Friday, April 29, 2005

Happy-go-lucky

A'skum dan selamat malam kpd para tenet yg berada di luar sana. rasa dah lama tak blog in ni, asyik fokus pada blog kelas je (for your information my class have our own blog). so, time ni la aku nak blog sambil buat research sikit tentang cara2 nak buat roket ni. sepatutnya aku tak terlibat dlm ini gambar, tapi oleh kerana tarikh pertandingan ni sama dgn tarikh olympiad matematik, maka yus dan mazu yg supposely terlibat terpaksa diganti dgn aku dan sobre. So, aku, g-jan dan sobre has became one team in this competition. Aku pun sebenarnya risau jugak nak masuk competition ni sebab nak kata aku pandai, tak le pandai benar compare to yus and marzuki, not so creative but I still don't get it why yus ask mr.sazali to pick me as his replacement. Is there anything inside me that makes them pick me? I'm so confuse right now! but by hook or by crook, i've to accept the offer. Maybe there is something behind the scene. Maybe Allah wants me to learn something from this competition or between it. Anyway, enough about that. let talk about something else that is lighter than that. Hari ni bebudak asrama balik rumah sebab isnin cuti sempena hari pekerja. malangnya, bagi aku, cuti ni tak bermakna sebab 10/5 ni dah start dah peperiksaan selaras negeri Melaka. So, all question papers made by the state education department. esok ada kelas bio, originally cikgu sun nak ajar bab 3, but then after getting advise from pn.zarina, dia cuma nak buat some revision sikit bab2 form 4. Actually, aku tengah pikir camne nak revise balik semua pelajaran for the exam, aku ni sorang yg tak suka belajar alone. kalau boleh, drp kelas tuision tu baru aku boleh revise balik. ni tak tau le camne ni. kusut kepala aku ni! hari ni sobree merajuk la pulak sebab kitaorang haruk dia hari ni. ala sobre, lilek la, takkan hal kecik ni pun kau nak ambik hati. kalau ye, aku mewakili budak2 ni menyusun 20 falank memohon maaf atas keterlanjuran kami. Sorry ye! Okey la, aku ade banyak keje yg perlu disettlekan, terutamanya hari guru ni. nuar suruh aku buat power point for the teacher's nominees. aku tengah cari background yg sesuai untuk buat bendalah tu. kalau aku rase rajin, lawa la benda tu, kalau tak sebaliknya. Okey la, esok nak bangun awal pegi kelas. Bye!


My best friend since form 1, Sobre.

Sunday, April 24, 2005

Pengorbanan yg tidak dapat kubalasi

berterbang-terbang si burung camar,
menyambut akan kelahiran anak yang satu,
hatinya girang dan penuh kasih sayang,
hari bermakna disambut dengan mesra.

dibelai, dimanja, dikasihi dan disayangi,
dipupuk dan dijaga rapi,
segala kemahuan akan dituruti,
segala kerenah dilayan tanpa sebarang rungutan,
bersusah payah siang dan malam,
semata-mata mencari sesuap rezeki,
untuk anak kecil ini,
pengorbanannya besar tidak dapat kubalasi.

diajarnya merangkak dan berjalan,
agar menjadi orang yang cekal,
jatuh dan bangun adat kehidupan,
tangan dihulur bantuan diberi,
segala tunjuk ajar dan arahan dituruti,
supaya menjadi anak yang berguna.

engkaulah pelindung yang melindungi anak kecil ini,
engkaulah payung yang sentiasa berada di sisiku,
segala ancaman akan kau tepisi,
demi anakmu yang dikasihi,
tiba-tiba awan hitam menyelubungi kecerahan sang suria,
merampas segala-galanya dari hidupku ini,
engkau meninggalkan ku tanpa sebarang ungkapan,
dari bibirmu yang penuh dengan kasih sayang,
raut wajahmu penuh dengan kesayuan,
meninggalkan daku keseorangan.

aku ibarat kapal layar,
yang terumbang-ambing di tengah lautan,
tanpa sebarang pengemudi,
yang mahu melayarkan ku,
kesayuan dan keceriaan wajahmu,
bermain-main di kotak fikiran ku,
mengimbau kembali kenangan manis kita berdua,
ku doakan mu pada setiap masa,
agar ditempatkan di kalangan orang beriman.

bondaku

Friday, April 15, 2005

Hai.....Hai.....Hai!

