Thursday, August 30, 2007

Celebrating 50th Merdeka Day in Malaysia.....I'm so honoured

Salam. Tomorrow will be Malaysia 50th Merdeka Day. I wuold like to take this opportunity to wish all Malaysia a Happy Merdeka Day. I'm quite sad because this will be my last year of celebrating Merdeka in Malaysia before I'm leaving Malaysia for India to further up my study. But, I'm not going to stay there forever, just for about 6 years. But, in sadness, I'm also very happy because compare to my friends in Egypt, like Yusri and Rahman, I get my chances of celebrating Malaysia 50th Merdeka Day in Malaysia. So, this will cope off my sadness before leaving to India. I don't want to write long, so I just end my my post today by reminding our Malaysia youth how important it is for us to realize that not everyday our contry celebrate 50th anniversary. So, this year I hope that we as the youth of Malaysia will rise from our deep slumber and force ourselves to step forward and to make our country proud to us. Do not involve in drugs, smokes, and all unethical behaviours. For students, mainly the Malays, study hard and study smart. Compete with non-bumi students. Be rational at all time and always respect our parents. I think that's all. Here I give you some pics when I was in BTN (6 - 10 August 2007) at Kem Bumi Jati, Shah Alam. Enjoy it. MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!

PS: Congratulation for the under 23 Malaysia football team for winning the Pesta Bola Merdeka last night against Myanmar. Congrat!!!



















