Tuesday, April 25, 2006

Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 5

Sebelum sesi persekolahan tamat, Khairul telah dipanggil oleh Ustaz Wan Mahmud di bilik guru. Ustaz Wan Mahmud merupakan guru pengawas. Tujuan Ustaz Wan Mahmud memanggil Khairul adalah untuk mengadakan perjumpaan dengan semua pengawas pada petang itu. Seperti biasa, Khairul menuruti perintah Ustaz Wan Mahmud lantas menuju ke pejabat untuk membuat pengumuman. Selepas pengumuman dibuat, Khairul kembali semula ke kelas.

“Ooi, Khairul! Pasal pulak petang ni ada perjumpaan? Aku baru je teringat nak tidur petang ni. Potong stim tul la!” ngomel Farra

“Mana aku nak tahu. Dah ustaz yang beritahu aku tadi. Kalau kau nak marah, kau marah la ustaz” balas Khairul

“Ye la ye la. Saya yang menurutr perintah, tuan!” gurau Farra

“Ada-ada je kau ni Farra!” balas Khairul

Seperti yang telah dijanjikan, pada petang itu semua pengawas sekolah berkumpul di tempat yang telah ditetapkan, iaitu di bilik pengawas. Sementara menanti kehadiran Ustaz Wan Mahmud, Khairul dan Farra selaku Ketua Pengawas lelaki dan perempuan mengendalikan majlis.

“Assalammuailaikum dan selamat petang kepada para pengawas sekalian” kata Khairul

“Berkumpulnya kita disini adalah di atas kehendak guru pengawas kita, Ustaz Wan Mahmud. Sementara menunggu kehadiran ustaz, saya ingin mencuri sedikit masa daripada perjumpaan kita pada petang ini bagi membincangkan mengenai tugasan masing-masing.” kata Farra

“Ya, betul kata cik Farra. Walaupun sekolah baru sahaja dibuka selama dua hari, namun saya dapati ramai di antara kita belum lagi menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang pengawas sekolah. Walaupun AJK tertinggi yang lain seperti Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dn juga Penolong Bendahari belum lagi dilantik, namun saya telah pun membahagikan semua pengawas kepada beberapa kumpulan sementara semalam. Saya juga telah memberikan tugas tertentu kepada semua kumpulan semalam dan mengarahkan agar segala tugasan tersebut dapat dijalankan pada hari ini.” kata Khairul dalam nada yang tegas

“Betul kata saudara Khairul itu tadi. Saya juga telah mendengar apa yang dikatakannya semalam. Pada pagi ini, saya telah melakukan rondaan di sekitar kawasan sekolah. Saya berasa amat kecewa apabila mendapati tiada seorang pun dalam kalangan kamu semua yang menjalankan tugas. Bagi saya, perbuatan ini tidak mencerminkan diri kita sebagai seorang pengawas sekolah!” marah Farra

“Oleh itu, saya berharap sangat agar semua pengawas dapat menjalankan tugas masing-masing sehinggalah bakal Setiausaha kita membentuk kumpulan yang rasmi” balas Khairul

Tidak lama selepas itu, Ustaz Wan Mahmud pun menyusul tiba.

“Assalammuailaikum semua. Maafkan ustaz kerana terlambat disebabkan urusan sekolah” kata Ustaz Wan Mahmud

“Oleh kerana ustaz sudah pun tiba, maka dengan ini saya menyerahkan majlis kepada Ustaz Wan Mahmud” kata Khairul

“Terima kasih kepada saudara Khairul kerana telah mengendalikan majlis perjumpaan kita pada petang ini. Baiklah, tanpa melengahkan masa, tujuan saya mengadakan perjumpaan ini adalah untuk melantik AJK tertinggi yang lain. Saya berharap agar semua pengawas dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan kelancaran perjumpaan kita pada petang ini. Oleh itu saya meminta saudari Farra untuk tampil ke hadapan bagi membantu saya dalam proses pemilihan AJK tertinggi yang lain” balas ustaz

Farra pun tampil ke hadapan. Dia mengambil marker pen di atas meja lalu bersedia bagi menulis nama calon-calon yang akan dicadangkan oleh para pengawas. Jawatan setiausaha menjadi jawatan pertama yang dilelong oleh Ustaz Wan Mahmud pada petang itu. Majlis pemilihan berada dalam keadaan yang begitu lancar sekali. Setengah jam kemudian, kesemua jawatan itu telah diisi sepenuhnya.

