Friday, March 31, 2006

Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 1

Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Khairul segera bangkit dari katil menuju ke bilik air untuk menyediakan dirinya untuk solat Subuh dan juga ke sekolah. Dalam perjalanannya ke bilik air, dia terserempak dengan ibunya di dapur yang sudah pun bangun seawal 5.30 pagi untuk menyediakan sarapan pagi. Khairul mengucapkan selamat pagi kepada Mak Jah.

“Selamat pagi mak!” sapa Khairul.
“Selamat pagi Khairul. Aik! Awal pulak kau bangun hari ni. Selalunya kau bangun kul 6.30” kata Mak Jah.
“Hari ni kan ‘first day’ sekolah. Mestilah Khairul bangun awal. Tak sabar-sabar rasanya nak berjumpa balik ngan geng-geng Khairul kat sekolah. Apa sarapan hari ni mak?” tanya Khairul.
“Apa lagi, nasi goreng kegemaran kau la. Rul, lepas mandi ni, tolong mak kejutkan ayah kau. Karang tak keje pulak ayah kau hari ni.
”Baiklah mak. Baiklah, Khairul pegi mandi dulu la.”

Begitu la hubungan Khairul dengan Mak Jah. Khairul yang merupakan anak bongsu daripada 6 orang adik-beradik memang rapat dan manja sekali dengan maknya. Mak Jah yang merupakan seorang guru telah pun bersara 5 bulan yang lalu. Sekarang, Mak Jah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Walaupun dengan keadaan Mak Jah yang tidak berapa sihat, namun ditabahkan hatinya untuk melayan suami dan juga anak-anaknya. Abang-abang dan juga kakak-kakak Khairul semuanya berada jauh dari rumah. Mereka semua sedang melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Hanya seorang sahaja daripada kakak Khairul yang telah bekerja sebagai guru dan mempunyai keluarganya sendiri, manakala abang sulung Khairul pula pun telah mendirikan rumah tangga tetapi dia hanya bekerja sendiri. Ini bermakna hanya Khairul sahaja yang tinggal bersama-sama ibu dan ayahnya di kampung.

Selepas mandi, Khairul terus mengejutkan ayahnya yang masih lagi tidur. Sesudah itu, Khairul bergegas masuk ke biliknya, bersiap-sedia untuk mengerjakan solah Subuh. Habis sahaja solat Subuh, Khairul terus mengenakan uniform sekolahnya. Mak Jah yang sudah bersiap sedia di meja makan memanggil Khairul untuk makan bersama. Khairul menyahut panggilan maknya lalu menuju ke meja makan. Telah menjadi lumrah hanya Mak Jah dan Khairul sahaja yang akan berada di meja makan setiap kali musim sekolah. Ayah Khairul, Pak Mail jarang bersarapan di rumah disebabkan sifat Pak Mail yang sangat mementingkan masa dan sanggup bersarapan di luar semata-mata untuk sampai di pejabat awal. Pak Mail hanya akan bersarapan bersama pada hujung minggu.

“Emm, sedap tul nasi goreng mak ni! Kalau setiap hari makan nasi goreng ni pun Khairul tak kisah” kata Khairul.
“Hmm, ye la kau tu. Cakap tak serupa bikin. Esok pulak suruh mak buat benda lain pulak. Bukannya mak tak paham perangai ko tu” balas Mak Jah.
“Kalau boleh, Khairul nak mak sorang je masak, tak nak orang lain masak. Mak masak best!” kata Khairul.
“Baik ‘boss’!” gurau Mak Jah.
“Khairul!!! Cepat makan tu. Ayah nak gi dah ni.” jerit Pak Mail.
“Ye la ye la. Orang tgh cepat la ni” balas Khairul.

Setelah menghabiskan sarapan, Khairul beredar dari meja makan dan segera mencapai beg sekolahnya. Khairul menyalam serta mencium tangan Mak Jah sebelum menaiki kereta bapanya. Kereta kancil berwarna ‘maroon’ itu akhirnya hilang dari pandangan mata Mak Jah. Mak Jah yang kini berseorangan di rumah duduk atas kerusi memikirkan apa yang hendak dibuatnya hari ini. Setelah berehat beberapa minit, Mak Jah yang mempunyai sakit kaki bergerak ke mesin basuh perlahan-lahan untuk membasuh baju. Selepas selesai proses membasuh baju, Mak Jah kembali semua ke kerusi kegemarannya lalu menonton televisyen. Mak Jah membiarkan masa berlalu sehinggalah sampai waktu tengahari supaya dia boleh menyediakan makanan tengahari pula. Kesakitan yang Mak Jah alami mengehadkannya untuk melakukan kerja-kerja berat seperti mengemas rumah dan sebagainya. Segala kerja-kerja itu akan diserahkan kepada anaknya, Khairul dan juga suaminya untuk diselesaikan. Mak Jah hanya mampu untuk membuat kerja-kerja ringan seperti memasak dan juga mengidai baju.

