Monday, May 29, 2006

Kehidupanku di KMPh

Hai semua. Ini merupakan hari pertama aku blogging selepas memasuki KMPh. Apa khabar semua? aku harap korang semua dalam keadaan sihat dan sejahtera. Baru 2 minggu aku kat sini dah banyak perubahan yang dialami oleh blog kelas. Bagus la kalau macam tu. Anyway, hari ini aku nak cite sedikit tentang pengalam aku kat KMPh.Aku mendaftar masuk pada 15/5/2006. Nothing happen so much at that day. Cuma daftar masuk je. Dlm satu bilik ada 4 orang. Aku dapat budak Kedah, Kelantan dan juga dengan budak Johor (Selamat ada budak dari Selatan!). Diteruskan cerita, pada hari itu bermulalah sesi orietasi pelajar baru sesi 06/07. Sepanjang minggu tu, aku mmg stress giler la! Abang2 feci mmg kejam tapi disebalik kekejaman itu ada maksud tersiratnya. Di samping itu, aku juga belajar nak nyanyi lagu negeri Pahang, Dirgahayu. Pada awalnya mmg ada susah sikit, tapi bila dah lama-lama biasa la. Kitaorang tamat sesi orientasi pada hari jumaat, 19/5/2006. Aku mmg happy giler la sbb no more torturing, no more getting so early in the morning and nothing more! The next week, aku dah start belajar. Syok giler belajar style universiti ni. Rehat aku pada hari ni pun dah 4 jam. Makan? Korang jangan risau, kat sini aku makan lebih daripada cukup, dan korang tak perlu risau kerana bentuk badan aku masih lagi maintain! Aku punya subjek for this semester adalah bio, kimia, sains informatik (IT), bi dan math. bio, kimia dan juga math dia punya sukatan mmg sama dgn spm form 4 dan form 5, cuma dia ada tambah sikit2 je la. so far, I manage to catch up all the three major subjects that include in the calculation of CGPA. Hopefully aku dapat follow up dan kuasai ketiga-tiga subjek tersebut. Buat pengetahuan korang semua, math is fun!!! Walaupun pelik tapi itulah hakikat yang aku alami sekarang. Aku jugak dah ada study group sendiri, 3 perempuan dan 2 lelaki (including me). Buat masa ni, aku punye study group ok la. Mereka la yang banyak membantu aku dalam pembelajaran matematik. Perkara yang paling susah yang aku hadapi sekarang ni adalah pemahaman aku semasa bercakap dengan orang pantai timur dan juga orang utara. Aku ni bukannya multidiversiti sangat, so susah sikit la bagi aku untuk memahami apa yang diorang cakap. Tapi sekarang aku tgh cuba untuk memahami percakapan mereka. Aku rasa tu je kot kehidupan aku kat sini. Sebelum aku sign off, aku nak ucapkan selama maju jaya buat rakan-rakan ku yang berada di melaka. Kepada yus dan raf, selamat pergi dan balik ye! Kepada aki, ati dan ctm, belajar rajin2 kat UTP tu. Kepada farra yang juga berada di UTP, don't miss me because I'm cute (",). To wak, ajar budak2 tu baik2 sikit dan jangan sesekali menolak peluang yang ada di depan mata. Buat koe and the gang, strive for the best and stay cool. Tu my best friend sobree, mari la kita sama-sama memperolehi kejayaan yang cemerlang di matrik. Tak lupa juga kepada rafidah, jaga diri baik-baik kat sana. Jangan ayik demam je. And to all my teachers who have taught me well, once again thank you for you teaching. I with the rest will never ever forget about you all. And to all of my fan that follow up 'Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul', please be patience. The next episode will be published as early in July. So, pray for our success and always remember each other. Bye.

Sunday, May 14, 2006

HAPPY MOTHER'S DAY!

HAPPY MOTHER'S DAY!
What a lovely day today to celebrate mothers. Today is the day for mothers to have fun and enjoy themselves. This is the day where the offsprings give their mother a lovely present and also volunteer to do all the house chores. We must always remember that without mother, we are nothing. So, on this day, let us take their hand and say 'I love you and apologise for my mischievous attitude.' Make them happy and do not be an impudent children. We must remember that the heaven is under their feet. If we do not make our mother happy, Allah will punish us. So kids, do not make your mother upset and take care of them in time of their sickness. Do not leave them alone when they are old. As for the person who do not have mother, like me, we must always pray for them. Pray for their sake and for their happiness and may Allah put them among the noble people. Mother is the most greatest gift that human ever had. Thank you Allah for creating her for all of us.

