Monday, January 30, 2006

Setahun berlalu......................

Sudah setahun berlalu. Ya, sudaj setahun arwah meninggalkan kami sekeluarga. Pada waktu dan ketika ini, di kala aku sedang membuat kuih pau, arwah mak memanggil aku. Masa tu mak berada dalam bilik air untuk mengambil wudu' untuk menunaikan sembahyang Maghrib serta membaca doa awal tahun. Aku berasa begitu terkejut apabila melihat mak dalam keadaan basah dan berpeluh. Dalam keadaan tercungap-cungap, mak menyuruh aku mengambil surat khabar untuk dikipaskan. Mak mengadu yang dia berasa begitu panas sekali. Aku pun segera mengambil surat khabar lalu mengipaskan mak. Masa tu, along tgh tolong aku buat kuih pau. Kak dial pulak aku tak sure dia buat apa time tu. Mungkin melayan kengkawan dia kot sbb time tu ada dua orang kawan dia datang rumah. Kipas punya kipas sampai lunyai surat khabar tu aku buat. Pas tu, aku pun bawak mak masuk bilik serta dudukkan dia atas kerusi. Masa tu, along dgn kak dila pun ada dalam bilik mak. Aku pun terus mengipas mak. Pas tu, mak mintak air. So, aku pun pegi dapur ambikkan air untuk mak. Time tu, kak dila nak jampi air tu ngan selawat syifa' tapi dia lupa. So, kitaorang call dak angah. Kemudian, kak dila pun jampi air tu. Lepas jampi, kak dila bagi mak minum air tu, tapi mak muntahkan balik air tu. Pelik jugak sbb mak mmg kuat minum air. So, aku pun ambik air lain dan bagi kak dila. Kak dila tawassul air tu. Bila melihat mak minum air tu, dan keadaan mak semakin pulih, aku ngan along keluar dari bilik dan sambung balik buat kuih pau. Selang beberapa minit kemudian, aku pun masuk bilik tu dan tengok mak tercungap-cungap semula. Kitaorang pun panik lalu bawak mak duduk diatas katil. Mak kembali berpeluh sakan. Melihat keadaan mak yang kronik, along tanya mak sama ada mak nak pegi hospital ke tak. Buat kali pertama dalam hidup aku, mak menyatakan "ya." Along pun tukar baju mak sbb baju yang pakaikan tu dah basah. Sementara tukar baju mak, along cuba call kak suhaila untuk bawak satu ambulans kat sini. Tapi, semua tu tak jadi apabila tepat pukul 9.25 pm mak kelihatan semakin teruk. Pada waktu itu, ayah pun balik dari masjid. Aku pun apnggil ayah masuk bilik untuk melihat keadaan mak. Setelah ayah masuk ke dalam bili, ayah pun membaringkan mak di atas katil lalu membisikkan kalimah syahadah. Mak yang pada masa itu seperti orang yang lupa ingatan memandang kami dgn mata yang menakutkan. Beberapa minit kemudian, mak pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pada masa itu, aku seperti orang yang tak dapat menerima hakikat hidup. Aku cuba menafikan apa yang berlaku. Aku check nadi mak, dengar degupan jantungnya, tapi semuanya senyap. Pada waktu itu, aku dapat merasakan betapa hebatnya aura seorang ibu. Sepanjang malam aku menangis tanpa henti-henti. Mulutku seolah-olah terkunci. Aku tidak mampu membaca surah yaasin. Memang tak disangka, ibuku pergi tanpa meninggal sebarang pesanan kepada ku. Cuma hasratnya untuk melihat aku menjadi seorang doktor sahaja yang aku masih ingat sampai sekarang. Dia berkata kepada aku supaya menjadi seorang doktor, menyambung impiannya yang tidak tercapai. Dia kata kalau aku jadi seorang doktor, bolehlah aku rawat sakit lututnya. Tapi itu semua tak akan berlaku kerna dia sudah pun meninggalkan ku setahun yang lalu. Aku tidak menyangka dia akan pergi dalam usia 55 tahun 7 bulan 9 hari. Tetapi, ajal maut semuanya di tangan Allah. Tiada sesiapa pun yang berkuasa untuk menahan-Nya. Aku pasrah dan aku terimanya dengan hati yang redha............... : (


Senyumannya menambat hati setiap orang


Seorang guru yang tabah dan cekal.


