Sunday, November 27, 2005

3 more to go!!

A'skum dan good morning to everyone out there. It has been a long time for me not to update my blog. Since I have the chance, better I do it now. Anyway, I just want to say that SPM is hard! True, I had never ever experienced this for a long time. I was scared, hopeless to gain all As' in SPM. So far, I had taken 9/12 and next week is the last exam week for me. I will face by next week chemistry, biology and EST. After that, I free! From my experience after taking 9 subjects, I found out that some of them were hard while some of them were easy. The hard and difficult one for me is add math, the easiest are history and english, while the rest of them are 50:50. I can't wait to finish off this exam, because it excite me. Sebenarnya sekarang ni rumah sebelah aku ni tgh buat majlis perkahwinan anak perempuan dia. Tu yg bising sangat ni. Tapi, sebenarnya aku berharap sangat supaya masa dapat berputar semula. Entah, aku pun tak tau pasal aku nak sangat kembali ke masa silam, di mana segala kenangan manisku berada di sana. Kalaulah aku boleh cipta mesin yang boleh bawa aku ke silam, pasti aku dah gunakannya. Bagi sesipa yang dah tau, ayah aku akan berkahwin dengan seorang perempuan yang 10 tahun lebih muda daripadanya. Aku nak tanya pendapat korang, kalau ayah korang kahwin pada tahun yang sama mak korang meninggal, apa perasaan korang semua? Kalau tanya kat aku, sudah tentu aku akan cakap tak best. Aku ni bukannya nak menghalang hasratnya untuk berkahwin lagi, lagipun aku pun paham apa yang dimaksudkan dengan kesunyian kerana aku dah pun menghadapinya. Tapi, tak boleh ke tunggu lama sikit? Mungkin tahun depan ke? Pasal nak tahun ni jugak? Sebab nilah yang buat aku tak senang nak cakap dengan ayah aku. Sebab ni jugaklah yang menyebabkan aku jarang nak ambil tahu hal dia serta bersembang dengannya. Selama ni aku tak pernah pun dapat menghayati konsep kasih sayang di antara bapa dan anak. Walaupun dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa, tapi seumur hidup aku, aku tak pernah dapat merasai kehangatan kasih sayang di antara aku ngan ayah aku. Aku ni lebih rapat dengan mak aku. Semua gambar aku tidak pernah terlepas daripada berada atau berhampiran dengan mak aku. Aku selalu sangkakan dengan meninggalnya arwah mak aku, mungkin hubungan di antara aku denagn ayah aku akan lebih rapat. Tapi, selepasa ayah aku ambil keputusan untuk berkahwin lagi, harapan yang tinggi menggunung tu kemudiannya runtuh bagaikan istana pasir yang takkan bertahan lama. Perasaan ni aku dah pendam buat jangka masa yang agak lama dan biarlah hari ni aku meluahkannya. Jadi, aku harap supaya semua orang kat sekolah yang selalu ucap tahniah kat aku dan bergembira untuk aku, aku nasihatkan jangan kerana perkahwinan ini bukan sahaja buat aku tak sedap hati, malah mengguris perasaan aku.

Saturday, November 12, 2005

KAbare.

A'kum semua!
Dah sebulan aku tak blogging. Rase lama giler la. Yelah, dgn trial examnya, dan baru2 ini the real exam at last, the SPM 05. Minggu ni aku dah jawab paper arab dgn syariah. minggu depan pulak aku ada paper bm, sj, bi, fz, dan pqs. Ni pun aku rasa macam malas je nak baca buku. Nak kata aku tau semuanya, taklah tau sgt. Tapi tulah, perasaan malas tu sekarang tengah menyelubungi diriku ini. Mungkin esok pagi aku mula belajar balik. Anyway, aku rasa tak terlambat kalau aku mengucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN serta tak lupa kpd sahabat kita beragama Hindu, HAPPY DEEPAVALI. Okeylah, aku malas nak tulis panjang2 sbb dah malam ni, so aku berharap supaya semua orang di sana, terutama para sahabatku yang sedang berjuang untuk SPM 05, good luck to all of you and hopefully we'll get a flying colour result. Bye!!