Thursday, December 14, 2006

DAULAT TUANKU!

Menjunjung kasih kepada DYMM Baginda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kerna sudi mencemar duli ke Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) sempena Perjumpaan Pengarah, Pensyarah dan Staff Sokongan KMPh pada 30/11/2006. Daulat Tuanku!













Sunday, December 10, 2006

My Result!

Aku dah dapat result PSPM sem 1 pada 5/12/2006. Alhamdulillah, aku dapat 3.70. Semua A kecuali math yang B. Sengal. Anyway, tahniah bagi para pelajar matrik KPM yang dapat 4.00 dan yang tak berjaya tu (maknanya kene kuar la), semoga anda berjaya dlm meneruskan hidup anda. Adios!





MY RESULT!

Wednesday, November 29, 2006

Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 13

Dua bulan sudah pun berlalu. Kehilangan Mak Jah masih lagi dirasai oleh keluarga Pak Mail, terutamanya Khairul yang merupakan anak bongsu di dalam keluarga itu. Pak Mail telah mendapat pelbagai aduan daripada guru-guru Khairul, yang juga merupakan teman rapat isterinya sewaktu isterinya masih lagi bertugas sebagai seorang guru, mengatakan Khairul asyik leka dalam kelas dan tidak menumpukan sepenuh perhatiannya di dalam kelas seperti selalu. Sebagai seorang bapa, Pak Mail menjadi semakin risau dengan pencapaian anaknya dalam ujian bulanan di mana Khairul mendapat 7C5, 2B3 dan 3D7. Pak Mail cuba untuk menghampiri Khairul, malangnya Khairul sentiasa melarikan diri daripada bapanya, malah lebih gemar bersendirian.

Pada waktu petang, Khairul seperti biasa akan kembali dari sekolah. Lewat petang, Khairul akan pergi ke tanah perkuburan untuk menziarahi kubur ibunya. Khairul akan memandang sahaja tanah yang telah memisahkan diantara dia dan ibunya. Khairul memandang batu nisan yang terukir:

الفاتحه
HJH. KHADIJAH BTE SULAIMAN
KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA:

9 FEBRUARI 2005,
BERSAMAAN
1 MUHARAM 1426 H

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA

~AMIN~

Setiap kali Khairul memandang nama ibunya terukir di atas batu nisan, dia akan menitiskan air matanya, mengingati hari tersebut. Sedar tidak sedar, tiba-tiba seorang lelaki berdiri di sebelah Khairul. Lelaki itu merupakan Pak Mail, ayahnya.

“Dah lama ke Khairul kat sini?” tanya Pak Mail
“Baru jugak la. Pasal ayah tak balik rumah terus?” Khairul kehairanan
“Saje je ayah nak datang sini, nak lawat mak kau.” Pak Mail membalas dengan senyuman
“Ayah dengar dari cikgu Khairul mengatakan Khairul tak ‘concentrate’ dalam ujian hari tu. Kenapa Khairul? Boleh ayah tau sebabnya? Mana tahu ayah boleh membantu.” tanya Pak Mail
“Takde apa-apa yang ayah boleh bantu. Biarkanlah Khairul dengan hidup Khairul sendiri.” jawab Khairul, tenang.
“Ayah bukan apa, tapi ayah risau dengan Khairul. Cikgu cakap Khairul tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai seorang ketua pengawas buat masa ini lalu merehatkan Khairul daripada bertugas sementara. Mak dulu pun pernah berpesan kat Khairul supaya belajar betul-betul. Lagipun, kalau tak salah ayah arwah mak juga pernah berharap agar Khairul dapat menjadi seorang doktor yang berjaya. Lagipun itu adalah cita-cita mak kau yang tak dapat dicapai olehnya.” balas Pak Mail
“Khairul tahu. Tapi macam mana Khairul nak jadi sorang doktor kalau mak dah takde?! Lagipun apa lagi tujuan Khairul yang perlu Khairul perlu penuhi sedangkan mak dah takde?!!!!!!” kata Khairul dengan penuh emosi.
“Tapi, walaupun mak dah takde, tapi tak semestinya Khairul perlu melepasakan semuanya begitu sahaja. Kalau la mak kamu hidup lagi, mesti dia marah Khairul kerana berkata-kata demikian” balas Pak Mail

Khairul tidak dapat tahan lagi. Dia terus mendakap Pak Mail lalu menangis dengan kuatnya. Pak Mail memeluk anak bongsunya itu lalu menenangkan hatinya.