Walaupun jalan berdengkut, namun semangatnya tidak ada tolok bandingannya

Wednesday, January 25, 2006

The House

I stood across the street,
Looking at the house,
How old it is,
I shall not know,
But,
I still remember,
How warmth and cozy the house is,
How happiness and laughter live together,

That house,
Once give hopes and dreams,
Inspired people to do anything they want,
Cherish by all sort of creatures,
Coming to the house continuously,
Guarded by the most fierceful creature,

That house,
belongs to a woman,
A woman with a good heart,
With her in the house,
It seems that the house look so alive,
Look so happy,
So lightful,

That house,
suddenly changed its mood,
no happiness,
no laugh,
it suddenly became so cold and dark,
quiet,
so quiet,
after the day,
no animals steps into the house,
only the guardian stays,

That house,
has died,
following its master,
to a far, far place,
living happily there,
living its remain here,
that woman,
have taken all her belongings,
including the house,
the happiness,
and the tranquility,
from me.

Tuesday, January 17, 2006

Isu Penggunaan Telefon Bimbit Bagi Para Pelajar di Sekolah

Sekali lagi negara kita digemparkan dengan satu isu hangat., iaitu isu penggunaan telefon bimbit di kalangan para pelajar sekolah. Isu ini mula dibangkitkan apabila ada dalam kalangan para ibu bapa yang mendesak pihak kementerian untuk membenarkan anak-anak mereka untuk membawa telefon bimbit ke sekolah dengan alasan mudah bagi mereka untuk menghubungi anak-anak mereka di sekolah. Pada pendapat saya sebagai seorang bekas pelajar lepasan SPM, para pelajar tidak seharusnya membawa telefon bimbit ke sekolah. Ini berdasarkan kepada pengalaman saya sebagai seorang pelajar. Saya faham zaman semakin hari semakin berkembang. Begitu juga dengan perkembangan teknologi. Namun, tak semestinya dengan perkembangan teknologi ini, para pelajar mempunyai lesen untuk membawa telefon bimbit ke sekolah. Penggunaan telefon bimbit bagi para pelajar di sekolah hanya akan mewujudkan lebih banyak masalah. Saya tak faham mengapa ibu bapa tidak berfikir panjang terlebih dahulu sebelum mengusulkan sesuatu cadangan. Cuba bayangkan pelajar sekolah menggunakan telefon bimbit. Memang tiada apa yang menarik, tetapi cuba bayangkan sekiranya pelajar menggunakan segala kemudahan yang terdapat pada telefon tersebut, seperti kamera. Bagi para pelajar yang nakal, sudah tentu mereka akan menggunakan aksesori tersebut untuk mengenakan rakan mereka, dan juga mengaibkan para guru mahupun mengugut mereka. Kita mestilah ingat bahawa para pelajar sekarang lebih bijak dan lebih panjang akalnya. Selain itu, dengan adanya kemudahan untuk akses ke internet, mereka akan menjadi lalai di dalam kelas lalu tidak menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran. Kemudahan SMS juga akan turut melalaikan mereka. Saya juga khuatir sekiranya mereka menyimpan nota-nota penting di dalam telefon bimbit mereka lalu menggunakannya semasa peperiksaan. Ini bukan sahaja memudahkan mereka, malah turut membodohkan diri mereka sendiri. Adakah kita hendak melahirkan generasi yang hanya pandai di atas kertas, tetapi bodoh di dalam otak? Sementara anda memikirkannya, saya ingin sekali lagi menegaskan disini bahawa penggunaan telefon bimbit bagi para pelajar di sekolah adalah dilarang sama sekali. Ini adalah untuk kebaikan diri mereka sendiri. Zaman sekolah merupakan suatu zaman yang cukup menggembirakan. Janganlah kita, terutamanya kepada para ibu bapa merosakkan erti sebenar sekolah. Biarkan anak-anak kita bersekolah dengan aman dan tenteram. Telefon bimbit ini hanya merosakkan segala kemanisan yang kita pernah kecapi dahulu semasa zaman persekolahan. Ibu bapa tidak seharusnya berasa risau tentang keadaan anak-anak mereka di sekolah. Serahkan sahaja tugas itu kepada para guru, pandailah mereka mengasuh anak-anak kita. Walaupun undang-undang ada, tetapi kita mestilah ingat akan frasa ini, 'rules are made to be broken.' Para pelajar sentiasa, buat pengetahuan kita semua berpegang teguh kepada frasa ini. Jadi, adakah anda masih lagi ingin membenarkan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar di sekolah?