“Baiklah, nampaknya kesemua jawatan tertinggi pengawas telah diisi. Saya akan menyebutkan nama-nama mereka yang berjaya memegang tampuk pemerintahan Badan Pengawas SMK Tun Perak sesi 04/05. Ketua Pengawas Lelaki ialah saudara Khairul bin Ismail, Ketua Pengawas Perempuan pula ialah saudari Farra Nadyia bte Norahmad, Penolong Ketua Pengawas Lelaki ialah saudara Anuar bin Che’ Kadir, Penolong Pengawas Perempuan ialah saudari Norsyahidah bte Abu, Setiausaha pula ialah saudari Rafidah bte Abu Kassim, Penolong Setiausah ialah saudara Khalil bin Abu Kassim, Bendahari pula ialah saudari Nurul Izzati bte Zakaria manakala penolongnya ialah saudara Mohd. Syafiq bin Zamri. Baiklah, dengan ini maka lengkaplah barisan AJK tertinggi badan pengawas sekolah kita. Dengan ini, saya menamatkan perjumpaan kita pada petang ini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua kerana telah memberikan kerjasama yang padu. Anda semua boleh bersurai” kata Ustaz Wan Mahmud

“Terima kasih ustaz!!!!” jawab semua pengawas serentak

Khairul pun bersama-sama dengan Farra pulang ke kelas untuk mengambil barang-barang mereka. Oleh kerana kesemua kawan-kawan mereka telah pulang lebih awal, maka Khairul dan juga Farra pulang bersama-sama pada petang itu. Khairul merasa agak kekok kerana buat kali pertama mereka berdua berjalan menuju ke stesen bas dalam keadaan yang agak senyap. Tiba-tiba, Farra bersuara. Khairul pun menumpukan perhatiannya terhadap Farra. Apa yang hendak dikatakan oleh Farra kepada Khairul? Jantung Khairul mula berdegup dengan kencangnya. Bibir Farra yang yang kecil dan merah itu mula bergerak, menyatakan sesuatu. Tetapi apakah dia? Tunggu.............

bersambung...............................

Saturday, April 22, 2006

Pantun Silat Cekak

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
Insya-Allah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
diakhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.

Pantun Silat Cekak dicipta oleh Y.M. Ustaz Haji Hanafi pada tahun 1975 bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam.

Thursday, April 20, 2006

Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 4

“Ya Allah, apa yang dah berlaku ni ayah!?” tanya Khairul
“Entah la, ayah pun tak tau. Sedar-sedar je, mak kau dah tercungap macam ni” jawab Pak Mail

Khairul pun terus meluru ke arah Mak Jah dan mengurut-ngurut dadanya menggunakan minyak panas yang diambil oleh Khairul di atas meja. Selepas beberapa minit, Mak Jah mula menunjukkan tanda-tanda semakin pulih. Nafasnya mula menjadi normal dan dalam masa beberapa minit, Mak Jah pun tertidur. Selepas memastikan keadaan maknya dalam keadaan seperti biasa, Khairul pun kembali ke meja belajarnya untuk menyambung semula membaca buku teks biologi. Walaupun mata Khairul tertumpu ke arah isi kandungan buku biologi itu, namun hatinya masih lagi dalam kebimbangan. Khairul bimbang jika ada apa-apa yang akan terjadi kepada maknya. Namun, dengan sekelip mata segala tanggapan itu dibuangnya jauh-jauh.

Pada keesokan harinya di sekolah, Khairul sentiasa merasa bimbang akan keadaan maknya di rumah memandangkan maknya tinggal seorang diri di rumah. Kerisauan Khairul dapat dikesan oleh Farra dan juga Kamal.

“Mengapa kau hari ni Khai? Lain macam je aku tengok kau? Semalam punya la ‘happy’, tapi hari ni aku tengok kau ni senyap je? Ada ‘problem’ ke?” tanya Farra
“Ye la Rul. Kalau ada ‘problem’, ceritakan kepada kitaorang. Mana tahu kot-kot kitaorang boleh tolong kau” jawab Kamal
“Aku bukannya ada ‘problem’ pun, Cuma aku risau je ngan mak aku kat rumah” balas Khairul
“Risau? Apa yang kau nak risaukan dengan mak kau? Dia sakit ke?” soal Kamal
“Ya. Malam semalam, masa aku tengah kusyuk baca buku teks bio, bapak aku panggil aku. Bila aku masuk bilik je aku dapati mak aku tengah tercungap-cungap. Aku yang masih lagi terkejut cepat-cepat urut dada mak aku dengan minyak panas. Lepas tu baru mak aku rasa lega sikit. Tapi, aku still lagi bimbang akan keadaan dia kat rumah la” balas Khairul
“Begitu rupanya masalah kau ni. Aku ada satu cadangan. Kala kau risau sangat dengan mak kau, apa kata kalau kau telefon rumah? Dengan cara ni boleh la kau tau keadaan mak kau” kata Farra
“Baik juga cadangan kau tu Farra. Ok la, time rehat nanti aku call rumah tanyakan keadaan mak aku” balas Khairul