“TAPI MAK DAH TAKDE! BUAT APA KHAIRUL NAK TERUSKAN PERJUANGAN HIDUP KHAIRUL SELAMA INI?? MENGAPA, MENGAPA??!!!!”

Jeritan Khairul itu membuatkan hati Pak Mail turut berasa sedih. Baru Pak Mail tahu betapa sedih dan sunyinya hati anak bongsunya ini tanpa seorang ibu. Pak Mail membawa Khairul pulang ke rumah.

bersambung.................

Monday, November 27, 2006

Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 12

10 Februari 2005. Selepas waktu Zohor, majlis pengebumian allahyarhamah Mak Jah diadakan. Majlis pengebumian berjalan dengan lancar. Sebagai bekas guru, ramai sahabat handai serta bekas para pelajar Mak Jah datang ke majlis pengebumian Mak Jah. Talkin dibacakan oleh imam mukim. Sayup suara talkin itu menghibakan lagi hati Khairul. Walaupun Khairul tidak menitiskan air matanya di tanah perkuburan, namun hatinya masih lagi menangisi pemergian ibunya yang tercinta. Terbayang di kotak fikiran Khairul bagaimana dia melihat ibunya dibaluti dengan kain kapan yang berwarna putih, bagaimana dia menatap wajah ibunya buat kali terakhir sebelum ditutup wajah ibunya buat selama-lamanya.

Setelah segala-galanya selesai, Khairul pulang semula ke rumah. Senyap. Keadaan rumah tidak lagi seperti dahulu. Khairul memerhatikan setiap penjuru rumahnya. Khairul dapat merasakan bahawa rumah itu juga bersedih di atas kematian tuannya. Bunyi riuh burung murai yang selalu berkicau pada setiap hari juga tidak turut kedengaran lagi, seolah-olah mereka telah pun kehilangan teman untuk berborak. Boleh dikatakan hari itu tidaklah seceria mana seperti selalu. Khairul masuk ke dalam biliknya, tidak menghiraukan tentang orang ramai yang masih lagi berada di dalam rumah, kebanyakkan ahli sanak saudaranya. Khairul berbaring di atas katil lalu menatap foto album keluarganya semasa hari raya tahun 2004. Sekeping demi sekeping gamabr ibunya ditatap oleh Khairul.

Khairul teringat lagi bagaimana reaksi ibunya pada raya 2004. Pada bulan Ramadhan 2004, Mak Jah begitu bersemangat untuk menyambut raya pada tahun. Selama ini Mak Jah hanya mampu menyiapkan baju raya Khairul, namun Mak Jah, walaupun tidak berjaya menyiapkan baju raya anak perempuannya, namun dia berjaya menyiapkan baju raya Khairul dan juga baju untuk dirinya sendiri. Pada tahun itu juga Mak Jah beriya-iya untuk membuat kuih raya. Selalunya hal membuat kuih raya diserahkan kepada angah dan Khairul adik-beradik. Berbeza pada tahun-tahun yang sudah, Mak Jah teringin untuk membuat kuih raya pada tahun tersebut. Bagi Khairul adalah tidak pelik bagi ibunya untuk membuat kuih raya, namun apa yang memelikkan Khairul adalah kuih yang dibuat oleh ibunya. Semuanya adalah kuih-kuih yang tidak pernah Khairul lihat selama ini, seperti Russian Square. Boleh dikatakan Mak Jah begitu bersemangat untuk menyambut aidilfitri 2004.

