Wednesday, August 31, 2005

MERDEKA! MERDEKA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Satu laungan yang cukup bermakna dalam sejarah negara kita. Kali pertama laungan ini kedengaran di telinga kita ialah pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka. Tunku Abdul Rahman al-Haj yang pada masa itu merupakan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama telah berjaya membebaskan negara daripada cengkaman para penjajah keparat melalui jalan perdamaian. Walaupun peristiwa itu sudahpun berlalu selama 48 tahun, terasa segar lagi di fikiran akan suasana yang begitu gilang-gemilang pada masa itu. Namun, walaupun negara telah merdeka tetapi cara pemikiran dan gaya hidup masyarakat kita masih lagi terbelenggu dengan budaya Barat. Cara pakaian dan gaya hidup yang terlalu bebas semuanya masih lagi terikut-ikut dengan budaya Barat. Aku pun tak tahu sampai bilalah orang-orang kita nak berubah. Laungan merdeka dan berjuta-juta kali dilaungkan, tetapi adakah kita telah merdeka sepenuhnya????? Tepuk dada, tanya selera.



Takwim Peperiksaan Tahun 2005Lembaga Peperiksaan Malaysia
PEPERIKSAAN
TARIKH

UPSR(Ujian Pencapaian Sekolah Rendah)
5 September - 7 September

PMR(Penilaian Menengah Rendah)
3, 5, 6, 10 dan 11 Oktober

SPM(Sijil Pelajaran Malaysia)
Sidang Merancang,
19 September - 20 September
Amali,
Mulai 26 September
Teknologi Maklumat,
10 Oktober - 13 Oktober
Ujian Bertulis,
3 November - 30 November




Tuesday, August 23, 2005

Convocation kak dila!

As'kum, lama tak blogging. Biasalah dekat nak akhir tahun ni memang sibuk memanjang sampai lupa nak blog in. Sekarang ni aku tengah suffer giler! Yelah mana taknya semalam aku atas desakan dak angah pegi ke hospital Jasin untuk menerima rawatan bagi cagu aku yang telah lama aku simpan, about 5 TAHUN! Jgn terkejut pulak. aku tak sanggup nak nengok doktor tu buang kuku aku yang telah masuk sampai ke daging tu. First time rasa sakit jugak, tapi setelah dibius sebanyak 4 kali injection, semuanya macam biasa. aku sempat berborak dengan doktor tu. Around 10 min, semuanya telah pun tamat. Bila aku nengok balik kuku yang kena buang tu, aku rasa scarry jugaklah! mungkin esok kot pembalut ni akan dibuka ntuk dicuci. Well, that's all about my frigged foot. Now, back to the main point. Aku nak cite sikit tentang convo kak dila aku yang berlangsung pada hari ahad lepas. So, aku, ayah, baid, dan kak suhaila berangkat ke KL pada petang sabtu, iaitu setelah semuanya settle. Kitaorang sampai around 7-8 pm kat rumah sewa along dan kak dila. Malam tu, kitaorang sambut birthday dak along yang ke-31 (birthday dia actually 21/8, tapi saje sambut awal sikit!). Dak along dengan pantasnya memesan domino's pizza sebanyak 6 keping (ada kupon, boleh la!). Pas tu dak baid pulak belanja kek cokelat (pas ni gemuk la aku!!). kitaorang pun apa lagi bedal la semua yang ada di depan mata kiotaorang, ditambahlan lagi dengan keragaman dan kenakalan dak piah dimana dia dengan kluarganya telah sampai sehari lebih awal drp kitaorang. Pas makan, kitaorang pun berehat (bahasa lain, tido!). Esok harinya, kak dila dengan semangatnya bersiap siaga untuk ke majlis convo. Dalam pukul 12 pm, aku, along, ayah dan kak dila pun betolak ke UIA. Yang lain pgi lambat sikit sebab diorang tak boleh masuk k dalm dewan, hanya aku dan ayah je yang boleh masuk ke dalam dewan. Dalam dewan, aku berasa kagum dan takjub sekali dimana semasa perarakan masuk graduates dan juga para VIP, alunan nasyid didendangkan mengiringi mereka. Nasyid tersebut sungguh merdu dan menyayat hati. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh tetamu jemputan, iaitu orang Libya, then ucapan drp Reaktor UIA, Dr. Kamal Hassan. Kemudian majlis convocation dimulakan dengan arkitek, then engin, it dan akhir sekali account. kak dila dia ambil bidang account. Sebelum majlis tamat, ucapan drp wakil pelajar didahulukan dimana ucapan beliau sungguh menyayat hati dan menyentuh jiwa. Setelah ucapan perasmian tutup oleh tetamu kehormat, majlis convocation pun tamat. Keluar drp dewan, kitaorang sekeluarga berkumpul di taman engin yang berdekatan. Di situlah kitaorang dengan sakannya bergambar dan bermesra dengan kak dila. Well, sampai di situ sahaja yang mampu aku citekan. Once again, congratulation to kak dila for graduating from UIA. Bye!