Khairul akhirnya sampai di depan pintu pagar sekolahnya. Setelah menerima duit saku dan menyalam tangan ayahnya, Khairul beredar keluar daripada kereta bapanya. Khairul berasa sungguh gembira sekali kerana dapat bertemu semula dengan rakannya. Pada tahun ni, Khairul berada di tingkatan 5. Ini bermakna Khairul merupakan pelajar ‘senior’ dan bukannya lagi ‘junior’. Sebagai seorang Ketua Pengawas yang baru, Khairul terpaksa menanggung tanggungjawab yang berat di samping belajar untuk menghadapi peperiksaan terbesar dalam hidupnya, iaitu SPM. Sepanjang perjalanannya ke kelas, Khairul terserempak dengan ramai rakan seperjuangan, terutamanya Farra. Farra merupakan sahabat baik Khairul sejak dari tingkatan 2 lagi. Khairul dan Farra sentiasa belajar bersama serta berkongsi masalah bersama. Hubungan mereka selalu menjadi gurauan rakan-rakan yang lain. Ramai yang mengatakan Farra dan Khairul merupakan sepasang kekasih, sedangkan mereka berdua tidak suka bercinta, lebih-lebih lagi di bangku sekolah. Namun, apakan daya, orang nak cakap, biarkan sahaja.

“Khairul! Apa khabar? Dah lama kita tak berjumpa. Kau amacam sekarang? Ok ke tak? Aku tengok kau macam dah kurus je.” tanya Farra.
“Aku khabar baik. Kurus? Kau biar benar Farra. Makin gemuk aku nengok ada la.” balas Khairul.

Mereka berdua berborak sakan sehingga terlupa yang mereka kena uruskan perhimpunan pagi. Mereka kemudiannya bergegas turun ke tempat perhimpunan untuk menguruskan segala-galanya. Setelah menjadi ‘senior’, mereka rasa macam sedap je menyuruh pengawas ‘junior’ melakukan kerja. Namun, ini tidak menjadikan mereka lalai dan hanyut dalam dunia ‘senior’. Mereka masih lagi menjalankan tugas mereka. Hari pertama persekolahan merupakan hari yang paling disukai oleh Khairul dan dia tidak akan dapat melupakan kemanisan hari pertama persekolahan.

bersambung.................................

Tuesday, March 28, 2006

Kehidupan ku di KL.

A'kum and good morning to all of you. 28 mac 2006. Sudah 4 hari aku berada di KL bersama kakak-kakak ku. Kehidupan ku di KL tidaklah sehebat kehidupan ku di Melaka, namun disini juga tidak kurang hebatnya. Semalam, berbekalkan duit sebanyak RM200 yang ayah aku masukkan semalam, aku berjaya membeli sepasang baju dan juga seluar di Kedai B.O.S. Aku berasa sungguh gembira dan happy kerana berjaya membeli baju dan juga seluar yang mempunyai saiz yang besar macam aku. Tapi, biasa la kan, lagi besar saiz baju, lagi mahal la jawabnya. Ditambah dgn baju dak along, jumlah bagi baju aku je dan mencecah RM189.70. Bayangkan! Tapi yang penting baju best, besar dan selesa. Anyway, bila kat KL ni, aku terasa rindu pulak ngan korang semua. Apa kabar geng2 aku kat melaka? P-dah? Ctm? Yuci? dan semua sekali? I miss you soooo much (Ceh! macam la aku ni nak gi oversea.) Kepada yuci dan jugak raf, jgn gentar menghadapi ujian pada esok hari. Good luck guys! Kepada farra yang telah pun kembali ke UTP, selamat menyambung pelajaran anda. Ingat, jaga tingkah laku di sana dan always remember us, espeacially me! Study smart and don't push yourself too much. Ok la, that's all for today. Hopefully I have more time to write it down. Chow!

Sunday, March 26, 2006

Ucapan tahniah!

Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan tahniah kepada saudara Yusri Arif bin Sapaee dan juga saudari Siti Rafhanah bte Saponit kerana telah berjaya melayakkan diri ke ujian kengerian yang dianjurkan oleh JPA bagi mereka yang memohon kursus perubatan. Diharapkan agar mereka berdua dpt melayakkan diri ke peringkat yang seterusnya. Jgn takut pulak kalau tengok mayat ye!!!

Thursday, March 23, 2006

Expression of my feeling on the big day.

My life today, which is so little to tell about but at least I can do right now is write. Well, since I don't work or study, I just only sit in my house, in this cold and comfortable weather and doing nothing. It has been a week since the SPM result came out. I had told you previously that I got 9As. Well, that is a good achievement for me, although I aspect to get 12As just like Rafhanah. Well, maybe it is not my luck at all and I truly understand it. Everyone was happy and some were sad at that time, received their result, shed the tear of joy and sadness. But above all other, what I saw there that touched my heart so griefly is when they hug their parents. I was so jealous with them, who had been accompanied by their parents, especially Yusri, getting full support from his parent. Marzuki, who at least has his father around to express his joy and happiness. There were some who came with their friends. But, they still can share their joy with their friends. But, what about me? I tried to share the moment of happiness with my friends, but I see they all busy with their family and I don't blame them. On the most historical day in my life, I went to school alone although I was sent by my sisters. My father was not around at that time due to his visit to Indonesia for a nice, cozy honeymoon with his new wife. The least I thing I can do to overcome my feeling is to pay a visit to my mother's grave. After speaking alone like a crazy boy at the graveyard, expressing my feeling to her, I felt a little bit fine. I don't know whether I can get through this life, but I always pray that The Creator will give me strength to get on with it.