My lovely mother, who passed away on February 9, 2005


Mrs. Hawa, Ain and Izzati's mother. Lovely and sweet person too.


Mrs. Normala. Marzuki's mother. Fair and lovely person. Now I know where Marzuki got his bright tone skin and his charming face too.


Mrs. Sharifah. Siti Munirah's mother. A fighting-crime mother. Isn't she beautiful?

Wednesday, May 10, 2006

Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 7

Selepas menyiapkan kerja sekolahnya, Khairul yang memang berasa letih pada malam itu terus masuk ke dalam biliknya untuk tidur. Tiba-tiba Khairul terdengar suara orang sedang berbual. Setelah mengenalpasti suara itu, Khairul mendapati maknya berbual dengan kakaknya, An.

“An, kalaulah mak ditakdirkan akan pergi tak lama lagi, kau tolong-tolong la nengokkan adik-adik kau, terutamanya si Khairul tu” kata Mak Jah
“Ish, mak ni! Janganlah cakap macam tu. InsyaAllah, umur mak panjang lagi. Mak pun tau yang Khairul berharap sangat untuk mak melihat dia berjaya kelak” balas An
“Mak tau, tapi mak cakap kalau. Ye la, mak ni dah la sakit, tua pulak tu. Tu yang mak nak pesan kat kau awal sikit” kata Mak Jah

Sedar tak sedar, air mata Khairul bercucuran di pipinya. Khairul merasa sungguh terkejut dan sedih apabila maknya berkata demikian. Sepanjang malam Khairul tidak dapat melelapkan matanya, memikirkan perbualan mak dan kakaknya. Pada malam itu, tatkala semua orang sudah lena dibuai mimpi, Khairul bangkit dari katil menuju ke bilik air untuk mengangkat wuduk. Khairul ingin menunaikan solat hajat. Sesudah menunaikan solat hajat, Khairul berdoa kepada Allah.

“Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada mu. Ampunkanlah segala dosa-dosa ku serta dosa-dosa ahli keluargaku. Panjangkanlah umur ibu dan ayah ku, Ya Allah! Janganlah kau merampas mereka daripada ku. Sesungguhnya aku memerlukan mereka untuk mengharungi hidupku di dunia yang penuh dengan godaan syaitan yang direjam. Sekiranya kau ingin mengambil ibu atau ayah ku, maka aku sanggup menjadi ganti bagi nyawa mereka. Ambillah aku, Ya Allah. Biarkanlah ibu dan ayah ku hidup dengan lebih lama. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa atas tiap-tiap hambamu. Amin” doa Khairul

Menitis air mata Khairul apabila berdoa kepada Allah. Sampai begitu sekali doa yang dipanjangkan oleh Khairul kepada Allah S.W.T. Dia sanggup membiarkan Allah mengambil nyawanya asalkan ibu dan ayahnya panjang umur. Begitu besarnya pengorbanan Khairul terhadap ibu bapanya.

Setiap malam khairul menunaikan solat hajat dan mendoakan perkara yang sama. Oleh sebab itu, setiap hari di sekolah, Khairul akan merasa amat letih dan kadang-kadang sampai tertidur dalam kelas. Perbuatannya yang tertidur di dalam kelas ini berjaya dikenalpasti oleh cikgu Suntari.

“Khairul!! Sleepy ha?!” sentak cikgu Suntari
“No,no I don’t fall asleep. I swear!” balas Khairul dalam keadaan terkejut
“I want to meet you in my room after the class” kata cikgu Suntari
“Yes, madam” balas Khairul

Setelah tamat kelas Bahasa Inggeris, Khairul dengan keizinan cikgu Zarina, menuju ke bilik guru untuk berjumpa dengan cikgu Suntari.

“Good morning teacher. May I come in?” pinta Khairul
“Good morning. Yes, come in Khairul” balas cikgu Suntari
“Is there anything do you want to talk about?” soal Khairul
“Actually yes. Recently, I always caught you fell asleep in my class. And you also fell asleep in other classes too. Do you have any problem Khairul? If you have, please let me know. Maybe I can help you out” kata cikgu Suntari
“Thank you for your concern. I’m fine. No problem at all. It just I feel so sleepy. Maybe it because of my late-night study” jawab Khairul
“Oh, I see! Well, do not study too hard Khairul. A bright student like you, especially since you’re the Head Prefect of the school, must show a good example to your friends and also to your juniors. If you can’t study at night, do not push yourself out” nasihat cikgu Suntari
“I will. Thank you once again madam, for taking care of me” balas Khairul
“It is my duty as a teacher to inspire and to check on the students. You may be excused” kata cikgu Suntari
“Thank you, have a nice day madam” balas Khairul

