Wednesday, November 29, 2006

Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 13

Dua bulan sudah pun berlalu. Kehilangan Mak Jah masih lagi dirasai oleh keluarga Pak Mail, terutamanya Khairul yang merupakan anak bongsu di dalam keluarga itu. Pak Mail telah mendapat pelbagai aduan daripada guru-guru Khairul, yang juga merupakan teman rapat isterinya sewaktu isterinya masih lagi bertugas sebagai seorang guru, mengatakan Khairul asyik leka dalam kelas dan tidak menumpukan sepenuh perhatiannya di dalam kelas seperti selalu. Sebagai seorang bapa, Pak Mail menjadi semakin risau dengan pencapaian anaknya dalam ujian bulanan di mana Khairul mendapat 7C5, 2B3 dan 3D7. Pak Mail cuba untuk menghampiri Khairul, malangnya Khairul sentiasa melarikan diri daripada bapanya, malah lebih gemar bersendirian.

Pada waktu petang, Khairul seperti biasa akan kembali dari sekolah. Lewat petang, Khairul akan pergi ke tanah perkuburan untuk menziarahi kubur ibunya. Khairul akan memandang sahaja tanah yang telah memisahkan diantara dia dan ibunya. Khairul memandang batu nisan yang terukir:

الفاتحه
HJH. KHADIJAH BTE SULAIMAN
KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA:

9 FEBRUARI 2005,
BERSAMAAN
1 MUHARAM 1426 H

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA

~AMIN~

Setiap kali Khairul memandang nama ibunya terukir di atas batu nisan, dia akan menitiskan air matanya, mengingati hari tersebut. Sedar tidak sedar, tiba-tiba seorang lelaki berdiri di sebelah Khairul. Lelaki itu merupakan Pak Mail, ayahnya.

“Dah lama ke Khairul kat sini?” tanya Pak Mail
“Baru jugak la. Pasal ayah tak balik rumah terus?” Khairul kehairanan
“Saje je ayah nak datang sini, nak lawat mak kau.” Pak Mail membalas dengan senyuman
“Ayah dengar dari cikgu Khairul mengatakan Khairul tak ‘concentrate’ dalam ujian hari tu. Kenapa Khairul? Boleh ayah tau sebabnya? Mana tahu ayah boleh membantu.” tanya Pak Mail
“Takde apa-apa yang ayah boleh bantu. Biarkanlah Khairul dengan hidup Khairul sendiri.” jawab Khairul, tenang.
“Ayah bukan apa, tapi ayah risau dengan Khairul. Cikgu cakap Khairul tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai seorang ketua pengawas buat masa ini lalu merehatkan Khairul daripada bertugas sementara. Mak dulu pun pernah berpesan kat Khairul supaya belajar betul-betul. Lagipun, kalau tak salah ayah arwah mak juga pernah berharap agar Khairul dapat menjadi seorang doktor yang berjaya. Lagipun itu adalah cita-cita mak kau yang tak dapat dicapai olehnya.” balas Pak Mail
“Khairul tahu. Tapi macam mana Khairul nak jadi sorang doktor kalau mak dah takde?! Lagipun apa lagi tujuan Khairul yang perlu Khairul perlu penuhi sedangkan mak dah takde?!!!!!!” kata Khairul dengan penuh emosi.
“Tapi, walaupun mak dah takde, tapi tak semestinya Khairul perlu melepasakan semuanya begitu sahaja. Kalau la mak kamu hidup lagi, mesti dia marah Khairul kerana berkata-kata demikian” balas Pak Mail

Khairul tidak dapat tahan lagi. Dia terus mendakap Pak Mail lalu menangis dengan kuatnya. Pak Mail memeluk anak bongsunya itu lalu menenangkan hatinya.

“TAPI MAK DAH TAKDE! BUAT APA KHAIRUL NAK TERUSKAN PERJUANGAN HIDUP KHAIRUL SELAMA INI?? MENGAPA, MENGAPA??!!!!”