Thursday, March 16, 2006

Alhamdulillah, berjaya jugak akhirnya!

Keputusan SPM 2005 telah pun diumumkan pada hari Isnin yang lalu. Sebagaimana yang kita semua ketahui, seramai 4779 orang pelajar memperoleh straight As. Di STP, seorang pelajar berjaya dpt 12A, iaitu Siti Rafhanah bte Saponit. Tahniah diucapkan kepada dia! Apa yang aku tahu setakat ni, dak yusri dpt 11A, CTM pulak dpt 10A, aku pulak dapat 9A je. Ramai la budak yang dpt 9A, 7A, 6A, 5A, 4A dan ada jugak yang hanya dapat 1A sahaja. Tahniah jugak kepada korang semua yang telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga mencapai keputusan yang cemerlang. Selepas ni, confirm sibuk untuk memohon untuk UPU la, JPA la dan mcm2 lagi permohonan yang akan sure menimbun kat pos office. Fikiran mesti bercelaru sbb tak tau nak pilih bidang apa untuk kita nak ceburi nnt. Tapi, kalau kita fikir betul2, pas tu pilih bidang yang sesuai ngan keputusan kita, mesti takde masalah punya la! Aku pun sekarang ni tgh sibuk ngan permohonan secara online, di samping nak fotostat sijil2 aku yang menimbun, nak sahkannya lagi dan macam2 lagi keje yang aku perlu settlekan sebelum minggu depan. Ok la, aku rasa cukup la setakat ni. Oops! Lupa pulak nak bagitahu. Si techno boy kita tu pun dpt 9A jugak manakala director drama bersiri terkenal, Cinta Poligon berjaya merangkul 6A. Tahniah ye! See you guys later!

Saturday, March 04, 2006

Chaiyok!

A'kum. Baru sedar aku dah lama tak blogging. Cite apa yang aku nak tulis hari ni ye? Oh ya! Pada 1 dan 2 Mac yang lalu, STP mengadakan Sukan Tahunan. Dipendekkan cerita, rumah merah akhirnya berjaya merampas kembali posisi nombor 1 drp rumah kuning. Tahniah kepada ahli rumah merah, terutamanya kepada atlet yang mewakili rumah merah. Kepada ahli dan juga bekas ahli rumah kuning, jangan bersedih kerana nasib tidak menyebelahi anda pada tahun ini. Sesungguhnya, rumah merah mmg 'world'. Lupa pulak, rumah biru nombor 2, rumah kuning 3, dan akhir sekali rumah hijau. Apa apa pun tahniah buat semua orang yang telah menjayakan Sukan Tahunan STP. Minggu ni merupakan minggu yang paling busy bagi aku. Hari Selasa yang lalu, semasa aku ngan aki follow dak wak pegi sharod nengok nasyid, teacher das call. Dia kata motion untuk debate dah sampai. Dia pun mintak aku turun padang untuk train bebudak debate tahun ni. So, aku pun agree la. Hari Rabu tu pulak, aku pegi sekolah serta ditemani oleh dak koe. Well, semuanya berjalan lancar, tapi oleh kerana hari rabu tu ada raptai, so bebudak ni sibuk la ngan perbarisan. Maka, aku ngan dak koe tolong diorang buat text. Hari khamis pulak, aku pegi sesorang. Koe ada kelas, so tak nak kacau dia. Aku ngan teacher bertungkus-lumus untuk menyiapkan text bebudak ni. Hari khamis pun berakhir dgn tersiapnya text dak nadirah. Tinggal ada beberapa helai je yang belum lagi di'edit' oleh kak das. So, mengikut perancangan, esok kitaorang nak buat gathering untuk membincangkan secara lebih lanjut tentang hal debate ni. Diorang bertanding pada hari rabu depan di SMK Dang Anum. Aku pun, agaknya, akan join diorang pada hari rabu nanti. So, aku berharap semoga team debate 2006 yang terdiri drp Aida Azreena, Nadirah Hamdan, Syafiq Kamaruzzaman, Intan Baizura dan Khalid Saifullah akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi juara bukan sahaja di peringkat daerah, malah di peringkat negeri juga. Kalau boleh, aku nak korang tebus kekalahan kita pada peringkat negeri di mana kita tumpas ngan SMK St. David. Hopefully saingan korang tahun ni tak la teruk sangat. So, chaiyok to all of you, and to all my friends, stay healthy and smile always. Fail is not an option.