Gambar-gambar Mak Jah semasa hari raya 2004 penuh dengan senyuman manis dan ceria. Selama ini, jarang bagi Mak Jah untuk bersenyum semasa mengambil gambar. Tetapi, berbeza dengan kali ini, Mak Jah kelihatan lebih ceria dan lebih berseri dengan baju rayanya yang baru serta barang kemas yang buat julung-julung kalinya dipakai oleh Mak Jah. Raya 2004 merupakan raya yang paling indah sekali dalam diari hidup setiap ahli keluarga Khairul.

Namun, pada tahun ini, terpalit di dalam diari hidup keluarga Khairul satu noktah, iaitu noktah yang menghalang kegembiraan daripada terus berlaku. Peristiwa kematian Mak Jah yang tidak dijangkakan oleh Khairul serta ahli keluarganya yang lain telah melenyapkan segala kegembiraan dan keseronokan yang telah dilalui oleh Khairul sekeluarga. Tatkala Khairul memandang wajah ibunya di dalam gambar, setitik air mata jatuh dari kelopak matanya. Khairul tidak sanggup lagi menatap wajah ibunya yang begitu tenang dan ceria sekali. Hati Khairul akan berasa sangat sedih apabila melihat wajah ibunya itu. Khairul belum lagi bersedia untuk kehilangan seorang ibu yang dikasihi lagi dicintai.

Sesudah menunaikan solat Isyak, Khairul berdoa kepada Allah.

“Ya Allah! Ampunkanlah segala dosa hambamu ini. Mengapa, Ya Allah, mengapa Engkau mengambil ibuku terlalu awal? Adakah Engkau mengetahui bahawa aku di sini masih lagi belum bersedia untuk kehilangannya? Aku tidak merelakan ibu ku pergi Ya Allah. Pulangkanlah ibuku ke pangkuanku semula. Kalaulah perkara itu melibatkan nyawaku, aku relakan nyawa ku menjadi ganti kepada kehidupan ibuku.”
Khairul menjadi semakin tidak bersemangat untuk meneruskan hidupnya ini. Naik cuti sekolah, ramai guru dan juga rakan-rakannya mengucapkan salam takziah kepada Khairul. Walaupun Khairul menerima ucapan tersebut dengan hati yang tenang, tetapi setiap ucapan tersebut membuatkan hati Khairul lagi terluka. Boleh dikatakan Khairul telah pun kehilangan semangatnya. Bagi Khairul, semangat yang ada padanya selama ini berpunca daripada semangat Mak Jah. Apabila Mak Jah pergi, maka semangat tersebut pergi buat selama-lamanya dari diri Khairul.

Bersambung......................

Monday, November 06, 2006

My lecturers

Sepanjang aku berada di KMPh, banyak dugaan dan cabaran yang telah aku lalui. Alhamdulillah, para lecturer semuanya baik-baik dan sporting. Hari ni, aku nak memperkenalkan beberapa orang lecturer yang mengajar aku sepanjang semester 1. Jasa mereka akan dikenang sampai ke akhir hayat.




Mohd. Sabri bin Jusoh (Pengarah KMPh)

Pn. Noorlida bte Hashim (Lecturer biologi)

Pn. Norbaiti bte Edrus (Lecturer biologi)

Pn. Rusydah bte Usry (Lecturer Math)

Cik Tuan Fatimatul Zahara bte Tuan Ismail (Lecturer kimia)

Pn. Noorwahyuni bte Mohd. Nadzri (Lecturer Kimia)



Friday, November 03, 2006

Dah abis....

