Wednesday, July 18, 2007

Bestnye hari ni!!!!

Salam. Hari ni sangat best sebab dapat jumpa dak rafhanah selepas setahun dia berada kat bumi Firaun tu. Dia sekarang ada kat Malaysia, cuti selama 2 bulan selepas habis exam. Yusri tak dapat nak balik sebab dia nak study kot. Tapi, rafhanah kata mungkin dak yus akan balik tahun depan, so be ready je la kawan2 yerk. Hari ni raf amik sijil spm kat sekolah. Aku pun memang ada hal hari ni kat sekolah, so dapat la plan nak jumpa dia. Memang raf dah berbeza daripada rafhanah yang aku kenal sejak dari form 1 lagi. Honestly, she is absolutely, no, totally has become a most beautiful girl. Lagi 5 tahun kat sana, aku gerenti rafhanah mesti jadik cun punye la. Walaupun fizikal dia dah bertambah cantik, tapi personaliti dia masih lagi maintain. Dia masih lagi sporting dan juga funny. Lagi satu, hari ni mak dak ctm masuk hospital sebab pengsan kat rumah malam semalam. Plan asal lepas pi sekolah nak jumpa ctm kat kfc jasin, tapi bila pagi tadi ctm msg aku yg dia tak dapat nak datang sebab mak dia sakit, tu yang petang tu kitaorang pegi umah dia. Dapat la si rafhanah melepaskan kerinduan dia kat kawan lama dia. Mak dia dah stabil, sekarang tgh berehat kat rumah. Jangan risau ye ctm! So, overall hari ni memang best sebab dapat jumpa dak rafhanah. Mungkin aku plan nak jumpa dia lagi hujung minggu ni. Melaka sekarang ni sibuk dengan persediaan untuk tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan tak lama lagi. Hujung minggu ni ada pameran ummah. So, aku plan nak gi ngan dak raf, sob and wak. Tapi, tgk la camna dulu. Semuanya bergantung kepada keadaan. Okey, bye.......


PS 1: Yus, aku ada cabaran untuk kau. Kalau kau dapat stay kat Mesir selama 6 tahun, tanpa balik walau satu pun ke Malaysia, first aku salute kau. Second, aku akan belanja kau makan selepas kau tamat pengajian kau kat sana. Amacam? Ada berani tak???

PS 2: For koe, sori la sebab tak dapat nak kuar ngan kau masa dak raf tgh ada ni. Tapi, kalau kau cuti lagi dan aku free, mungkin kita boleh arrange something? What do you say eh? Chaotic boy?

PS 3: For akmal, gud luck in your exam!

PS 4: To utps', just to say welcome back to terono, Perak.

Thursday, July 12, 2007

Penantian Merupakan Suatu Penyeksaan

Hai! Pasal aku tulis tajuk ni? Sebab aku dah bosan duduk kat umah semata-mata menanti ketibaan posmen yang akan membawa surat tawaran dari MARA. Dah nak masuk 2 bulan dah aku menunggu surat dari MARA. Namun, tak jugak sampai. Lepas ayah aku call pihak MARA, baru aku tau yang MARA hantar surat dalam bulan julai, iaitu selepas bebudak ipta mendaftar. Jadik, aku pun menunggu sampai la semalam ada orang MARA call tanya kat aku nak tak tawaran ni. Memang aku nak pun! (soalan yang tak logik bagi aku). Tapi, aku tak pasti sama ada aku cakap terima atau tidak sebab orang MARA tu call masa aku tgh tido. Aku kalau orang call masa aku tido memang aku tak sedar apa yang aku cakap kat orang tu. Aku dah mula cuak dah. Tapi aku sedapkan hati aku. Jadik, tolong la doakan aku cakap betul kat orang MARA tu. Sebelum aku mengakhiri post aku, aku nak paste beberapa gambar kenangan aku masa kmph. Gambar ni aku amik masa lawatan bebudak sains hayat ke pusat sains negara. Enjoy it.

LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA (KMPh)































Monday, July 09, 2007

Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 16

Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Peperiksaan SPM membuka gelanggangnya pada hari ini. Ada yang berasa gentar, ada yang berasa yakin dengan peperiksaan ini. Sebelum memasuki dewan peperiksaan buat kali pertama, cikgu meminta Khairul untuk tampil ke hadapan untuk mengetuai pembacaan doa.

“Baiklah, sebelum kamu semua masuk ke dalam dewan peperiksaan, saya nak menjemput saudara Khairul untuk membacakan doa” kata cikgu Munawir

Khairul tampil ke hadapan dan lantas membaca doa.

“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa hamba-hamba mu. Berkatilah kami semua pada hari ini serta hari-hari yang akan datang. Tetapkanlah iman kami dan kurniakanlah kepada kami kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM ini. Ya Allah! Bukakanlah hati kami untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan SPM ini, tabahkanlah hati kami semasa memasuki dewan peperiksaan. Amin” doa Khairul

Semua pelajar dan guru mengaminkan bacaan doa tersebut. Sebelum menuju ke dewan peperiksaan, beberapa orang guru menyampaikan amanat terakhir mereka. Buat pengetahuan semua,kertas peperiksaan pertaman adalah kertas Bahasa Melayu Kertas 2. Jadi, ramai guru-guru bahasa Melayu yang hadir pada hari itu untuk menyampaikan amanat dan juga memberi semangat kepada para pelajar.

