Friday, June 17, 2005

Luahan hati!

selama aku sekolah kat sana selama 5 tahun, ni kali pertama aku rasa begitu stress sekali. kenapa? aku pun sendiri tak tahu. tapi mungkin stress ni dtg kerana kerja dan prestasi dan tidak lupa juga benda2 lain yg menyakitkan hati. bulan ni memang bulan yg paling sengal buat aku. keputusan telah berada di tangan dan alhamdulillah aku hanya dapat 5A sahaja dan banyak B3 dan B4. tapi yg membuat keputusan aku tu cacat adalah result add math yg memang aku jangkakan fail tapi taklah sampai dapat 38% je! ni dah serius ni. memang aku tak dapat nak nafikan bahawa aku memang kurang buat latihan math dan perkara ni memang dah menjadi kebiasaan aku pada setiap tahun. bagi aku, math merupakan suatu perencat yg akan sentiasa merencatkan segala-galanya. aku memang dah cuba untuk naikkan markah math ni tapi tu la hasil yg aku dapat, 38% je. mungkin aku ni memang ada badi fail math kot! tapi, perkara tu dan lepas dan aku nak cuba sekali lagi dalam trial kali ni yang akan dijalankan pada bulan 8 ni nanti. sekarang ni aku masih lagi sibuk dgn persiapan sambutan hari guru yg dijangkakan berlangsung pada hari rabu depan (22/6/2005). memang minggu ni aku nak tumpukan perhatian pada pembelajaran, tapi atas dasar kesibukan dan kekangan masa, aku hanya dapt meluangkan masa aku untuk study sekejap je. tapi hal tu aku tak tensi sgt, yg menyebabkan aku tensi adalah suara2 yg melemahkan semangat. aku pun tahu hari guru dah sebulan berlalu, tapi sekolah kami masih tak dapat nak adakan sambutan hari guru kerana peperiksaan pertengahan tahun serta pengetua kami yang sakit (semoga cepat balik ke sekolah ye!). Anyway, that's not the problem! walaupunbegitu, badan pengawas serta para pelajar yg berkenaan telah bertungkus- lumus untuk mengadakan satu majlis sambutan hari guru yg happening giler punye! segala perancangan yg kami buat selama ni hampir kepada matlamt kami. tapi yg tak bestnya adalah cikgu2 ni yg selalu je ckp, "hari guru dah basi dah". ayat ni memang melemahkan semangat aku (orang lain tak tau pulak) dan aku cuba menenangkan hati aku yg asyik nak bangkang je cakap diorang tu. karang kalau bangkang pulak tak berkat pulak ilmu yg aku terima, boleh fail spm aku. kami dah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan majlis ni, yg kami harapkan drp pihak guru adalah sokongan dan kata-kata perangsang yg dapat menaikkan semangat kami yg memang sentiasa bersemangat hendak menjalankan program ni. kami pun turut paham akan masalah2 yg dihadapi oleh cikgu2 sekalian seperti masa yg singkat untuk mengajar, syllabus yg belum habis lagi diajar, kursus2 yg perlu dihadiri, dan tarikh peperiksaan yg kian hampir. saya memahami perasaan dan tanggungjawab yg dihadapi oleh guru2 sekalian kerana arwah mak saya dulu pun seorang guru juga dan saya sentiasa memahami bagaimana perasaannya semasa menjadi seorang guru sebelum ini. kalau diikutkan saya dah wujud kat sekolah tersebut sejak tahun 1988 lagi, semasa saya masih lagi berada dalam perut ibu saya. Saya seolah-olah dapat mengetahui serba sedikit tentang keadaan sekolah tersebut dan sewaktu saya sekolah rendah lagi saya dah biasa dgn persekitaran di sana. saya bukannya nak menderhaka pada guru2 sekalian, tapi saya merayu pada anda semua, tolonglah jgn patahkan semangat kami yg sentiasa berkobar-kobar dlm menjayakan suatu majlis. kami telah lama rancangkan perkara ini, sejak drp bulan 4 lagi kami dah mula berbincang tentang perkara ini. hanya yg kami harapkan adalah sokongan disertai dgn doa drp cikgu2 sekalian. saya rasa hanya ini sahaja yg saya nak luahkan pada malam ini. sebenarnya, hari ini saya dan beberapa orang teman saya yg sama jawatan dgn saya telah mula berasa tidak sedap hati dan takde semangat nak melakukan perkara ini lagi. kami bukan nak apa pun, cuma sokongan dan sekurang-kurangnya satu perkataan selain basi yg boleh kami dengar pada kemudian hari. walaupun ramai cikgu yg takde masa sambutan hari depan, tapi kami berharap semoga majlis ini dapat dijayakan dengan gilang-gemilangnya. sekian