Friday, January 13, 2006

Life Brief Candle.

Tomorrow, and tomorrow, and tomorrow,
Creeps in this petty pace from day to day,
To the last syllable of recorded time,
And all our yesterdays have lighted fool,
The way to dusty death,

Out, out brief candle,
Life but a walking shadow, a poor player,
That struts and frets its hour upon the stage,
And the he heard no more, it is a tale,
Told by an idiot, full of sound and fury,
Signifying nothing.

PS : This is William Shakespeare's poem in Macbeth. I memorized this poem since I was in form one. I love this poem because it represent my life and my soul. If there some mistakes in the poem, I'm sorry!

Tuesday, January 03, 2006

Apa nak tulis ye?

Apa nak tulis ye? Aku pun tak tau apa nak tulis hari ni. Cuma hari ni aku hanya pegi rumah dak izzati je. Aku dah janji ngan dia untuk dtg umah dia utk ambik cd video jamuan kelas. Aku ingat nak dtg kul 10, tapi dia suruh dtg kul 11 pulak. So, aku tunggu la sampai kul 11. Lagi satu, aku ingatkan dak Sobree dtg hari ni sbb dia kata nak dtg umah aku hari ni (atas permintaan aku) kalau hari tak hujan. aku tunggu dia punya la lama. So, I gave him call. Rupa2nya dia masih lagi tido walaupun jarum jam menunjukkan pukul 10. So, aku pikir takyah la suruh dia dtg hari ni sbb kul 3 nnt dia kena pegi keje. So, buat apa dtg dalam masa yang singkat. So, tepat kul 11 aku berjalan kaki ke rumah Izzati. Aku sampai rumah dia dalam kul 11.30. Dia ajak aku masuk dan aku pun buat la macam umah sendiri. Berborak punya berborak aku lupa apa tujuan asal aku dtg umah. Aku pun ada ajak sekali dak minah datang umah ati, ialah kan diorang ni kan jiran. So, lepas borak ngan dak minah, dak ati dan dak ain, mak dak ati pulak ajak aku makan tengah hari kat umah. Aku tanpa rasa segan silunya menerima jemputan itu. Lepas 'berg' kat umah diorang, baru aku balik dalam kul 1.20 pm. Samapi kat umah aku terus layang cd yang dak ati bagi aku. Best jugak cd jamuan kelas. Kelakar giler nengok muka dak ati ngan farra kena baling ngan tepung, macam tepung gomak. Anyway, masa nengok cd tu, aku rasa mcm best je time sekolah. Perasaan tu membuatkan aku rasa macam nak sekolah balik. So, that's all I can say about myself today. kul 8 pm tadi aku call syafiq kamaruzzaman. Aku tanya dia about school and his first day as the Head Prefect. He said that everything under control. So, adios and until we meet again!

Monday, January 02, 2006

My life today!