Jeritan Khairul itu membuatkan hati Pak Mail turut berasa sedih. Baru Pak Mail tahu betapa sedih dan sunyinya hati anak bongsunya ini tanpa seorang ibu. Pak Mail membawa Khairul pulang ke rumah.

bersambung.................

Monday, November 27, 2006

Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 12

10 Februari 2005. Selepas waktu Zohor, majlis pengebumian allahyarhamah Mak Jah diadakan. Majlis pengebumian berjalan dengan lancar. Sebagai bekas guru, ramai sahabat handai serta bekas para pelajar Mak Jah datang ke majlis pengebumian Mak Jah. Talkin dibacakan oleh imam mukim. Sayup suara talkin itu menghibakan lagi hati Khairul. Walaupun Khairul tidak menitiskan air matanya di tanah perkuburan, namun hatinya masih lagi menangisi pemergian ibunya yang tercinta. Terbayang di kotak fikiran Khairul bagaimana dia melihat ibunya dibaluti dengan kain kapan yang berwarna putih, bagaimana dia menatap wajah ibunya buat kali terakhir sebelum ditutup wajah ibunya buat selama-lamanya.

Setelah segala-galanya selesai, Khairul pulang semula ke rumah. Senyap. Keadaan rumah tidak lagi seperti dahulu. Khairul memerhatikan setiap penjuru rumahnya. Khairul dapat merasakan bahawa rumah itu juga bersedih di atas kematian tuannya. Bunyi riuh burung murai yang selalu berkicau pada setiap hari juga tidak turut kedengaran lagi, seolah-olah mereka telah pun kehilangan teman untuk berborak. Boleh dikatakan hari itu tidaklah seceria mana seperti selalu. Khairul masuk ke dalam biliknya, tidak menghiraukan tentang orang ramai yang masih lagi berada di dalam rumah, kebanyakkan ahli sanak saudaranya. Khairul berbaring di atas katil lalu menatap foto album keluarganya semasa hari raya tahun 2004. Sekeping demi sekeping gamabr ibunya ditatap oleh Khairul.

Khairul teringat lagi bagaimana reaksi ibunya pada raya 2004. Pada bulan Ramadhan 2004, Mak Jah begitu bersemangat untuk menyambut raya pada tahun. Selama ini Mak Jah hanya mampu menyiapkan baju raya Khairul, namun Mak Jah, walaupun tidak berjaya menyiapkan baju raya anak perempuannya, namun dia berjaya menyiapkan baju raya Khairul dan juga baju untuk dirinya sendiri. Pada tahun itu juga Mak Jah beriya-iya untuk membuat kuih raya. Selalunya hal membuat kuih raya diserahkan kepada angah dan Khairul adik-beradik. Berbeza pada tahun-tahun yang sudah, Mak Jah teringin untuk membuat kuih raya pada tahun tersebut. Bagi Khairul adalah tidak pelik bagi ibunya untuk membuat kuih raya, namun apa yang memelikkan Khairul adalah kuih yang dibuat oleh ibunya. Semuanya adalah kuih-kuih yang tidak pernah Khairul lihat selama ini, seperti Russian Square. Boleh dikatakan Mak Jah begitu bersemangat untuk menyambut aidilfitri 2004.

Gambar-gambar Mak Jah semasa hari raya 2004 penuh dengan senyuman manis dan ceria. Selama ini, jarang bagi Mak Jah untuk bersenyum semasa mengambil gambar. Tetapi, berbeza dengan kali ini, Mak Jah kelihatan lebih ceria dan lebih berseri dengan baju rayanya yang baru serta barang kemas yang buat julung-julung kalinya dipakai oleh Mak Jah. Raya 2004 merupakan raya yang paling indah sekali dalam diari hidup setiap ahli keluarga Khairul.