Alhamdulillah, akhirnya tanggal 3/11/2006 tamatlah sudah kehidupan aku sebagai pelajar matrikulasi semester 1. Hari ni merupakan hari terakhir periksa PSPM kat sini dan jugak kat seluruh matrikulasi yg lain. Setelah mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang minggu ni, akhirnya aku berjaya jugak mengharungi peperiksaan akhir semester ini. Hari ni kolej aku ada buat jamuan hari raya. So, memang berbaloi la bagi mereka untuk menyediakan makanan untuk kitaorang semua selepas penat berjuang di dalam dewan peperiksaan yang sengal tu. Anyway, hari ni ramai budak balik ke rumah, tapi aku akan balik esok. Dah la ahad ni nak ke kl, mesti penat giler aku. Selamat aku ada lemak yang mampu membekalkan tenaga kepada aku. Apa khabar korang semua, pelajar matrikulasi KPM? Camna exam korang? Aku harap korang semua ok la. Dan, apa khabar jugak kepada para pelajar yang berada di luar negara? Diharapkan agar korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Kepada saudara Yusri, mesti best kan duduk kat negara orang. Aku dah nengok dah video yang kau buat tu. Tahniah kerana video kau mendapat liputan di Singapura. Aku harap moga kau berjaya di sana. Ok la, aku ada hal ni. Biasa la, cameara man KMPh la katakan, sibuk ni. Ok, korang semua bahagia selalu. Chow.

Monday, October 02, 2006

Selamat berpuasa

Apa khabar semua? Sudah hampir sebulan aku tak memblogging. Biasa la, sibuk je memanjang. Pada hari ini, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa di dalam bulan Ramadhan yang mulia, walaupun dah agak terlewat sedikit. So, selamat berpose! Jgan ponteng sudah la ye!!!

Sunday, September 03, 2006

Kisah Hidup Seorang Remaja Bernama Khairul - Episod 11

Jam hampir menunjukkan pukul 9.05 pm. Hati Khairul menjadi tidak menentu. Dia risau akan keadaan kedua orang tuanya yang masih lagi belum pulang ke rumah. Telefon bimbit kepunyaan Pak Mail tidak diangkat. Sudah 5 kali nombor telefon bimbit Pak Mail didail, tetapi masih lagi tiada jawapan. Khairul hanya mampu untuk menunggu.

Tiba-tiba, Khairul terdengar derapan bunti kereta Pak Mail. Khairul segera bergegas ke luar rumah untuk menyambut kepulangan mereka berdua. Sementara menunggu ayahnya meletakkan kereta di bawah garaj, dia ternampak wajah ibunya yang sangat pucat di dalam kereta. Khairul yang menjadi panik secara tiba-tiba meluru ke arah kereta proton wira aeroback berwarna biru Pak Mail lantas membuka pintu bahagian Mak Jah.

“Mak tak apa-apa ke??!!!” tanya Khairul
“Ptg tadi mak kau semput sampai tak leh nak nafas. Tu yang ayah bawak mak kau gi hospital tadi” balas Pak Mail
“Meh sini Khairul pimpin mak masuk dalam rumah” kata Khairul

Khairul yang memang terkenal dengan sikapnya yang taat akan kedua ibu bapanya terus memimpin Mak Jah ke dalam rumah dan sekaligus ke dalam bilik. Setelah memastikan maknya tidur, Khairul dengan Pak Mail pun beredar keluar ke ruang tamu.

“Macam mana mak boleh semput sampai teruk macam ni?” tanya Khairul
“Entah la. Pada asalnya mak kau mengadu tak sedap badan. Pas tu, ayah dapati dia semput. Nasib baik ayah nampak. Tu yg straight pergi hospital tu. Doktor kata angain dalam badan mak kau tak lepas” balas Pak Mail
“Angin tak lepas? Mmmm, selalunya mak takde pulak masalah dalm bab angin ni.” kata Khairul
“Kita tak dapat nak jangkakan apa yang akan berlaku. So, lepas ni kita kena kerap tengok mak kau kat rumah. Kalau Khai abis kelas awal, balik la cepat. Jangan mereweng pegi mane-mane. Jaga mak.” kata ayahnya
“Baiklah” balas Khairul

Pada keesokkan harinya, Khairul pergi ke sekolah seperti biasa. Namun, fikirannya tidak dapat sesekali melupakan keadaan maknya di rumah. Tapi, apa boleh buat, dia masih lagi seorang pelajar dan masih lagi mempunyai tanggungjawab untuk menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi.

................................