9.00am-11.15am
Hari ni aku jumpa dengan Zahierul, my old best friend masa SKJ kat pam SHELL di Taman Maju. Sebelum tu, aku pegi sekolah jap nak letak buku aku kat 5A4 sbb nak bagi budak form 5 tahun ni, iaitu dak Nadhirah. Baru aku teringat hari ni pendaftaran bagi pelajar tingkatan 1 sesi 2006. Aku bertolak dari rumah baid dalam kul 8.55 pagi. Sampai je kat dpn TM, aku tengok banyak kereta parking kat depan sekolah. Aku pikir mesti tahun ramai budak form 1 daftar. Aku masuk sekolah dan aku jumpa la bebudak form 5 tahun ni, seperti Sara, Aida Azrina, Firdaus Bebet dan lain2 lagi. Diorang tegur aku dan aku pun tegur diorang balik. Aku pegi kat 5A4, buka almari kat belakang tu dan masukkan segala harta khazanah aku dalam tu. Sambil mendengar ucapan Tuan Pengetua, aku duduk jap sambil merehatkan badan. Mahu tak penat! Pas dah okey, sikit aku pun nak blah. Aku ingatkan hari ni aku nak pulangkan buku PQS yang warna hijau tu, tapi aku tak jumpa pulak ustaz Jamsari. Mana hilang aku pun tak tau. Aku tanya cikgu Zul,dia kata dia tak tau. Aku ingat na blah, tapi lepas tu aku terserempak pulak dengan cikgu Shaari. Cikgu Shaari kata SPM sejarah tahun ni banyak dapat A. Dia tanda kertas budak Sabah, dia kata ramai dapat 90% dan ke atas. Terkejut jugak aku! Anyway, sebelum aku blah, aku jumpa pulak dgn bebudak form 3 tahun ni. Diorang kata takut nak ambik PMR tahun ni. Lepas dah berborak kejap, aku pun blah dan menuju ke SHELL sbb nak jumpa Zahierul. Sampai kat sana, aku terkejut kerana orang pertama yang aku jumpa bukannya Zahierul, tapi dak Safwan Abd. Aziz. Aku pun tegur dia. Time tu dia tgh basuh tandas. Rupa2nya dia ngan Zahierul mmg berpakat keje kat SHELL. Asalnya diorang mohon untuk bekerja kat Petronas, tapi tak dapat. Aku lepas tu jumpa Zahierul. Muka dak Zahierul mmg tak berubah, tapi dari segi sifat dan perangai, he changed a lot! Kalau dulu dia ni lembut je. Sekarang dah keras macam kayu. Satu lagi, dulu Zahierul yang aku kenal tak mencarut langsung. Tapi sekarang, dia dah pandai dah! Aku pun terkejut dgn perubahan dia. Aku seolah-olah tak boleh terima perubahan dirinya. Gaya bahasa dan percakapan dia mmg aku tak boleh terima. Taklah kasar percakapan dia, tapi aku rasa pelik bila bercakap dgn dia. Faktor dah lama tak jumpa pun mmg boleh main peranan, tapi tu la. He's no the person that I wish to meet. Dia ada ajak aku keluar minum ptg, tapi aku ckp kat dia yang aku tak boleh nak join sbb banya keje (Bukan nak tipu, tapi aku rasa tak sedap hati). Mmg betul kata orang, people change by environment and surrounding. Dia pun mengaku dia ni dah banyak berubah sbb sekolah kat SM(S)MS. Aku still anggap dia sbg kawan aku, tapi aku mmg tak boleh terima perubahan yang besar dalam hidup dia. Safwan dari segi fizikal, berubah dgn mendadak. Dia aku rasa lebih tinggi drp koe. Tapi, dari segi mental, Safwan mmg tak berubah. I like him. I still remember he took me, for the first time, to A'Famosa Water World in 1999. He really a nice boy.

11.30am-1.30pm
Aku baru je balik dari sekolah. Dua kali aku pergi sekolah dengan menapak. Cuba bayangkan kepenatan aku sekarang. Ni baru sampai rumah baid. Aku gi sekolah second time ni sbb teacher daslina tadi ajak aku dtg sekolah tolong dia check balik kertas jawapan SPM EST 2005 sama ada betul ke tak dia tanda. Teacher das dapat kertas jawapan kod BH. Date line untuk hantar markah adalah esok dan teacher masih ada 100 skrip yang belum siap ditanda (essay only). Bayangkan tekanan dan pressure yang dialaminya sekarang. Lepas tu aku nampak dak koe dan juga hafiz dtg sekolah. Diorang nak mintak sign pengetua untuk belajar di Giatmara esok. Malangnya pengetua takde. Mahu tak mahu kena la jumpa cikgu Abu Samah. Aku tolong la diorang jumpa cikgu Abu, teman diorang disambil aku belanja diorang air kotak seorang satu. Lepas dah settle hal sign, dak habis pulak nak pulang buku teks. Tapi, cikgu Haslina dan mdm Suntari takde. Hafiz hanya pulangkan buku bukhary kat pn. Horsiah. Pas tu diorang pun blah. Tu jelah life aku hari ni. Letihkan?? Anyway, aku rasa aku dah turun 10 paun la. Ajaib tak?!