Tepat jam 8.55 pagi, para pelajar mula bergerak ke dewan peperiksaan dengan hati yang gementar. Khairul mendahului para pelajar ke dewan peperiksaaan. Setelah mengambil tempat masing-masing, ketua pengawas peperiksaan memulakan taklimat dengan memperkenalkan dirinya serta beberapa orang pengawas yang lain. Sesudah taklimat, kertas soalan diedarkan dari meja ke meja. Tepat jam 9.00 pagi, peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2 pun bermula.

................................................

Dua jam setengah telah pun berlalu. Pada pukul 11.30 pagi, ketua pengawas menyuruh pelajar untuk berhenti menjawab. Ada yang berasa puas dan lega, manakala ada pulak yang risau dan kecewa. Mungkin tidak sempat untuk menjawab soalan yang tertinggal. Setelah dibenarkan keluar untuk berehat selama setengah jam, hiruk-piruk para pelajar melanda di kantin sekolah. Masing-masing berkumpul dan membincangkan mengenai soalan yang dijawab.

“Aduh, macam nak pecah kepala aku memikirkan tentang soalan sastera tadi!” rungut Yunos
“Samalah ngan aku, aku pun tak tau apa nak jawab kat bahagian sastera tadi” balas khalil
“Korang ni, daripada mengeluh mengenai soalan tadi, baik korang tumpukan pulak dengan kertas soalan seterusnya. Lepas ni Bahasa Melayu Kertas 1 pulak. Karangan. Baik korang tumpukan padanya.” balas Khairul
“Kau cakap senang la. Kau pandai.” kata Yunos
“Alah korang, tu semua alasan semata-mata.” balas Khairul

Sementara menunggu untuk peperiksaan seterusnya, khairul memerhatikan gelagat Farra dengan rakan-rakannya yang lain. Melihat senyuman di bibir Farra membuatkan hati Khairul berasa amat tenang dan bahagia seketika. Asyik dengan lamunan tersebut, Khairul disergah oleh Kamal dari belakang.

“AH!!!!!!!!” sergah Kamal
“Opocot mak ko!!!!!!!!!” latah Khairul

Tindak balas Khairul itu menarik perhatian ramai pelajar yang berada di kantin. Semuanya tergelak besar apabila melihat Khairul melatah dengan begitu kuat sekali. Khairil berasa amat malu seklai dengan tingkah lakunya sebentar tadi. Khairul terus menjeling ke arah Kamal. Tanpa membuang masa lagi, Kamal terus melarikan diri dari Khairul kerana dia tahu yang kawannya sedang marah. Untuk melegakan keadaan, Khairul terus mengambil buku contoh karangannya dan terus beredar ke tempat letak kereta di belakang kantin. Perbuatannya itu diperhatikan oleh Farra. Lantas, Farra terus mengekori Khairul ke tempat yang ditujuinya.

“Aih Khairul, punya la banyak kerusi kat kantin tu, kat sini jugak yang kau pilih untuk study” kata Farra
“Sekurang-kurangnya takde orang yang akan ketawakan aku kat sini” balas Khairul
“Kau masih lagi teringatkan peristiwa tadi ke? Alah, si Kamal tu memang macam tu, suka mengusik orang. Bukannya kau tak tau” kata Farra
“Aku tau. Tapi, takyah la korang semua ketawakan aku macam aku ni badut sarkas pulak” rajuk Khairul
“Jangan marah. Aku yakin diorang tak berniat macam tu. Tapi, memang betul pun. Kau melatah memang kuat. Aku rasa orang kat pejabat pun boleh dengar la, he...he...he...he” usik Farra
“Kau ni nak back up aku ke ataupun nak usik aku?!” kata Khairul dengan nada yang agak tinggi
“Takde la, aku datang nak backing kau la. Lagipun, tadi aku tengok kau pandang aku lain macam je. Kau pasal?” tanya Farra
“Itu......itu........itu........” Khairul tergagap
“Itu apa?” desak Farra
“Itu.......takde benda la. Aku pandang kau ke? Mungkin kau je kot yang rasa macam tu. Aku pandang benda lain la” balas Khairul
“Benda apa???” tanya Farra
“Ada la. Penting ke sekarang benda ni? Jangan lupa, lepas ni exam BM 1 pulak” balas Khairul seolah-olah mahu mengelak daripada soalan Farra
“Aku tau la. Alang-alang aku dah ada kat sini, jom study sama-sama” ajak Farra
“Emmm, ok jugak tu. Lagipun kat sini aman sikit, takde la riuh sangat macam kat kantin tu” balas Khairul bersetuju

Farra pun mula mengambil tempat di sebelah Khairul. Di tempat letak kereta itu, mereka belajar dan menelaah bersama-sama. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu mewujudkan lagi suasana yang begitu aman dan tenang bagi mereka berdua di tempat letak kereta itu. Gelak ketawa dan gurau senda menjadi selingan semasa mereka mengulang kaji. Suasana ini memang indah, terutamanya bagi Khairul.


Bersambung..................................