Friday, June 23, 2006

Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 10

Tamatlah sudah pemaianan boling pada hari itu. Setelah mengharungi 10 set perlawanan, akhirnya Farra tumpas di tangan Khairul dengan mata 6-4. Seperti yang telah dijanjikan, Farra dan juga Yunos yang hanya mampu menang 1 set sahaja terpaksa belanja Khairul, Ctm dan Kamal makan pizza di Pizza Hut.

“Masyuk la aku dapat makan pizza free!” kata Kamal
“Betul la mal, aku dah dapat bau dah keharuman ‘cheese’ yang harum semerbak bak kasturi itu” kata Ctm.
“Diam la korang!!! Mana aci aku ngan dak Yunos je yang kena belanja korang semua makan. Kopak la kitaorang!
“Betul kata kau Farra. Ni sudah kira diktatorisme” balas Yunos.
“Sudah la tu. Lupakan sahaja pertaruhan ini semua. Masing-masing bayar bahagian masing-masing. Adil ke tak?” kata Khairul dengan nada yang tegas.
“Satu cadangan yang cukup baik. Lagipun cara tu lagi adil” kata Pdah

Selepas berbincang dengan lebih mendalam, akhirnya semua orang setuju untuk membayar bahagian masing-masing. Mereka pun menuju ke Pizza Hut. Setibanya di sana, Khairul pun dengan lahapnya memesan dua ‘large’ Hawaian Pizza. Semua orang terkejut dengan selera Khairul yang besar itu walaupun orangnya kecil sahaja. Sementara menunggu pesanan masing-masing, mereka pun berbual mengenai sekolah, rakan-rakan dan juga lain-lain perkara. Sedang mereka sedag leka berbual, tiba-iba mereka ternampak cikgu Safiah dengan familinya tengah makan pizza kat satu sudut yang agak tersembunyi. Mereka pun beramai-ramai menuju ke meja keluarga cikgu Safiah untuk bertegur sapa.

“Assalammuailaikum cikgu” Khairul memberi salam.
“Waalaikummussalam. Eh, Khairul! Apa yang kamu semua buat kat sini?”
“Apa lagi cikgu, melantak la. Dah lama ke cikgu kat sini? Bershopping di hujung minggu ke?” tanya Kamal.
“Dah lama dah kat sini. Ala, setakat bershopping barang keperluan je. Kamu pulak semuanya tak study ke? SPM pun bukannya lama lagi” kata cikgu Safiah
“Asyik study je cikgu, lama-lama putus urat otak ni dibuatnya. Sekali-sekala nak jugak release tension” kata Yunos
“Hmm, betul jugak cakap kamu tu” kata cikgu Safiah.
“Baiklah cikgu, nampaknya pesanan kami dah sampai dah. Kita jumpa lagi kat sekolah ye. Assalammuailaikum” kata Khairul
“Baiklah, selamat menjamu selera!” balas cikgu Safiah

Sampai di meja, mereka pun mula menjamu selera. Kharul yang memang terkenal dengan sikapnya yang suka makan laju telah menghabiskan 4 keping pizza.

“Lilek la Rul, kitaorang pun nak jugak merasa pizza tu” kata Pdah
“Dah korang makan slow sangat, bukannya salah aku” balas Khairul
“Kami makan ikut sunnah nabi, kunyah 44 kali” kata Farra

Khairul terdiam. Khaiurl tidak mampu untuk membidas kata-kata Farra sebentar tadi. Khairul pun terus makan pizza dengan perlahan-lahan. Rupa-rupanya berbisa jugak ayat dah Farra sebentar tadi. Selepas puas melantak, mereka pun bercadang untuk balik ke rumah memandangkan hari pun dah larut petang. Dengan menaiki bas, seorang demi seorang turun dari bas di destinasi masing . Khairul merupakan yang terakhir sekali untuk sampai ke rumah.