Sunday, August 07, 2005

Wrap up AF3.

Alhamdulillah, segala-galanya telah pun tamat. Semalam, AF3 dah pun tamat dah akhirnya, Mawi telah dinobatkan sebagai juara AF3 semalam. Aku target mesti ramai yang suka, terutamanya kaum Hawa akan kemenangan yang dicapai oleh si Mawi semalam. Tapi, pada pendapat aku, Amylea yang sepatutnya menjadi juara semalam, bukannya si Mawi kepala botak tu. Walaupun aku tahu ramai yg akan marah kat aku, tapi supposedly Amylea yg layak menggondol wang tunai RM20,000 denag kereta tu. Aku pun kadang2 tak paham mentaliti orang kita zaman sekarang. Peserta yg bagus tak diundinya, tapi yang sebaliknya. Aku cadangkan kepada pihak tertentu yang organise pertandingan2 seumpama ini supaya sistem yang lama digunapakai semula. Kalau pemenangnya ditentukan oleh para penonton yang majoritinya tidak begitu arif dalam bidang2 sebegini, aku dapat lihat masa depan yang gelap di dalam sesuatu industri. Cuba kita lihat contoh yang lebih dekat la, industri muzik tanah air kita. Jika dibandingkan dengan penyanyi zaman sekarang dengan zaman dahulu, diibaratkan langit dengan bumi, jauh sekali perbezaan yang terdapat di antara mereka. Aku tahu ramai yg akan mengatakan bahawa ternd muzik zaman sekarang tidak sama dengan trend muzik zaman dahulu. Namun, janganlah kita sesekali membandingkan trend muzik masa kini dengan masa dahulu. Bagi saya, trend muzik tidak ada kena mengena dengan kualiti suara para penyanyi. My personal opinion, kita hanya melahirkan bintang dari sudut kuatiti, bukannya kualiti. Cuba kita lihat penyanyi terkenal tanah air kita, Siti Nurhaliza, dan cuba bandingkan dengan artis2 yang dilahirkan selepasnya, seperti Siti Sarah. Ada beza tak dari segi pencapaian mereka? Sekarang ni nama Siti Sarah pun aku dah lama tak dengar namun, nama Siti Nurhaliza masih lagi diperkatakan sampai sekarang. Bukankah ini telah membuktikan betapa jauhnya pencapaian mereka berdua? Lagipun ramai orang mengudi bukannya atas sebab talent, tapi sebab rupa fizikal diorang je. Oleh itu, aku harap sangat la, demi kepentingan dan keselamatan industri muzik tanah air, aku cadangkan agar sistem juri 100% peratus dapat digunakan semula. Janganlah kita sesekali menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan membiarkan orang2 kita menentukan juara @ bakal bintang negara kita yang tidak berkualiti. walaupun zaman dah berubah, tapi jangan sesekali dibiarkan perkara ini menjahanamkan industri2 dalam negara kita, terutamanya industri muzik. Harap dipertimbangkan. Sekian.