Tuesday, February 06, 2007

Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 14

Pada keesokan harinya, Khairul mendapat berita yang sangat mengejutkan di sekolah. Dia diberitahu bahawa jawatannya sebagai ketua pengawas sekolah telah dilucutkan dan diserahkan kepada pembantunya, Farra. Pelucutan jawatannya diberitahu sendiri oleh guru pengawas, Ustaz Wan Mahmud hasil daripada keputusan mesyuarat para pentadbir dan juga guru semalam. Khairul menerima berita itu dengan hati yang tabah dan penuh redha. Khairul pergi menemui Farra untuk menyampaikan ucapan tahniah kerana telah menjadi ketua pengawas sekolah yang baru.

“Tahniah Farra kerana kau jadi ketua pengawas” ucap Khairul
“Terima kasih. Tapi aku rasa serba salah sangat sebab memegang jawatan yang kau pegang selama ni” balas Farra
“Alah, apa yang nak kau rasa serba salah ni. Memang aku dah tak layak pegang jawatan tu lagi. Keputusan aku dalam ujian hari tu yang teruk, emosi aku yang tak stabil dan faktor-faktor lain menyebabkan aku dilucutkan jawatan. Takpe la, aku redha je. Lagipun, setiap perkara itu ada hikmahnya kan?” kata Khairul sambil melemparkan senyuman manis ke arah Farra
“Aku tak tahu nak cakap apa lagi” balas Farra
“Takyah nak kata-kata lagi. Just do your job and make me and the whole school proud” balas Khairul bersahaja
“Baiklah, aku akan cuba buat yang terbaik. Terima kasih kerana sudi memberi galakan kepada aku. Kau la sahabat sejati yang pernah aku ada” kata Farra
“Dah la tu. Jom kita ke bilik pengetua. Lebih cepat lagi bagus proses pemindahan jawatan ni. Aku dah malas nak pikir lagi”
“OK!”

Setelah proses pemindahan jawatan selesai, Khairul kembali semula ke kelas. Suasana kelas yang pada asalnya hingar-bingar itu bertukar menjadi sunyi-sepi sebaik sahaja Khairul menjejakkan kaki ke dalam kelas. Rakan-rakan Khairul mengerumuninya.

“Hei rul, betul ke aku dengar citer yang kau bukan lagi ketua pengawas sekolah????!” tanya Kamal
“Yup. Berita yang korang dengar tu betul la. Aku baru balik dari bilik pengetua dan selesaikan proses pemindahan jawatan” balas Khairul
“Sape ketua pengawas yang baru?” tanya Yunos
“Hari Isnin korang tau la. Kalau bagitahu sekarang nnt tak surprise la” balas Khairul
“Alah kau ni, boring la! Bagitahu la cepat!” desak Zainal
“Korang kenal dia jugak. Dan yang penting, dia seorang pengawas. Puas tak?” balas Khairul
“Ceh, kalau macam tu kitaorang pun tau!” kata CTM

Pada hari Isnin, seperti biasa akan diadakan perhimpunan rasmi pelajar. Pada kebiasaannya Khairul akan berada di barisan hadapan pelajar, namun kali ini beliau hanya berada di sekitar pelajar. Apabila segala maklumat telah disampaikan, akhirnya Ustaz Wan tampil ke hadapan bagi meneruskan majlis, iaitu majlis penyerahan kuasa. Nama Khairul di panggil ke hadapan untuk bersama-sama dengan Tuan Pengetua. Suasana menjadi hingar bingar apabila melihat Khairul di hadapan.

“Pada pagi ini, kita akan menjadi saksi kepada proses penyerahan tugas dan kuasa sebagai Ketua Pengawas sekolah oleh saudara Khairul kepada Ketua Pengawas Baru iaitu saudari Farra.” Ucap Ustaz Wan

Tatkala itu, Farra muncul di hadapan pentas. Ramai di kalangan pelajar, terutamanya para pelajar menengah rendah terkejut dengan apa yang berlaku di hadapan mereka. Tidak disangka Khairul yang selama ini menjadi contoh dan aspirasi kepada mereka akan meletakkan jawatan pada hari tersebut.

“Rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Saya dengan ini meletakkan jawatan saya sebagai Ketua Pengawas sekolah berkuatkuasa pada hari ini dan diserahkan kepada pembantu saya, iaitu saudari Farra. Diharapkan anda semua dapat memberikan kerjasama yang padu kepadanya. Pengunduran saya ini adalah diatas kehendak saya sendiri, tanpa paksaan daripada mana –mana pihak. Saya tidak lagi mampu untuk membawa tanggungjawab ini. Namun, selama saya memegang jawatan ini selama 3 bulan, saya rasa banyak perkara dan urusan yang berjaya saya uruskan dengan baik. Sekian, terima kasih.” Khairul berucap

Setelah tamat ucapan Khairul, Tuan Pengetua menyerahkan buku tahunan dan perancangan pengawas sebagai tanda penyerahan kuasa kepada Farra. Khairul berlalu daripada pentas dan kembali ke tempat asalnya, manakala Farra berdiri di hadapan pelajar, menandakan dia sebagai Ketua Pengawas yang baru.

Tiada penyesalan yang dilahirkan oleh Khairul. Dia tahu bahawa dia tidak lagi sesuai memegang jawatan tersebut. Dia pasrah dan mengharapkan kejayaan yang lebih cemerlang. Dia telah pun berazam untuk menyahut cabaran dan membuka buku baru dalam hidupnya. Masih lagi sedih dengan pemergian ibu tercinta, namun Khairul telah pun sedar bahawa yang mati telah pun pergi, dan yang hidup perlu meneruskan perjuangan.

Bersambung.........