Saturday, July 29, 2006

2nd dream

Assalammuailaikum semua! Sudah hampir beberapa minggu aku tidak memblog. Apa boleh buat, busy. Korang pun tentu busy gilerkan? Anyway, di sini aku ingin memohon maaf kepada hardcore fan of my drama because I didn't have the right time to finish it. Sorry guys! Anyway, let me tell you what had happen to me for this few week of my loneliness. First of all, I was busy with UPS (Mid-Year Semester Test). I study and study until there is no turning back. At last, everything had already past away (not dead!). Now, I'm focusing at KAKOM (Karnival Kokurikulum Matrikulasi Peringkat Kebangsaan) which was held at my matriculation college in Pahang. I am one if the volunteer and lucky me, I was in Documentation which its job is to documentized any event, eg. making video for the event. Right now, I'm using the computer from the Documentation Room. I'm now alone since my other friend were asked to take photos and videos. Baiklah, aku rasa tu je la yang aku nak ceritakan tentang hidup aku yang memang aku rasa paling boring antara korang semua, betul tak? Di sini aku ingin mengucapkan memberi kata-kata perangsang kepada kawan-kawanku. Buat Yusri and my utmost friend Aman, be sure to complete every pieces of your work. Be strong and farewell from me, representing the KMPh students. Have a nice and wonderful day of your life. Enjoy it while you still can, unlike me... To my UTP friends, Farra, CTM, Aki, Ati and so on. Welcome to the university life. It sure fun to be in university, unlike me... To Rafidah, Sobre, Wan and so on, I wish happy holiday. Do not forget to study hard although it is now holiday season for matriculation students. To all my teachers at SMK Tun Perak, how are you? It has been so long since SPM. I pray that all of you in a tip top condition. I think that's all I want to say tonight. So long ("_)

Thursday, July 06, 2006

1st Dream

Hai sume. Kali ni, aku pun nak jugak follow style dak yusri and koe. Kalau yusri letak nth fantasy, aku nak letak title bagi semua post aku sebagai nth dream. Since this is my first dream, let me take you all to my dream land (bukan jenama tilam tu!) Minggu lepas merupakan minggu yang paling best sekali sebab dapat balik Melaka, bukan balik sesaje tapi balik sebab ayah aku suruh balik. Bila dah balik, confirm aku akan menggunakan seluruh peluang yang ada. Sebelum tu, biar aku ceritakan sikit macam mana aku dari pahang sampai ke Melaka. Lepas solat Jumaat, aku tungu bas nak ke Kuantan. Tunggu punya tunggu dapat la bas sekolah sebiji. Aku pun apa lagi terus sprint ke arah bas itu. Memang susah nak dapatklan bas awam kat Kuantan ni. Tu sebab kalau ada bas, cekau je! Aku rasa macam sardin dalam tin, penuh giler bas tu sampai sesak la jugak nafas aku. Perjalanan dari Kuantan ke Melaka mengambil masa 1/2 jam. Sepanjang perjalanan, aku terpaksa berdiri dengan keadaan berpeluh. Cuba bayangkan betapa azabnya 1/2 jam dalam bas tu. Bas tu turunkan kiktaorang kat depan pawagam. So, terpaksa la kitaorang (aku balik Melaka ngan kawan aku, budak malim) menapak ke Terminal Makmur yang sejauh hampir 5 km dari pawagam. Setelah mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran, akhirnya kitaorang sampai jugak kat stesen bas. Alangkah leganya hati aku! Samapi je sana, kitaorang segera ke kaunter tiket dgn niat hendak beli tiket bas ke melaka. Malangnya, bas ke Melaka tiada pada waktu yang terdekat. Mahu tak mahu, terpaksa la kitaorang naik bas ke segamat dahulu. Sampai segamat dalm kul 7.10 pm. Sampai je kat segamat beli lagi tiket bas ke melaka. Dari segamat, hanya kitaorang berdua je penumpang yang balik ke Melaka. Bas tu kemudian berhenti di Tangkak untuk mengambil penumpang lain. Oleh sebab tangkak tu dah dekat ngan Jasin, maka aku pun turun kat tangkak. 15 minit kemudian baru ayah aku sampai ambik aku kat tangkak. Tamat cerita aku balik dari Pahang ke Melaka. Berbalik dgn cerita tadi, hari Sabtu lepas, aku pun melepaskan gian aku dengan memandu kereta kancil maniobi ke hampir seluruh pelosok negeri Melaka. Kalau korang ada baca blog dak Yusri, dia ada cerita kebengangannya sebab aku lambat ambik dia dari rumah. Sebenarnya, aku terlupa nak ambik dia! Aku straight je pegi rumah dak sobre yang kebetulan balik dari KMJ. Sampai je kat rumah dia, dia masih lagi membongkang, mungkin keletihan sebab nengok bola kot. Selepas dikejutkan oleh kakaknya, dia pun terpisat-pisat keluar dari bilik dan melayan aku. 20 minit kemudian, kitaorang bercadang nak jumpa dak wak yang tengah rajin bergotong-royong di sekolah agamanya pada hari itu. Aku pun drive la ke sekolah agama dengan dak sobre. Sampai di sana, aku pun jumpa dengan dak wak. Alangkah seronoknya aku dapat berjumpa balik dengan dak wak. Plan punyer plan, aku pun culik dak wak dari sra dan menuju ke rumah cikgu safiah untuk melakukan 'Terjah bebudak sengal" Cikgu safiah terkejut sebab melihat 3 orang jejaka kacak berdiri di hadapan pintu rumahnya. Dia pun segera berkemas dan kami dijemput masuk 10 minit kemudian. Kitaorang pun lepak kat rumah cikgu sampai. Kira lama la jugak! PAs tu kitaorang pun blah. Aku pegi mc dulu untuk beli tiket nak balik esok. Pas tu singgah rumah dak sobre untuk menjamu selera. Selepas menghantar sobre dan wak pulang, aku pun bergegas untuk berjumpa ngan yusri. Sampai je kat sana, yusri ajak aku jalan2. Aku pun bawa la dia pegi paya redan ke rumah adik angkatnya. Pas tu pegi ayer molek dan balik semula ke paya redan ke rumah dayah jambari. pas tu aku pun hantar dia pulang. So, tu je la cerita yang aku sempat ceritakan. So, bye!