 am. Tapi, oleh kerana aku risau dengan trafik jam, jadi aku suruh kakak aku hantar aku pukul selepas subuh. Oleh kerana jalan agak lengang pada waktu itu, so aku tiba di Medan MARA pada pukul 7.15 am. Awal giler! Tak tau nak buat apa, aku jalan2 kat area masjid india dan lebih kurang pukul 7.30 am aku lepak kat satu warung makan untuk sarapan. Lepas makan, aku balik semula kat bangunan MARA dan menunggu kawan2 yang lain. Dipendekkan cerita, taklimat aku habis pada pukul 4.30 pm. Aku ingatkan taklimat ni kejap je, mungkin tengah hari dah habis, rupa2nya habis petang la. Habis ke taklimat aku ngan Hadi straight naik LRT ke Plaza Rakyat untuk amik dak Hadi. Hadi akan tidur semalam kat umah kakak aku kat Ampang malam ni sebab dia duduk kat Baling, Kedah. Bas dia pada pukul 10.30 pm esok. So, overall tu je la ttg aktiviti aku hari ni. Oh, sambutan besday aku memang best! Kakak aku telah berjaya menaikkan badan aku lagi dengan belanja aku makan steak kat The Coast di Alamanda. Best giler makanan kat situ. Tu malam, petangnya sebelumnya aku ngan sorang lagi kakak aku pegi bergonjeng ke The Mines. Kitaorang nengok wayang citer Rattatuille (tak reti nak eja) ngan main boling. Fuh, memang best. Thanks!!!! Ok la, aku nak gi mandi la. Kejap lagi nak makan. Bye!

5 Sept. 2007 (2230)

Salam. Pergh, hari ni merupakan hari yang bersejarah bagi aku. Buat kali pertama, aku menjejakkan kaki aku ke Berjaya Times Square dan juga Bukit Bintang yang popular tu. Aku temankan Hadi ke sana untuk beli baju dan juga kasut dia. So, Hadi kata yang dia nak beli kat sana, so aku pun on je la. Daripada rumah kitaorang naik LRT Sungai Besi, kemudian berhenti kat Hang Tuah. Lepas tu tukar naik monorail ke Imbi. Tu pun first time aku naik monorail. Quite small, tapi best jugak la. Tapi, oleh kerana kitaorang sampai pagi, so paham2 je la betapa ramainya manusia yang nak naik monorail ke tempat kerja. Kitaorang menunggu hampir sejam untuk menunggu manusia2 kat situ berkurangan tapi tak jugak, so aku ngan Hadi beratur la kat tempat menunggu tu. Setelah men’sardin’kan diri dalam monorail, kitaorang samapi kat Times Square. Tapi, sebelum tu, kitaorang pegi makan kat McD di Bukit Bintang. Lepas tu Hadi bawak aku ke Low Yat. Tu pun kali pertama aku masuk situ. Aku sangkakan Low Yat punya bangunan macam style bangunan Mydin, rupanya lain pulak. Memang banykak giler la barang2 elektronik kat situ, terutamanya komputer. Memang rambang mata aku ngan Hadi tengok. Baru aku paham pasal ramai orang suka beli kat situ. Setengah jam kemudian, kitaorang baru keluar dari Low Yat dan pegi ke Times Square. Masuk je Times Square, aku merasakan otot2 di kaki aku bakal ‘menangis’ melihat kebesaran dan luasnya Times Square, almost macam Jusco yang terbesar kat Johor tu. Aku menemankan Hadi bershopping almost 2 hours. Rupa2nya kawan aku sorang ni kuat bershopping. Penat jugak la aku ikut dia. Lepas dia dah puas hati, kitaorang pegi melantak kat 10th floor. Sambil2 tu, aku sempat jugak la tengok Pusat Permainan yang dikatakn terbesar tu. Rasa macam nak main je tapi takut tak sempat. So, aku biarkan dulu. Masa makan aku jumpa ngan Atikah Hassan ngan kawan dia. So, sempat la berborak sekejap masa makan tu. Lebih kurang pukul 3.30 pm, aku ngan Hadi blah. Sampai di LRT Hang Tuah, aku ngan Hadi berpisah. Sampai rumah lebih kurang pukul 5.15 pm. That’s all tentang aktiviti aku hari ini. Later.....................