Sebaik sahaja masuk waktu rehat, Khairul bergegas turun ke kantin untuk menggunakan telefon awam. Nasibnya begitu baik sekali kerana tiada sesiapa pun yang menggunakan telefon pada waktu itu. Dengan perasaan cemas dan bimbang yang semakin kuat di dalam hatinya, Khairul segera mendail nombor rumahnya. Khairul menanti dengan cemas. Sudah lama telefon itu berdering, tetapi tiada seorang pun yang angkat. Khairul mula menajdi tidak keruan. Khairul mendail semula nombor itu, dan pada cubaan keempat, baru ada orang yang menjawabnya.

“Assalammuailaikum, mak ni Khairul yang bercakap” kata Khairul
“Waalaikummusslam. Ha! Apa hal kau telefon rumah ni? Tak belajar ke sekarang?” soal Mak Jah
“Sekarang ni waktu rehat, jadi Khairul sengaja ambil peluang ni untuk telefon mak. Tadi Khairul call banyak kali takde orang angkat pun. Mak gi mana?” tanya Khairul
“Ohh, tadi mak dalam tandas la. Kiranya kau la yang kacau mak tadi” jawab Mak Jah
“Alamak, sorry la sebab kacau mak dalam tandas tadi. Mana Khairul nak tahu mak dalam tandas. Rul ingatkan mak pengsan ke, apa ke. Khairul call ni pun sebab nak tanya keadaan mak. Ok ke tak?” tanya Khairul
“Mak ok je. Kau tak perlu bimbangkan tentang mak kat rumah ni. Yang penting kau tu, jangan asyik risau tentang mak je, belajar betul-betul kat sana. Kau jangan la fikir yang bukan-bukan. Mak kat sini sihat, macam orang muda rasanya” gurau Mak Jah
“Eh, mak ni! Orang tengah risau kat dia, mak pulak gurau macam tu” balas Khairul
“Ala kau ni, tak boleh nak bawak gurau langsung. Ok la tu, mak nak sambung masak ni, takyah la kau risau sangat tentang mak kat rumah, karang tak fokus pulak kau dalam kelas nanti. Baik la, assalammuailaikum” kata Mak Jah
“Waalaikummussalam mak” balas Khairul

Setelah menamatkan perbualannya dengan Mak Jah, Khairul terus beredar ke kelasnya dalam keadaan yang lebih tenang. Kini, Khairul mampu untuk bergurau dengan rakannya serta menumpukan seluruh perhatian terhadap mata pelajaran yang diajar pada hari itu. Kebimbangan Khairul akhirnya dapat diredakan.


bersambung.......................

Monday, April 10, 2006

Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 3

“Apa yang dah terjadi kat sini?” tanya Khairul kepada salah seorang pelajar tingkatan satu
“Bang, tadi ada seorang budak tu pengsan” jawab budak tersebut
“Budak pengsan?! Laki ke perempuan? Mana budak tu?” soal Farra
“Budak lelaki. Dua orang pengawas dah bawak dia pegi bilik rehat” jawab budak itu

Tanpa banyak bicara, Khairul dan Farra menenangkan para pelajar yang berada di situ. Selepas keadaan pulih seperti sediakala, Khairul terus menuju ke bilik rehat yang terletak di blok B. Farra diarahkan oleh Khairul untuk tinggal di dewan bagi mengawal para pelajar. Sebaik tiba di bilik rehat, Khairul terus mencari pelajar lelaki yang pengsan itu, namun tidak diketemuinya. Hanya Nuar dan Syidah sahaja yang masih lagi ada dalam bilik itu.

“Nuar, Syidah. Aku dengar ada seorang budak laki pengsan. Mana dia?” soal Khairul
“Oo, budak laki tu kitaorang dah serahkan kepada Cikgu Johan untuk dibawa ke hospital” jawab Nuar
“Ye la. Lagipun masa aku ngan Nuar masuk ke dalam dewan, kitaorang nampak seolah bebudak ni mengelilingi sesuatu. So, aku ngan Nuar pun cepat-cepat meleraikan mereka semua. Nengok-nengok je ada budak lelaki pengsan. Kitaorang pun apa lagi terus dukung budak tu pegi bilik rehat. Then, aku pun pegi cari Cikgu Johan. Sejurus kemudian, Cikgu Johan dengan pertolongan dak Nuar terus bawak tu ke kereta cikgu dan cikgu pun bawak budak tu gi hospital.” terang Syidah kepada Khairul
“Begitu rupanya. Baru aku faham. Takpe la, memandangkan benda tu dan settle, jom la kita kembali semula ke dewan. Kesian pulak dak Farra sesorang kat sana.” kata Khairul
“Ok, jom!” balas Nuar dan Syidah serentak