Khairul beredar dari bilik cikgu Suntari ke kelasnya bagi menyambung mata pelajaran Matematik Tambahan. Sementara cikgu Zarina bertungkus-lumus mengajar para pelajarnya, Khairul duduk di mejanya sambil memikirkan perbualan mak dan kakaknya tempoh hari. Khairul tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap apa yang diajar oleh cikgu Zarina di depan. Sedar tak sedar, Khairul telah pun melelapkan matanya lalu tertidur di dalam kelas, sekali lagi.


bersambung..........................

Tuesday, May 09, 2006

Kisah Si Dia.

Biarkanlah aku kesorangan,
Di dalam dunia yang penuh dengan penipuan ini,
Tiada gunanya mempunyai seseorang,
Yang begitu keras kepala.

Adakah dia tahu akan kesusahanku?
Adakah dia mengetahui masalah yang dihadapi oleh keluarganya?
Adakah dia mengetahui betapi susahnya hati seorang bapa yang mulia?
Adakah dia mengetahui akan semuanya itu?

Jarang sekali dia menanya khabar si raja,
Yang umurnya sudah mendekati waktu senja,
Jarang sekali dia balik ke istana,
Atas alasan terlalu sibuk dengan urusan kerja,
Puas sekali daku menasihatinya,
Namun sukar untuk dia menerimanya.

Akhirnya........
Aku mengalah,
Aku serahkan hal ini kepada mu Tuhan Yang Maha Esa,
Tunjukkanlah kepada dia jalan yang lurus,
Bukakanlah pintu hatinya,
Lapangkanlah dadanya,
Janganlah Kau membuatnya menyesali,
Atas segala perbuatan yang dilakukannya selama ini,
Atas segala percakapan yang diucapkannya selama ini,
Aku pasrah Ya Tuhanku,
Tolonglah hambamu ini,
Sesungguhnya si raja sudah tenat di atas takhtanya.

Aku ingat akan pesanan si permaisuri,
Janganlah putus hubungan ini,
Kelak musnahlah segala kebahagiaan yang terbina selama ini.

Monday, May 08, 2006

Konflik Barisan Nasional (BN)

Pada 4 Mei yang lalu, Malaysia telah dikejutkan dengan peletakan jawatan Datuk Shahrir Samad sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BBC). Apa yang telah terjadi? Ini disebabkan beliau kecewa dengan sikap ahli parlimen BN yang menolak usulnya untuk membawa satu laporan dalam sebuah akhbar mengenai dakwaan salah laku seorang Ahli Parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Usul itu pada asalnya dicadangkan oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang. Pada pendapat saya, cadangan seumpama itu memang bagus sekali. Ini membolehkan rakyat tahu akan keadaan sebenar ahli parlimen yang lain. Berdasarkan laporan akhbar bertarikh 5 Mei 2006 di Utusan Malaysia di muka surat 4, Datuk Seri Mohamed Nazri ada menyatakan bahawa antara sebab-sebab usul itu ditolak adalah seperti berikut:
  • Segala usul yang dicadangkan oleh pihak pembangkang mestilah diteliti terlebih dahulu.
  • Dewan tidak boleh mengambil keputusan hanya dengan merujuk kepada laporan akhbar.
  • Ahli Parlimen yang dilaporkan itu tidak dinamakan dan ia terlalu umum.
  • Sekiranya jawatankuasa itu melakukan siasatan, ia akan menghalang Ahli Parlimen lain daripada menjalankan tugas sebagai wakil masyarakat.
  • Sekiranya Ketua Pengarah Kastam membuat aduan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat mengenai Ahli Parlimen berkenaan dengan menamakannya, maka baru siasatan dapat dijalankan.
  • Jika jawatankuasa terdiri daripada enam wakil BN dan seorang ketua pembangkang itu menjalankan siasatan dan juga wakil BN tidak bersalah, masyarakat akan beranggapan jawatankuasa itu cuba melindungi pemimpin BN.