Sebulan telah pun berlalu, hari ni sekolah cuti disebabkan perayaan Tahun Baru Cina. Khairul pada waktu cuti ini, tidak keluar ke mana-mana memandangkan Mak Jah yang kurang sihat disamping kakak-kakaknya yang pulang bercuti sambil membawa 2 orang kawan mereka. Pada hari itu, iaitu 9 Februari 2005, Khairul beramah mesra dengan kakak-kakaknya, iaitu along dan an. Pada petang itu, Khairul bercadang untuk membuat pau kaya. Dengan adanya bantuan mesin pembuat roti atau ‘bread maker’, segala-galanya menjadi senang.

“Mak, nanti tolong Khairul buat pau.” pinta Khairul
“Emm, Khairul nak pau sempena Awal Muharram ke?” tanya Mak Jah
“A’ah. Nnt, lps ayah balik dari masjid nnt, boleh kita makan bersama-sama.”
“Baiklah, petang karang mak ajar cara nak buat pau. Tapi nanti Khairul gunakan la mesin buat roti tu untuk buat bancuhan doh pau.” balas Mak Jah
“OK!”

Seperti yang telah dijanjikan, Mak Jah pun mengajar serta menolong Khairul membuat kuih pau. Masuk sahaja azan Maghrib, Mak Jah pergi ke bilik air untuk mengangkat wudu’ memandangkan 1 Muharram sudah menjelma. Terlalu lama Mak Jah dalm air, tetapi tidak keluar-keluar juga.

“Khairul!!! Meh sini jap.” jerit Mak Jah dari bilik air

Khairul yang mendengar jeritan itu bergegas ke bilik air.

“Ada apa mak?” tanya Khairul
“Ambik surat khabar. Mak panas!” balas Mak Jah

Tanpa banyak bicara, Khairul mengambil surat khabar lalu mengipas ke arah Mak Jah. Hampir ½ jam Mak Jah berada dalm bilik itu, kepanasan. Khairul mengambil inisiatif untuk memanggil kakaknya untuk memimpin Mak Jah ke bilik. Di dalm bilik, along dengan an mengambil alih tugas Khairul. Mereka menenangkan Mak Jah. An memberi air minum yang telah dibacakan dengan selawat syifa’, malangnya dimuntahkan oleh Mak Jah. Tanpa banya bicara, An terus men’tawasul’kan air tersebut. Akhirnya Mak Jah minum air tersebut.

“Mak dah ok ke?” tanya Khairul
“Mak dah ok dah” balas Mak Jah

Berpuas hati dengan jawapan maknya, Khairul dan juga along keluar dari bilik. Tinggal la Mak Jah dan juga An berdua di dalam bilik itu. Khairul menyambung semula membuat pau manakala along menyambung semula kerjanya.

An memanggil Khairul. Dia terus meluru masuk ke dalm bilik Mak Jah. Didapati maknya semput kembali. An dan juga Khairul memimpin Mak Jah ke atas katil. Di tanya Mak Jah sama ada hendak pergi ke hospital atau tidak. Jawapan Mak Jah adalah

“YA”

Khairul berasa terkejut dengan jawapan tersebut. Khairul faham benar dengan perangai maknya. Walaupun sakit, maknya takkan pergi ke hospital kecuali dipaksa oleh Pak Mail. Tetapi, pada malam itu, Mak Jah dengan sukarelanya hendak pergi ke hospital. Sedang along mendail nombor hospital, Pak Mail pulang daripada masjid. Khairul segera memanggil ayahnya. Pak Mail membaringkan Mak Jah di atas katil.

“Jah, sabar jah. Bawa mengucap” balas Pak Mail

Khairul tidak dapat menafsirkan peristiwa yang berlaku di hadapan matanya. Mengapa ayahnya menuruh maknya mengucap? Mengapa????

Khairul memandang mata ibunya. Mata Mak Jah melilau ke sana ke sini seolah-olah mencari sesuatu. Pak Mail mennagkan Mak Jah. An pun berada di sisi kiri Mak Jah lalu membisikkan sesuatu ke teling Mak Jah. Perbuatan itu juga diikuti oleh Pak Mail.