Mereka pun kemudian kembali semula ke dewan. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sesi ta’aruf itu pun berakhir dengan selamat. Dengan tamatnya sesi ta’aruf, maka tamat la sesi persekolahan pada hari itu. Semua orang pulang dengan gembira. Khairul bersama-sama dengan rakannya pulang ke rumah masing-masing menaiki bas. Telah menjadi suatu kebiasaan bagi Khairul untuk pulang menaiki bas bersama geng-gengnya. Sebaik tiba di rumah, Khairul terus mencari maknya di dalam bilik. Khairul terus mencium tangan Mak Jah. Seperti biasa, Khairul terus menyalin pakaiannya, menunaikan solat Zohor dan kemudiannya bersama-sama dangan Mak Jah untuk makan tengah hari. Walaupun Mak Jah uzur, namun beliau masih lagi mampu untuk menyediakan makanan untuk anak dan suaminya.

“Mmmm, bestnya lauk hari ni. Gulai taucu, sambal tempoyak, sambal udang dan Rul punya all time favourite, ayam masak merah mak” kata Khairul
“Mak masak ni istimewa untuk Khairul sempena first day Khairul sekolah hari ni.” balas Mak Jah
“Terima kasih mak.”

Selepas selesai makan tengah hari, Khairul pun terus melaksanakan kerja rumah yang tidak mampu dilakukan oleh Mak Jah. Pada petang itu, Khairul terus menyapu lantai rumah, menyiram pokok bunga dan membasuh bilik air. Sepanjang petang itu, Khairul mengemas rumah. Pada waktu malamnya, sesudah makan malam bersama-sama Mak Jah dan Pak Mail, Khairul menumpukan perhatiannya terhadap mengulangkaji pelajaran. Walaupun pada hari itu Khairul belum lagi memulakan sesi pembelajarannya, tetapi Khairul telah pun bermula membaca buku teks yang telah diperolehinya pagi tadi. Khairul memang suka bersedia lebih awal supaya apabila cikgu mengajar, dapat la dia memahami dengan lebih jelas.

“Khairul!!!!! Mari ke sini cepat!” jerit Pak Mail

Jeritan Pak Mail itu mengejutkan Khairul yang tengah leka membaca buku biologi. Sesuatu yang buruk mesti telah berlaku, tetapi apa dia? Apa yang telah terjadi sehinggakan Pak Mail menjerit sedemikian rupa? Dengan perasaan yang cemas, Khairul terus bergegas ke bilik ibu bapanya. Alangkah terkejutnya Khairul apabila mendapati ibunya, Mak Jah terbaring di atas katil dalam keadaan tercungap-cungap. Khairul tidak dapat berkata apa-apa. Seluruh tubuh badannya menjadi kaku. Apa yang sudah terjadi kepada Mak Jah? Adakah Khairul akan menerima satu tamparan yang hebat pada malam itu? Mampukah Mak Jah pulih seperti biasa?


bersambung...................................

PS: Saya ingin mengucapkan selamat menjadi contributor untuk blog kelas buat cik Farra Nadyia dan jugak saudara Khalil.

Wednesday, April 05, 2006

Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 2

Setelah tamat perhimpunan pagi, Khairul yang merupakan Ketua Pengawas membuat pengumuman mengenai mesyuarat pengawas pada waktu petang. Tanpa banyak soal, semua pengawas menerima arahan Khairul dengan penuh semangat. Setelah selesai mengemas tempat perhimpunan, Khairul kembali semula ke kelas bersama dengan teman sejatinya, iaitu Farra. Di dalam kelas, Khairul berasa sungguh gembira kerana dapat bertemu semula dengan rakan-rakannya yang telah lama tidak dihubunginya, lebih-lebih lagi si Kamal yang dengar khabar telah berada di kampung sepanjang cuti akhir tahun yang lalu. Ramai yang mengusik Kamal semasa menunggu ketibaan guru kelas baru, lebih-lebih lagi si Fairuz.