Datuk Shahrir bukannya kecewa disebabkan penolakan usul tersebut, tetapi berdasarkan prinsip yang diamalkan selama ini. Saya memetik daripada kata-kata beliau, "Ia bukan soal kecewa atau tidak, tetapi melibatkan soal prinsip. Kita kena pimpin secara prinsip." Beliau berkata lagi, "Jika rakan-rakan lain tidak memberikan persetujuan dengan prinsip kepimpinan, saya kena tarik diri." Saya bukannya hendak menyokong sesiapa. cuma ingin memberikan pendapat. Parlimen boleh saya anggap sebagai sebuah tempat yang neutral. Ini bermakna pihak pembangkang dengan pihak kerajaan hendaklah bekerjasama bagi memastikan kesejahteraan negara dan juga rakyat. Seharusnya kita perlulah mendahulukan integriti di dalam parlimen, bukannya menyebelahi pari politik masing-masing. Sekiranya cadangan pihak pembangkang itu baik dan munasabah, takkan itupun hendak ditolak oleh pihak kerajaan? Adakah prinsip BN untuk tidak menerima usul daripada pihak pembangkang akan berjaya membawa kesejahteraan kepada rakyat? Dan adakah usul pihak pembangkang hanya sekadar untuk menghentam dan menjatuhkan pihak kerajaan? Di dalam dunia sekarang, semuanya boleh berlaku. Bak kat Datuk Sharir Samad, sekiranya integriti tidak didahulukan, apa yang akan terjadi kepada perlimen yang kita sanjungi selama ini? Adakah rakyat Malaysia akan sentiasa hidup dalam keadaan yang aman dan sejahtera ini? Fikirkanlah................

Sunday, May 07, 2006

Ibu

Hari Ibu semakin menghampiri kita semua. Adakah anda semua telah bersiap sedia untuk merayakan hari yang begitu bermakna kepada para ibu sekalian? Saya rasa anda semua sudah bersedia lagi awal lagi. Hari Ibu disambut bagi memperingati jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh para ibu sekalian. Selama 9 bulan ibu kita membawa kita ke mana sahaja mereka pergi. Selama 9 bulan mereka menanggung beban yang sangat berat. Selama 9 bulan mereka menjaga kita dengan penuh berhati-hati dan penuh kesabaran. Namun, tidak sesekali mereka mengadu atau merungut akan kita semua. Mereka juga menyambut kelahiran kita dengan penuh kegembiraan sehingga menitiskan air mata kegembiraan. Mereka menjaga dan mengasuh kita dengan penuh kesabaran tanpa banyak soal. Mereka mengajar kita untuk merangkak dan berjalan sehinggalah kita pandai. Mereka juga, walaupun penat dengan tugas-tugas seharian, sentiasa melayan kerenah kita walaupun mereka ingin berehat. Mereka juga tidak lupa untuk menyediakan makanan untuk kita sekeluarga dan tiada makanan sesedap masakan ibu. Mereka juga sentiasa berkorban untuk memenuhi segala kemahuan kita semua walaupun benda itu melangkaui kemampuan mereka. Namun, adakah kita sebagai anak-anak memenuhi apa yang mereka mahu? Adakah kita sebagai anak-anak menjaga mereka apabila mereka sudah tua kelak? Adakah kita terlalu sibuk untuk menjenguk mereka di kampung? Tergamakkah kita anak-anak untuk menghantar mereka ke rumah orang-tua-tua? Dengan segala pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan kepada kita selama ini, kita sebagai anak-anak membalasnya dengan menghantar mereka ke rumah orang tua-tua? Kita sebagai anak-anak memang tidak tahu erti perkataan membalas budi. Apa yang mereka mahu sebagai balasan mereka menjaga kita, membeli apa sahaja yang kita mahu, menghantar kita ke sekolah dan juga ke institusi pengajian tinggi adalah dengan menjaga dan menyayangi mereka apabila tua kelak. Oleh sebab itu, jagalah dan sayangilah ibu anda sekalian kerana mereka merupakan harta yang begitu berharga sekali dalam hidup kita semua. Tanpa mereka, maka tiadalah Perdana Menteri yang memerintah sesebuah negara, tiadalah seorang arkitek yang berjaya mereka bangunan-bangunan yang mencakar langit, dan tiadalah manusia yang wujud di muka Bumi ini. Janganlah kita menunggu sehingga mereka meninggal dunia, kelak sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Kita mestilah ingat bahawa "syurga di bawah tapak kaki ibu." 14 Mei akan sentiasa menjadi hari yang bermakna buat ibu-ibu sekalian.