SPIRIT
at this moment,
I was happy and cheerful,
cherish with the people around me,
that makes me so precious,
until the rest of my life.
but now,
my heart has broken,
like a glass which is broken,
underestimate my handicap,
that could not be repair.
I had try my best,
but that's not enough,
must I struggle more,
to survive on this ruthless world,
within the law of jungle,
the weak shall perish,
the strong shall win,
I'm not a strong person,
my spirit has been taken away,
I am hopeless,
I am blind,
I am who I am,
full of weakness,
nothing less than an ordinary kid.
but hear this,
my spirit shall be awaken,
I shall rise one day,
defeating my enemies,
but I don't know,
when, where or how,
but I believe,
someday I will arise,
like a sun with a great flare,
of justice and well being.
mercy me dear Allah,
after all you have taken from me,
help me,
guide me,
to find the path of light,
and to avoid the shadow of darkness,
that keep crawling,
over my back.
p/s : sajak ni bukannya untuk cikgu2 sekalian, tapi untuk sesetengah pelajar yg telah menyakiti hati saya pada minggu ini (from my class).

Saturday, June 11, 2005

The end of my joyful weeks!

tomorrow is the last day for me to have fun and joy 'cause I will be back to school on Monday (ye!ye!ye!ye! @ whoa!!!!!!!!!!!!!). takpe la lagipun apa kita boleh buat, dah kita ni standard student, so our duty is to learn, learn, and learn. tahun ni rasa cuak pulak nak hadapi spm, tak tau la pasai apa boleh gementar cam ni. tahun 2003 dulu tak le rasa cuak sangat, rasa cool je, mungkin kali ni pekse spm kot, bkn lagi pekse pmr. naik je sekolah sure sibuk giler la sebab nak adakan hari guru peringkat sekolah la pulak! aku punya powerpoint pulak belum siap lagi, around 12% only, baki lagi 88% pulak dalam proses peng'edit'an dan gambar pulak ada lagi yg belum ambik. Mcm2 keje yg aku kena buat naik sekolah ni nanti, dgn hati yg berdebar2 nak terima markah peperiksaan pertengahan tahun terutamanya add math yg aku memang sengal sikit dan jugak fizik serta kimia dan tak lupa bm! aku tanya kawan2 aku kat kesang terutamanya dak wan hassan dan dia cakap kimia yg paling susah serta add math! budak muzaffar shah yg terkenal dgn kepandaian yg melampau pun ckp yg sama jugak, add math. terbukti bahawa kertas add math memang susah dan sesiapa yg buat soalan add math kali ni memang kijam! nak menangis masa jawab kertas tu. Anyway, semuanya dah lepas dan hanya keputusan yg menanti dan tidak dilupakan jugak 'roti panjang' yg sentiasa menunggu mangsanya. sebenarnya aku tengah nengok afundi kat tv ni. aku sedar walaupun pekse dah around the corner, yet I still want to entertain myself, it's just like we can't be apart. kadang2 bila tengok gambar keluarga aku, aku rasa sunyi, senyap dan muram walaupun gambar tu menunjukkan ekspresi yg ceria, seolah-olah pemergian arwah mak membawa hampir kesemua kenangan manis kami bersama dan sekaligus menghanyutkan segala kegembiraan yg telah dinikmati bersama. rumah ni pun dah tak macam dulu lagi dah. kalau dulu burung murai bising je dgn suaranya dan yg melayannya adalah mak. kadang2 masa sarapan dgn mak, mak selalu bercakap dgn burung murai seolah-olah mak macam paham je apa yg dikatakan. aku tanya, mak paham ke cakap burung tu? arwah mak balas, burung murai tu walaupun haiwan tapi dia masih makhluk Allah dan mungkin dia paham apa yg kita cakapkan. sampai sekarang aku takkan lupakan kata2 tu. masa tu memang kitaorang berdua je kat rumah. masing2 sibuk dgn tugas harian, aku pulak berdua dgn mak sambil makan roti dgn kaya serta air teh. dah 2 tahun perkara ni berlalu, tapi bila diingatkan semula, terasa macam baru berlaku semalam. tapi apakah daya, Allah lebih menyayanginya. ok la, nak nengok jugak perkembangan afundi ni. SEE YOU!