Setibanya Khairul di rumah, dia terus ke dapur mencari Mak Jah. Tiada. Khairul terus pergi ke bilik ibunya. Tiada. Khairul merasa hairan. Mana Mak Jah dengan Pak Mail pergi? Khairul membiarkan perasaan pelik itu lalu bersiap-sedia untuk mandi. Sesudah mandi, masih lagi tidak kelihatan ibu dan ayahnya. Ke manakah Pak Mail dan Mak Jah pergi meninggalkan Khairul keseorangan di rumah? Ikuti kisah selanjutnya..........

Bersambung...............................

Tuesday, June 13, 2006

Tahniah!

Lepas aku baca blog dak Yusri, baru aku teringat majlis perkahwinan yang berlansung di rumah dak Syuk Rash. So, kepada Syuk, sampaikan salam pengantin baru kepada abang kau. Cakap ngan dia semoga bahagia ke anak cucu. Aku tadi baru je baca blog dak Yusri. Bila pandang wajah dak yus, rasa rindu pulak kat geng2 aku kat melaka sana. Apa khabar la korang semua. Hopefully semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Kepada Yusri, dasyat giler kau dah plan nak buat reunion 2013. Tah hidup lagi ke tak aku ni. So far, pembelajaran aku disni semuanya berada pada tahap normal. Semalam, aku ada buat kuiz biologi. Bagi aku, ada yang senang, ada yang susah. But, overall semuanya senang (berlagak la pulak!) Anyway, kat KMPh ni tgh sibuk giler untuk preparation for politic week. Minggu ni akan ada banyak poster2 untuk mengundi mereka yang mencalonkan diri semalam. Aku tak calonkan diri aku sebab aku malas nak berpolitik. Tapi, kalau tak calonkan diri pun aku memang tak layak. Ye la, aku ni dah la besar, bawa badan pun tak larat, nikan pulak nak memikul tanggungjawab yang begitu besar sekali? Anyway, aku nak ucapkan selamat berpolitik buat kawan aku kat sini iaitu Murali, Taufiq and so on and so forth. Buat my friends yang berada di Melaka dan juga KL, selamat melanjutkan pengajian pada bulan Julai ini. Aku mungkin tak sempat nak jumpa korang buat kali terakhir. So, aku hanya mampu mengucap sahaja. Kepada Izzati, dah lama kita tak berborak. Aku harap kau sihat brsama famili tercinta. Dan buat Rafidah, be prepared for your physic and chemistry kuiz this week. Jangan tidur lewat. Aku rasa tu je kot yang aku nak cakap. Lagipun, takde benda yang aku nak citerkan kat sini. So, carry on with your life and always read my drama. Chow, lepas ni ada kuliah bio.

Monday, June 12, 2006

KIsah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 9

Tepat jam 9.00 pagi, Khairul dengan keizinan Mak Jah keluar dari rumah untuk menuju ke mp. Bapanya tiada di rumah kerana balik ke kampung untuk mengerjakan ladang kelapa sawit yang baru dibukanya. Khairul sampai di perhentian bas jam 9.15 pagi untuk menunggu bas. Sedang Khairul tengah asyik menunggu bas, dia dikejutkan dengan satu jeritan yang sangat kuat memanggil namanya.

“KHAIRUL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kau nak gi mane tu?!” jerit lelaki itu
“Hoi Siva! Aku nak gi mp! Main boling dgn kawan aku” balas Khairul

Tidak lama selepas itu, bas pun sampai. Khairul menaiki bas tersebut dan membayar RM2.20 untuk menuju ke mc. 20 minit kemudian, Khairul tiba di mc. Dia pun menelefon Farra untuk mengetahui di mana dia berada.