Friday, August 10, 2007

Kisah Ku Berkursus BTN

Salam. Hari ni aku baru je balik dari Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. Terus terang aku cakap, aku memang rasa malas nak gi kursus ni. Tapi, memandangkan MARA meletakkannya sebagai suatu syarat untuk ke luar negara, maka aku pun nak tak nak terpaksa pergi jugak. Aku berkursus di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Hari Isnin, iaitu pada 6/8/07, aku dan semua budak MARA yang akan ke India dan jugak Indonesia dibawa dari Masjid Negara ke kem tersebut. Selepas mendaftar dan sebagainya, kitaorang pun diberikan taklimat ringkas. Dipendekkan cerita, jadual kitaorang memang padat giler. Hari Selasa, the whole day adalah ceramah, from morning until night! Memang betul2 menguji minda kitaorang semua. Memang penat giler la dengar ceramah tu. Tapi, selamat 2 daripada 4 orang penceramah best giler, kalau tidak, memang mengaktuk la kitaorang semua. Oh, terlupa pulak! Selain pelajar tajaan MARA, kitaorang jugak turut bergabung ngan pelajar KUIS under MOHE yang akan melanjutkan pelajar ke Mesir dalam bidang Usuluddin. Overall, jumlah peserta adalah seramai 148 orang. Pada hari Rabu dan Khamis, kitaorang dijamukan dengan LDK. Ada 8 LDK yang kitaorang perlu tempuhi. 4 pada hari Rabu dan 4 lagi pada hari Khamis. Dalam LDK tu, kiotaorang banyak membincangkan mengenai isu2 politik, corak pemerintahan dan juga ttg orang2 Melayu. Walaupun ada antara ahli kumpulan aku yang tak berapa selesa dengan perbincangan mengenai isu politik, namun nak tak nak kena jugak. Oh, aku merupakan ketua kumpulan, iaitu kumpulan 7. Tentang aktiviti fizikal, jangan cakap la, memang banyak. Setiap pagi, bermula pada hari Selasa, kitaorang wajib berbaris di padang kawad untuk aktiviti kawad (yang basic je) dan juga menyanyikan lagu Negaraku. Pas tu, kitaorang akan beriadah. Hari Selasa dan Khamis punya riadah kira aku boleh tahan lagi, tapi yang aku tak tahan adalah pada hari Rabu dimana kitaorang disuruh berlari sejauh 2km daripada kem tu. Ni semua adalah untuk memenuhi borang Penilaian Tahap Kecergasan. Masa riadah petang Selasa, kitaorang ada baut sebahagian besar daripada aktiviti tu. Kalau korang nak tau, kecergasan tubuh fizikal aku menyamai denagn orang tua berumur 50+. Aku dapat 30 markah je. Tapi, aku bersyukur sebab dapat 30 markah daripada tak dapat langsung. Pada petang Khamis, kitaorang ada aktiviti kembara. Aduh! Pasal la ada aktiviti ni setiap kali aku pergi kursus. Tapi, untuk menjaga maruah sebagai ketua kumpulan, aku gagahkan diriku untuk pergi bersama-sama dengan mereka. Antara halangan yang kitaorang perlu hadapi adalah merangkak di bawah duri kawat, menyeberangi anak sungai dengan cara menggelongsor di atas dua batang besi paip yang disediakan, pas tu panjat dan turun bukit yang agak curam, then masuk ladang kelapa sawit. Kat ladang kelapa sawit, kitaorang berasa agak cemas apabila bertembung dengan sekumpulan kambing. Walaupun hanya kambing, namun cuak jugak sebab mana la tau tiba2 je si jantan menanduk kitaorang kerana mengganggu famili dia. So, kitorang pun mengamalkan sikap bertolak ansur ngan kambing tu dengan cara memberi jalan kepadanya. Selesai isu kambing, kitorang kena masuk paya. Tu yang kuren sikit sebab baju aku yang putih lagi suci itu telah dinodai dengan warna keperangan selut dari paya tersebut. Nak tak nak, kena terima jugak. Baju tu aku baru je beli kat BOSS Giant Melaka. Sedih jugak bila mengenang nasib baju tu. Harapnya kesan kotor tu boleh hilang. Selepas meredah paya, kami berjalan dan berjalan sehinggalah sampai semula ke kem. Estimation time sampai pada pukul 6.50 pm. But, it was fun, totally! Hari ni, kitaorang ada ujian kenegaraan yang meliputi segala aspek menangani sistem pemerintahan, konsep dan dasar kerajaan, isu2 semasa dan juga gejala rasuh. Aku tak sure sangat dengan test yang aku buat, tapi aku berharap dan berdoa agar aku lulus, sebab kalau aku gagal, aku tak dapat fly ke India! So, doa la daku agar lulus dalam ujian BTN ni. Kat sana aku banyak jugak berjumpa dengan kawan2 aku dari matrik dan jugak stp. Antaranya, Izhar, Rabihah, Syamimi Syazana, Syamimi, Muammar Gaddafi, Hila, Atikah Hasan dan Azul @ Mr. Albert. Aku jugak dapat berkenalan dengan kawan2 baru seperti Bukhari dari KMPk, Hadi dari KMK (kawan dak Aman Abdullah), Firdaus, Anna, Khairina,Mustafa (semuanya dari KUIS dan berumur 21 tahun),Aqilah, Husna, Hapsah, Zakiah, Adib, Hanisah, Afiq, Ahmad, Imran Khan dan ramai lagi. Makan pun tidak kurang hebatnya. Setiap hari kitaorang makan sebanyak 6 kali, iaitu sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan jugak minum malam. Di samping tu, jurulatih kitaorang pun tak kurang hebatnya. Pak Mail, Pak Husin, Pak Mahadi dan Pak Ya memang telah banyka menjaga dan mencurahkan segala nasihat kepada kami. Mereka semua memang otai dan juga sporting. Respect la Pak Jurulatih!!!!!! Antara ayat yang takkan aku lupakan sampai sekarang ialah 'Al-guyub' yang selalu diucapkan oleh Pak Husin. Memang menarik kursus BTN ni. Overall, melalui kursus ni, aku sedar akan kepentingan bagi aku sebagai seorang mahasiswa untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengharumkan nama Malaysia di negara tersebut. Okey la, aku rasa tu je yang aku dapat cakapkan. Papehal, nnt aku akan inform kat korang. Bye..............