“Aisehman, nampaknya kawan kita si Kamal ni dan makin kurus la. Tak cukup makan ke kat kampung?” gurau Fairuz
“Makan? CUKUP! Lagi cukup drp kau ruz. Kurus? Biasa la kan, aku ni kan memang kurus, plus lagi dengan kehenseman aku. Makin menaik la populariti aku kat sekolah ni” balas Kamal
“Blah la! Muka macam Jason King, ada hati kata diri sendiri hensem. Kalau bab hensem ni, serahkan sahaja kepada ku, ni si Fairuz yang tampan.” puji Fairuz
“Kau lagi teruk! Masuk bakul angkat sendiri.” balas Kamal

Leka dengan berborak, sedar tak sedar Cikgu Suntari sudah pun masuk ke dalam kelas dan berdiri di belakang Fairuz. Cikgu Suntari menepuk bahu Fairuz.

“Jangan la kacau aku. Tak nampak ke aku tengah syok berborak ni. Potong stim betul la.”

Apabila Fairuz toleh sahaja ke belakang, alangkah terkejut beruknya dia apabila melihat muka Cikgu Suntari yang berada dalam keadaan separuh marah. Lidah Fairuz terkelu seribu bahasa.

“Well done Fairuz. It seem you are the first student in my class who ever talk like that to me.”
“Ayoyoyo! Sori la teacher. I tak sedar la you dah come in to the class. I didn’t meant to disobeyed you.”
“Well, it’s ok. Since this is the first day of school, I apologized you for your bad behaviour this morning. Remember, next time, I kick you at the buttock.”

Semua orang, termasuk la Khairul tergelak sakan pagi tu. Fairuz pun kemudian beredar ke mejanya dengan muka yang merah padam. Bayangkanlah betapa besarnya ‘kemaluannya’ pagi tu. Selepas tamatnya drama pada pagi itu, Cikgu Suntari kemudiannya memperkenalkan dirinya sebagai guru kelas bagi kelas Khairul, iaitu kelas 5A1. Tiada apa-apa yang menarik pada pagi itu, cuma sesi membayar yuran sekolah. Khairul bercadang untuk membayar yuran sekolah pada esok hari memandangkan ayahnya terlupa untuk mengeluarkan wang semalam. Khairul berharap semoga ayahnya tidak terlupa lagi hari ini mengenai yuran sekolahnya.

Setelah tamat sesi pertama, Khairul bersama sahabatnya, iaitu Kamal, Arif, Yunus, Zainal dan juga Farra bergegas turun ke kantin untuk melantak habis-habisan. Sambil menjamu selera, mereka pun berborak mengenai percutian mereka.

“Rif, how is your holiday?” soal Yunus
“Wah! Tak pernah aku dengar kau speaking selancar ni. Dasyat jugak kau ni ye. My holiday? Well, it was fun. I went to.......what we call that.............................yes, zoo. It was........apa ni...........terrific, yes, terrific.” jawab Arif
“Apa la yang best kan zoo tu. Lain la macam aku. Sepanjang cuti tu, I and my family went to Tokyo to visit my uncle yang bekerja sebagai jurutera kat sana.” kata Zainal
“Kau lain la, ayah kau berduit, ye la, kata tauke air mineral. Lain le macam kitaorang ni, yang tak berduit dan berharta.” kata Kamal dalam nada yang sedih
“Jangan la macam tu Kamal. Semua orang berharta, tinggal ongkos sahaja yang kureng sikit” pujuk Khairul
“Ye la. Lagipun best apa bercuti kat kampung. Dapat memancing, maik tarik upih, mandi sungai, dan yang best sekali dapat menghirup udara segar. Tu sebabnya otak kau tu geliga sikit daripada kitaorang.” kata Farra
“Thanks for comforting me.” balas Kamal
“Woit cik Farra! Cepat la sikit makan tu. Kan lepas ni kita kita join si Nuar ngan Syidah kat dewan untuk ta’aruf bebudak form one hari ni.” kata Khairul
“Siot! Aku terlupa pulak. Ok, tunggu aku jap.”

Setelah membasuh tangan dan meletakkkan pinggan kotor dalam besen, Farra dan Khairul segera bergesa ke dewan untuk majlis ta’aruf. Mereka dipilih untuk mengendalikan majlis ta’aruf disebabkan mereka merupakan ketua pelajar di sekolah. Buat pengetahuan semua, Farra merupakan Ketua Pengawas Perempuan manakala Khairul pula merupakan Ketua Pengawas Lelaki. Walaupun pelik, namun itulah sistem yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah supaya mudah untuk mengendalikan para pelajar dan juga para pengawas. Setelah tiba di dewan, suatu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan huru-hara di dewan. Apa yang telah terjadi? Mengapa para pelajar berada dalam keadaan huru-hara dan tidak teratur? Di mana Nuar dan juga Syidah? Semua persoalan ini bermain di dalam fikiran Khairul


bersambung...................................