“Hello, Farra. Kau kat mana ni?” soal Khairul
“Kau dah sampai ke? Aku baru je naik bas dari Tehel” balas Farra
“La! Aku ingatkan kau dah sampai dah. Ctm ngan Pda ada ngan kau ke?”
“Ye la! Takkan aku nak bas sorang-sorang je kot. Ko tunggu la kitaorang kat sana, ataupun kau nak gi mp dulu, pegi la”
“Ok la. Aku pegi mp dulu. Kalau korang dah samapi, call la aku”
“Baik boss, saya yang menuruty perintah. Bye”

Setelah memutuskan perbualan dengan Farra, Khairul segera menaiki bas untuk mp. Harga tambang yang dikenakan adalah sebanyak RM1.00. Khairul pun meneruskan perjalanannya ke mp. Sebaik sahaja tiba di mp, Khairul terus menuju ke DeliFrance untuk menikmati sarapan pagi buat kali kedua. Makan punya makan, tiba-tiba telefon buimbitnya berbunyi. Panggilan tersebut daripada Kamal. Khairul segera mengangkatnya.

“Hello mal. Kau dah ada kat mana?”
“Aku ada kat rumah lagi. Kau dah sampai kat mp ke?”
“Dah, aku tgh menunggu korang la ni. Bila kau nak sampai? Aku dah boring tahap babun dah ni”
“Kau tunggu la kejap. Kejap lagi atuk aku akan hantar aku ngan Yunos kt mp. Estimate dalam kul 10.15 sampai kot”
“Ok la. Bye”

Selepas puas menjamu selera di DeliFrance, Khairul pun menunggu di depan pintu Bowling Center. Tepat jam 10.20 pagi, Kamal dengan Yunos pun sampai. Diorang pun bercadang untuk masuk dulu sementara menunggu Farra and the gang,. Akhirnya, Farra pun tiba bersama-sama dengan Ctm dan juga Pda jam 11.00 pagi. Mereka meminta maaf kepada Khairul, Yunos dan Kamal kerana lewat disebabkan bas yang mereka naiki macam siput, lambat. Tanpa melengahkan masa, mereka pun mula bermain boling.

“STRIKE!!!!!” jerit Farra
“Agak-agak la oi. Tau la kau terrel main boling” kata Kamal
“Jangan gembira dulu Farra. Kau belum kena lagi penangan aku” kata Khairul
“Alah korang ni, jeles ke? Aku rasa aku telah ditakdirkan untuk menjadi pemain boling yang berjaya” balas Farra
“BLAH LA!!!” jerit Khairul dan Ctm serentak

Sedang mereka gembira bermain boling, tiba-tiba datang sekumpulan budak lelaki ke arah mereka.

“Hai gang!” kata Ku
“Ku! Apa kau buat kat sini?” tanya Khairul
“Buat apa lagi, main boling la. Takkan nak nengok orang lain main boling pulak?” kata Farid
“Ye tak ye jugak. Apa la aku ni” balas Khairul
“Tak nak join kitaorang ke” soal Yunos
“Takpe la. Lagipun kitaorang pun dah janji nak lawan antara satu sama lain. Sape yang kalah nnt kena belanja kitaorang makan KFC” jawab Fairuz
“Ei, bestnye dapat makan KFC!” balas Pda
“Ok la, kitaorang chow dulu. Kalau ada rezeki nnt berjumpa kita kat mana-mana. Bye!” kata Ku

Ku dan rakan-rakannya pun beredar untuk menempah tempat bermain boling. Tanpa menghiraukan mereka, Farra sekali lagi melakukan STRIKE yang membuatkan semua orang bengang dengan dia. Tapi, nasib Farra tidak begitu baik sebaik sahaja Khairul membuat STRIKE sebanyak lapan kali dalam set 1 berbanding Farra yang hanya mempu melakukan 4 STRIKE dalam set 1. Perlawanan diteruskan. Agak-agaknya sape la yang kena belanja makan Pizza Hut hari tu? Farra, Kamal, Yunos, Ctm, Pda ataupun Khairul? Ikuti kisah yang selanjutnya pada minggu hadapan.

Bersambung...........................

Monday, June 05, 2006

Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 8

Sesi persekolahan tamat seperti biasa. Khairul pun pulang ke rumah seperti biasa. Setibanya Khairul di rumah, Mak Jah memanggil Khairul dari dapur.