“Ash.....ha..du...allah......illa” Pak Mail berbisik ke telinga Mak Jah

Sejurus selepas itu, mata Mak Jah terkatup secara perlahan. Pada saat dan ketika itu, Pak Mail mengatakan sesuatu yang bakal merubah Khairul.

“Nak, mak kau dah takde nak. Sabar ye semua. Mak korang dah takde.....” kata Pak Mail

Khairul seolah-olah merasakan seperti petir menyambarnya. khairul tidak percaya akan peristiwa tersebut dan juga kata-kata yang diucapkan oleh Pak Mail. Sambil menangis, Khairul memeriksa maknya, mana tahu kalau-kalau maknya hanya pengsan sahaja.

“MAK....MAK!!! BANGUN. JANGAN BUAT KHAIRUL MACAM NI!!!!!!!!”

Khairul memeriksa nadi dan degupan jantung ibunya. Senyap. Khairul tidak dapt berkata apa-apa lagi. Khairul tidak mampu untuk mengucapkan sepatah kata pada malam itu. Mulutnya tidak mampu untuk membaca surah yassin yang dihulurkan oleh ayahnya. Khairul memberikan yassin itu kepada alang yang baru sampai lantas berlari ke luar rumah dan bersembunyi di tepi rumah.

Bersambung...................

Saturday, September 02, 2006

KAKOM 2006

Hai. Hari tu aku ada ckp nak tunjukkan gambar KAKOM yang berlangsung kat KMPh kan? Well, enjoy the pics taken by me and my friends....


KAKOM 2006 DI BUMI TOK GAJAH























LAGU RASMI KAKOM

Berhimpun pelajar Matrikulasi

Karnival Kokurikulum dirayakan

Ceria suasana penuh kegemilangan

Matrikulasi KPM seluruh negara

Setiap kali kita bertemu

KAKOM mengerat persaudaraan

Pelbagai acara dilalui

Menjalin semangat pertandingan

Kalah menang bukan ukuran

Sanggup berjuang lebih utama

Bakat baru dan yang ada

Cekal menempuh cabaran

Karnival Kokurikulum Matrikulasi

Menyemai nilai-nilai murni

Menyemarak, melahirkan kempimpinan

Cekap, kreatif sentiasa

Matrikulasi punya wawasan

Penjana Bumiputera pengajian tinggi

Membina insan berakhlak mulia

Harapan bangsa mencapai cita

Lagu ciptaan : BAKHTIAR MOHD SALLEH

LIRIK : ATI











Thursday, August 31, 2006

MERDEKA!!!!!

MERDEKA!!!! Itu la dia laungan keramat yang pernah dilaungkan oleh almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-haj. Perkataan merdeka inlah yang menyebabkan kita terbebas daripada cengkaman belenggu penjajah yang korup. Kita sebagai generasi muda zaman sekarang perlulah, atau haruslah menghargai penrjuangan mereka ini. Kita perlulah sentiasa ingat begaimana mereka bersusah payah cuba untuk mendapatkan kemerdekaan drp pihak British. Jadi, kita perlulah sentiasa memelihara kemerdekaan ini drp dirampas oleh pihak luar. Akhir kata, marilah kita sama-sama bersatu padu dan berusaha dalam memelihara kemerdekaan ini. Janganlah kita menjadi 'musuh dalam selimut' dan janganlah kita terlalu mengikut budaya barat yang kini kian menular di kalangan anak muda kita, terutamanya di kalangan anak Melayu sendiri, yang tidak lama lagi akan memegang tampuk pemerintahan negara ini. Adakah kita ingin melihat anak muda kita, terutamanya anak Melayu kita drp jatuh ke tangan penghambaan pihak luar? Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh warga muda di luar sana, janganlah terpengaruh dengan budaya barat yang korup itu. Ingatlah kerana kita yang akan menentukan masa depan Malaysia. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI MERDEKA kepada seluruh warga Malaysia, terutamanya kepada kawan-kawanku semasa SMKTP dan juga KMPh. Sekian.........


Gambar Ambang Merdeka KMPh semalam.