Tuesday, June 07, 2005

Friends!

friends. i know many of us will surely know the meaning of this word. but how far do you know about your friends? that is a question that we must answer it by ourselves. sometimes we assume that friends are better than our own family. sometimes people usually express their feeling towards their friends. why? why friends? aren't our family better than them? i'm also sometimes didn't understand why we must have friends in this world. for me, i define friends as a group of people who always be there for us, our ups and downs and our happiness. but, friends nowadays are worse than before. why i said this? coz when you in sadness, they usually abandon us and leave us alone, but when we achive victory or hapiness, they wil be there to celebrate our joy and fun. is this kind of friends that we need in our life? NO! when i was in form three, fresh in my mind at that moment i don't have lots of friend. i usually hid myself behind the shadow that crawl from my back. i'm not that kind of socialize people. i do something on my own, think something on my own, and even deny everything on my own especially when discussing history test paper. but lucky me i have some friends who i can trust, for example farra, p-dah, sobree, amry, radhi, hasif, and someone from the past. they are my friends, who always be there, although they always ignore me for another. but, someone from the past is my best friend of all. that person always look after me, give me lots of advice and even help me in solving my critical problem, math. that person is a true friend. that person is the good example of friend that we need now! we don't need friend that will drag us to the valley of darkness, but will lead us to the path of light. i sometimes also think are my friends being nice to me sincerely or they just want something from me? in form five, i have new incoming friends that sometimes too innocent, too radical, too horrible, too smart, and too this and too that. but i can't deny that they also have a high level of etiquette and i respect them just i respect the person from the past. thanks to them i had regained my self-confidence to be friend with. but, the question still remain in my head. are friends needed in our life?

Friday, June 03, 2005

Selamat bertemu kembali!

Lama tul tak blog, rasa mcm pelik pulak bila blogging ni. Anyway, banayk perkara yang dh berlaku dalam masa beberapa minggu ni. 27/5 merupakan hari yang paling best sekali bagi bebudak sekolah kerana pada hari inlah sekolah akan berakhir bagi memberi laluan kepada cuti semester pertama. tapi hari ni merupakan hari yg paling tak best sekali dalam sejarah f5 dan f3 kerana pada hari ini sehinggalah hari ahad ada PKA (Program Kecemerlangan Akedemik) yg memaksa budak luar tinggal dan berkampung di asrama selama 3 hari 2 malam. Walaubagimanapun, demi kecemerlangan yang berterusan kami menguatkan semangat kami untuk menghadiri program ini yang telah dianggap sebagai satu program wajib bagi SMKTP. pejam celik pejam celik dah habis program tu pada hari ahad. suka tul hati aku time tu, macam dilanda ombak tsunami la pulak! Tapi best lagi sesetengah budak yang akan menghadiri rombongan ke utara nun jauh di sana! drp hari ahad sampai hari khamis baru rombongan itu berangkat pulang. aku contact dak izzati dan tanya dia tentang tempat penginapan, lawatan ke mana dan mcm2 lagi sampai nak habis kredit dak zati aku kerjakan.tapi, aku tak dapat nak pergi sebab banyak keje yg perlu disettlekan, terutamanya untuk hari guru yang akan dijalankan naik cuti sekolah ini nanti. Sengal aku buat powerpoint ni sampai demam aku dibuatnya (kejap je!). But, work is work and there's no way we can skip our work right! rombongan tu ditanggung oleh Yayasan Al-bukhary dan budak2 ni tidur pun kat yayasan bukhary. Tenkiu uncle bukhary for your generousity. may Allah bless you for your kindness and your big heart. Anyway, aku harap bebudak tu dah puas enjoy dan bergonjeng di utara sana tu. harap2 adalah buah tangan untuk aku yang keseorangan di bumi Melaka ini selama 5 hari ye! ahad ni ayah aku nak buat kenduri sikit, kalau2 korang rasa lapor malam ahad tu, jgn la segan2 pulak, dtg je ke umah aku , kalau korang bernasib baik, ada la saki baki makanan untuk korang. Ok la, aku nak meneruskan perjuangan aku selepas ni, bukan buat keje, tapi main game la. game jedi aku tu masih tak habis2 lagi, biasa la kan, I'm a very busy man/teen. Ok, until we see you again dear student of 5A1 on monday and tuesday next week for bio class. Bye!


Can you guess which is me? the blue, the green or the white?