“Khairul!!!! Mari sini kejap. Mak nak kau tolong mak jap” jerit Mak Jah
“Tunggu jap, nanti Khairul datang” balas Khairul

Khairul pun bergegas ke dapur untuk mendapatkan maknya. Alangkah terkejutnya Khairul apabila mendapati maknya sedang mengemas dapur tahap serius.

“Apa yang mak buat ni?!” tanya Khairul
“Hi, tak nampak ke yang mak tengah kemas dapur rumah kita ni. Dah lama mak nak kemaskan dapur ni tapi tak jugak jalan. Ni dah ada peluang buat je la” jawab Mak Jah
:”Khairul tau la, tapi mak kan sakit? Mana boleh sesuka hati je buat kerja-kerja berat. Nanti melarat pulak sempt mak tu” balas Khairul
“Mak lagi sakit kalau tak buat kerja langsung. Lagipun kan mak dah cakap yang mak dah sihat. Kau takyah la nak risau lagi” jawab Mak Jah
“Mak, mak. Kalau ayah tau ni mesti dia bebel punya” kata Khairul
“Ayah kau takkan bebel kat mak kalau takde orang yang bagitahu dia, betul tak?” soal Mak Jah
“Ye la, Khairul faham. Biar Khairul tolong mak” Jawab Khairul

Khairul pun menolong maknya mengemas dapur pada petang itu. Segala hadiah-hadiah yang maknya dapat semasa majlis persaraan pada tahun lalu seperti pinggan mangkuk, ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, dan banyak lagi disimpan di setiap ceruk almari yang ada di dapur itu. Mana yang tidak muat akan disimpan di dalam stor. Kerja mengemas dapur itu mengambil masa lebih kurang 2 jam, dan yang paling bagusnya ayah Khairul, Pak Mail belum lagi balik pada waktu mereka mengemas dapur itu. Kalau tak, mesti ada yang malam tu kena bebel punya. Selepas selesai kerja kemas-mengemas, Khairul pun terus pergi ke bilik air untuk mandi.

Pada malam itu, seperti biasa Khairul akan menyiapkan kerja sekolahnya. Sedang Khairul khusyuk membuat latihan biologi, tiba-tiba telefon rumah berdering. Telah menjadi adat yang Khairul akan mengangkat telefon apabila berdering. Khairul pun mengangkat telefon itu.

“Assalammuailaikum. Siapa yang bercakap?”
“Ni rumah Khairul kan? Boleh saya bercakap dengan Khairul?”
“Khairul bercakap. Sape tu?”
“Ha Khairul! Ni aku la Farra. Oi, esok kau free tak?”
“Free? Esok hari sabtu................yes, aku free. Nape?”
“Aku ingat nak ajak kau keluar pegi mp la. Kita main boling, nak tak?”
“Best jugak cadangan kau tu. Sape lagi yang kau ajak egi mein boling esok?”
“Aku ajak Yunos, Kamal, Zainal, Arif, CTM, Pdah dan Ati. Kau nak gi tak?”
“Bayar sendiri je ke? Takde orang nak support ke?”
“Cantik muka kau. Bayar sendiri la. Bukannya mahal pun”
“Mmm....ok la, aku follow”
“Cantik! Kalu macam tu, jumpa kat mc kul 10. Bye!”

Khairul pun meletakkan gagang telefon ke tempat asal. Bestnya di hati kerana dapat keluar ke mp esok. Asalnya Khairul malas nak keluar, tapi bila dak Farra dah ajak, pergi je la! Khairul pun menyampaikan hasratnya untuk pegi ke mp esok kepada Pak Mail dan Mak Jah. Mereka pun membenarkan Khairul pergi. Setelah mendapat kebenaran, Khairul pun segera ke bilik untuk memilih baju untuk dipakai esok. Esok dia akan bermain boling dgn Farra.....

Bersambung..................