Namun, pada tahun ini, terpalit di dalam diari hidup keluarga Khairul satu noktah, iaitu noktah yang menghalang kegembiraan daripada terus berlaku. Peristiwa kematian Mak Jah yang tidak dijangkakan oleh Khairul serta ahli keluarganya yang lain telah melenyapkan segala kegembiraan dan keseronokan yang telah dilalui oleh Khairul sekeluarga. Tatkala Khairul memandang wajah ibunya di dalam gambar, setitik air mata jatuh dari kelopak matanya. Khairul tidak sanggup lagi menatap wajah ibunya yang begitu tenang dan ceria sekali. Hati Khairul akan berasa sangat sedih apabila melihat wajah ibunya itu. Khairul belum lagi bersedia untuk kehilangan seorang ibu yang dikasihi lagi dicintai.

Sesudah menunaikan solat Isyak, Khairul berdoa kepada Allah.

“Ya Allah! Ampunkanlah segala dosa hambamu ini. Mengapa, Ya Allah, mengapa Engkau mengambil ibuku terlalu awal? Adakah Engkau mengetahui bahawa aku di sini masih lagi belum bersedia untuk kehilangannya? Aku tidak merelakan ibu ku pergi Ya Allah. Pulangkanlah ibuku ke pangkuanku semula. Kalaulah perkara itu melibatkan nyawaku, aku relakan nyawa ku menjadi ganti kepada kehidupan ibuku.”
Khairul menjadi semakin tidak bersemangat untuk meneruskan hidupnya ini. Naik cuti sekolah, ramai guru dan juga rakan-rakannya mengucapkan salam takziah kepada Khairul. Walaupun Khairul menerima ucapan tersebut dengan hati yang tenang, tetapi setiap ucapan tersebut membuatkan hati Khairul lagi terluka. Boleh dikatakan Khairul telah pun kehilangan semangatnya. Bagi Khairul, semangat yang ada padanya selama ini berpunca daripada semangat Mak Jah. Apabila Mak Jah pergi, maka semangat tersebut pergi buat selama-lamanya dari diri Khairul.

Bersambung......................

Monday, November 06, 2006

My lecturers

Sepanjang aku berada di KMPh, banyak dugaan dan cabaran yang telah aku lalui. Alhamdulillah, para lecturer semuanya baik-baik dan sporting. Hari ni, aku nak memperkenalkan beberapa orang lecturer yang mengajar aku sepanjang semester 1. Jasa mereka akan dikenang sampai ke akhir hayat.




Mohd. Sabri bin Jusoh (Pengarah KMPh)

Pn. Noorlida bte Hashim (Lecturer biologi)

Pn. Norbaiti bte Edrus (Lecturer biologi)

Pn. Rusydah bte Usry (Lecturer Math)

Cik Tuan Fatimatul Zahara bte Tuan Ismail (Lecturer kimia)

Pn. Noorwahyuni bte Mohd. Nadzri (Lecturer Kimia)



Friday, November 03, 2006

Dah abis....

Alhamdulillah, akhirnya tanggal 3/11/2006 tamatlah sudah kehidupan aku sebagai pelajar matrikulasi semester 1. Hari ni merupakan hari terakhir periksa PSPM kat sini dan jugak kat seluruh matrikulasi yg lain. Setelah mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang minggu ni, akhirnya aku berjaya jugak mengharungi peperiksaan akhir semester ini. Hari ni kolej aku ada buat jamuan hari raya. So, memang berbaloi la bagi mereka untuk menyediakan makanan untuk kitaorang semua selepas penat berjuang di dalam dewan peperiksaan yang sengal tu. Anyway, hari ni ramai budak balik ke rumah, tapi aku akan balik esok. Dah la ahad ni nak ke kl, mesti penat giler aku. Selamat aku ada lemak yang mampu membekalkan tenaga kepada aku. Apa khabar korang semua, pelajar matrikulasi KPM? Camna exam korang? Aku harap korang semua ok la. Dan, apa khabar jugak kepada para pelajar yang berada di luar negara? Diharapkan agar korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Kepada saudara Yusri, mesti best kan duduk kat negara orang. Aku dah nengok dah video yang kau buat tu. Tahniah kerana video kau mendapat liputan di Singapura. Aku harap moga kau berjaya di sana. Ok la, aku ada hal ni. Biasa la, cameara man KMPh la katakan, sibuk ni. Ok, korang semua bahagia selalu. Chow.