Berita terkini : Bapa mertua Mdm Suntari baru sahaja meninggal dunia
pada hari ni. Saya mewakili para pelajar 5A1 2005
mengucapkan salam takziah kepada beliau sekeluarga.

Sunday, January 01, 2006

HAPPY NEW YEAR!!!!

HAPPY NEW YEAR! Selamat datang ke tahun 2006, satu tahun yang akan mengubah nasib hidup anda. Seperti biasa, telah menjadi adat bagi kita untuk menanam azam baru untuk dilaksanakan dalam tahun baru ini. Tapi selalunya azam ni mesti takkan terlaksana. Kenapa? Ini disebabkan oleh kealpaan kita. Sebagai contoh, ramai lelaki, termasuk juga wanita yang berazam untuk berhenti merokok serta meninggalkan perbuatan terkutuk ini. Tapi, adakah mereka melaksanakannya? Minoriti mungkin berjaya, tetapi majoriti masih lagi mengamalkan amalan tersebut. Bagi para remaja yang mula hendak berjinak dalam dunia merokok, baik lupakan sahaja. Bagi mereka yang baru beberapa tahun terjebak dalam dunia ini, hentikan saja. Adakah anda tidak merasa kesian dgn ahli keluarga anda yang telah banyak menanggung derita demi anda semua? Tak malukah anda menggunakan duit yang diberikan oleh keluarga mahupun pihak kerajaan untuk membeli rokok? Bagi mahasiswa, cuba jangan merokok. Tiada bukti saintifik yang menyatakan bahawa rokok boleh membawa kebaikan kepada kita. Rokok merupakan kunci kepada gejala menghisap dadah. Kesianilah keluarga anda, yang telah penat menasihati anda. Ingatlah pesanan kerajaan bahawa merokok merbahaya kepada kesihatan badan anda. Berbalik kepada azam tahun baru, ramai yang berazam untuk mendapatkan pekerjaan. Ada juga yang berazam untuk mengakhiri zaman bujang mereka. Bagi para pelajar PMR dan SPM 2006, berazamlah untuk memperoleh kejayaan didalam PMR dan SPM nanti. Jangan leka, mulakan dari sekarang! Kepada warga pendidik, berazamlah untuk mendidik generasi muda kita. Janganlah leka dan cuai akan tugas anda. Jasamu akan sentiasa dikenang sehingga akhir zaman. Kepada semua, tetapkanlah suatu azam dalam diri anda dan laksanakannya. Tak lupa kepada bekas pelajar 5A1 2005, selamat tahun baru. Moga2 tahun 2006 akan memberikan kita harapan baru serta matlamat yang jelas dalam hidup kita. Kepada Marzuki, teruskan perjuangan anda dalam memperolehi lesen motor di Melaka. Harap2 kita akan berjumpa di sana kelak. Kepada Rafidah, jangan susah hati. Ingat apa yang aku cakap tadi. Kepada mereka yang terpilih mengikuti PLKN, selamat menjalani program di kem anda. Saya nak ambil kesempatan disini untuk memohon maaf sekiranya saya ada melukakan hati anda semua. Saya tahu ramai yang mungkin tak suka kat saya, manalah tahu kalau cara gurauan saya serta tingkah laku saya tidak disukai oleh anda sepanjang saya bersekolah di SMKTP dari tahun 2001-2005. Harap maaf. Kalau anda tak puas hati ngan saya, luahkanlah tentang apa yang anda tak suka ttg saya di chatbox sebelah. Saya akan menerimanya dgn hati terbuka. Adios!