Tuesday, May 02, 2006

Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 6

“Khairul……aku…..aku…..aku nak cakap sesuatu ni. Kau janganlah pulak ketawa nanti” kata Farra
“Apa dia farra? Cakaplah, aku janji aku takkan ketawakan kau” balas Khairul
“Aku ni........sebenarnya........nak terkucil!” cakap Farra
“Lailahaillallah! Tu je kau nak cakap kat aku?! Buat saspen aku je! So, apa aku nak buat? Bukannya kat sini ada tandas pun. Kau tahan la dulu. Sampai bus sten nanti kau nak buang, buang la” balas Khairul
“Janganlah main-main. Aku dah tak tahan dah ni. Rumah sape yang dekat kat area sini?” tanya Farra
“Kalau tak salah aku, rumah si Zainal” jawab Khairul
“Boleh pegi rumah dia kejap? Aku nak tumpang tandas rumah dia la” pinta Farra
“Baiklah, jom cepat. Rumah dia dah dekat dah tu” balas Khairul

Dengan lajunya Khairul dan juga Farra berjalan ke arah rumah Zainal. Nasib Farra memang baik pada petang itu sebab rumah Zainal betul-betul hampir dengan tempat diorang berhenti. Khairul memberi salam dan Zainal yang memang berada di rumah menjawab salam Khairul.

“Assalammuailaikum!” Khairul memberi salam
“Waalaikummussalam. Ha, Khairul, Farra. Apa yang korang buat kat rumah aku? Baru balik daripada meeting ke?” tanya Zainal
“Aah, kitaorang baru je balik daripada meeting pengawas tadi. Ni, kitaorang datang rumah kau ni sebab dak Farra nak tumpang tandas kau. Dia nak terkucil. Leceh tul la!” balas Khairul
“Ooi, lama la pulak korang berborak! Pundi aku dah nak bocor ni. Nal, tumpang tandas jap” pinta Farra
“Masuk la. Tandas aku kat belakang sana. Masuk la dulu Khairul” kata Zainal
“Baiklah” jawab Khairul

Dengan sepantas kilat, Farra terus meletakkan begnya di atas kerusi. Dia pun terus menuju ke tandas rumah Zainal. Nasib baik ahli keluarga Zainal belum pulang, kalau tidak mesti dak Farra dah segan nak menggunakan tandas rumah Zainal. Sementara menunggu Farra, Khairul dan Zainal berbincang mengenai kerja rumah yang dibekallkan oleh guru mereka pada hari itu.

“Aaa, leganya dapat mengosongkan pundi ku ini. Rul, aku dah okey dah. Jom balik” kata Farra
“Aik, cepatnya korang nak balik. Aku tak sempat pun nak buatkan air untuk korang” balas Zainal
“Takpe la Zainal, lain kali je la. Lagipun kitaorang dah lambat dah ni. Karang terlepas pulak bas kitaorang” jawab Khairul
“Baiklah Nal, kami pergi dulu ye. Terima kasih kerana benarkan aku menggunakan tandas rumah kau” kata Farra
“Sama-sama. Baik-baik masa jalan tu” balas Zainal

Khairul dan Farra meninggalkan rumah Zainal. 15 minit kemudian mereka sampai ke stesen bas. Nasib mereka amat baik pada petang itu kerana bas mereka belum lagi bergerak. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Farra, Khairul terus menaiki basnya dan meninggalkan Farra di dalam bas yang satu lagi. Setibanya Khairul di rumah, dia mendapati banyak kereta yang terdapat di halaman rumahnya. Khairul seolah-olah tahu tuan empunya kereta tersebut lalu dia masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang gembira.

“Along, angah, alang, achik, an!! Bila korang semua sampai?” soal Khairul
“Ha, Khairul! Kami semua baru je sampai tadi. Pasal hari ni balik lambat?” soal angah
“Tadi Khairul ada meeting pengawas. Tu pasal lambat balik” jawab Khairul
“Kami ni semua balik sebab dengar khabar mak tak sihat. Ayah yang telefon kami semua semalam” kata along
“Alah, mak takde pape la. Mak sihat lagi. Ayah kamu je yang risau sangat” balas Mak Jah
“Ish, mak ni! Muka mak yang pucat tu mak kata sihat?!” kata alang

Pada petang itu Khairul berborak sakan dengan abang dan kakaknya. Walaupun suasana rumah agak meriah pada malam itu, namun Khairul tidak sesekali lupa untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Apabila Khairul melihat abang dan kakaknya berbual dengan Pak Mail dan Mak Jah, Khairul merasa sungguh gembira melihat ibu dan ayahnya ketawa. Tiada apa yang lebih berharga daripada Khairul selain melihat senyuman di muka ibu dan ayahnya.


bersambung...............................