Kita berjumpa sekali lagi di malam yang agak indah ini. Hari ni aku tak dapat nak citekan tentang pompuan yang beranak tu sebab tak cukup idea lagi la! Aku tengah main game kat funbrain.com ni, tu sebab sambil main, sambil buat blog as an ideom said, 'killing two birds with one stone'. Mlm ni aku nak cite la sikit tentang ape yg berlaku kat sekolah aku hari ini. As usual kitaorang belajar except pagi tadi, sepatutnya oral tapi kitaorang dipanggil untuk ambik buku bukhary yg baru (Sama je isi dia, tapi cover dan warna dalamnya sahaja yg mengalami evolusi). Thank you kami ucapkan kpd Al-Bukhary diatas sumbangan tuan dlm menggerakkan pelajar2 kita pada zaman sekarang. Pas tu cikgu ramli masuk kejap, dan dia membacakan 'Cermin Diri" yg kitaorang hantar kat dia. Banyak2 tu, yg paling hangat sekali dak marzuki punye la. Mana taknya dia punye buat using komputer while the others hanya pakai tulisan original je, pas tu dah la lawa, siap dgn pantun yang sungguh bisa sekali mautnya ke atas cikgu ramli (jgn marah mazu!). Anyway, yg penting aku punye simple dan padat, tak banyak ngomel benda2 yg karut2 ni. Habis bm, kitaorang belajau fz dgn mm. Fizik kali buat eksperimen rintangan dalam dimana kump. aku dipelopori oleh yus (gambar di bawah ye!) dan alhamdulillah, berjaya jugak eksperimen kitaorang. Pas tu ada la sedikit perbincangan mengenai eksperimen yg lepas, aku dapat sikit je yg betul, yusri pergh! takyah nak cite la, satu je salah. Time mm, macam biasa buat latihan yg telah diberikan. Pas rehat, kitaorang pegi lab komputer utk est-pn. daslina dan kitaorang bukak internet dan diberi tugasan tertentu, tapi biasalakan budak2, mesti ada otar dia. Ada yg bukak mail, ada yg bukak blog, ada yg bukak lagu dan macam2 lagi kerenah budak ni. Anyway, teacher das kan sporting giler, dia tak kisah pun, malah dia pun sama, check dia punya mail (guru borek, murid rintik). Lepas est, bm pun menyusul dan dibuat di lab jugak. Pembentangan dibuat macam biasa, cuma hari ni satu kump. je, iaitu kump. dak farra. Bentang punya bentang lepas tu kitaorang blah pegi dewan makan sebab ada penataran ULBS BM & BI. Habis around 1.30pm, than balik kelas buat bodoh, takde la buat bodoh, sebab kump. dak raf bentang pulak diorang punya pqs. Setelah penat mendengar bebelan mereka yang penuh berilmu, kami pack barang2 kami tuk blah, petang takde kelas sebab esok cuti sempena Melaka bandaraya bersejarah (sepatutnya ada, tapi budak2 asrama dah merayu, terus ganti hari khamis depan). So, that the story for today, about me and my friend at school. But, not to forget my family as well. Balik je rumah kena layan si kenit sorang tu. Punye la sengal sebab hari ni dia asyik mengaruk je, mungkin sebab ayahnya takde di melaka, sebaliknya di jb. Aku pun apa lagi tension la, and aku pun jadi pemarah balik. Letih punye pasal, aku gasak tidur sampai kul 6.30pm. Bangun2 je kena belasah balik dgn dak piah. Adik dia, Amirul Muntasir baik pulak hari ni, aku pun kadang2 konpius la, kakak dan adik perangai kadang2 berubah (sian mak dan ayah diorang!). Si piah tu baru je tidur atas sofa depan dan hari ni piah kena tidur bawah sebab dak amirul tu panas, dia suka tidor dalam keadaan yg sejuk. Anyway, that's all about my family. Nanti aku akan citekan dgn pangajng lebarnya. BYE!

bebudak 5A1
Budak2 5A1 yg cemerlang!

g-jan
budak yg paling pandai!

'pandai!
Jaguh2 olympiad matematik kebangsaan 2005


wak
Our entertainer, wak!

yus
The smile of victory and excellency from yus!

mnw
Ust Mat Nawi, guru arab kitaorang (mentor dak yus)!

kp
Our head prefect, Khairul Anuar!

qmr
Our hostel captain, Khairul Qamar!

kembar
A firm and yet a strong combination of twin!

Tuesday, April 12, 2005

Persaingan yang hebat!

Semua keputusan ujian sudah berada di tangan hamba. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat 7A dalam ujian kali ni, tapi kimia pulak yang out! 46 je, x pernah dalam seumur hidup aku kimia dapat below 46, except for last year (I think so la!). But, aku nak cerita la sikit tentang budak yang dapat 10A dalam ujian kali ni. Dua2 dah la pandai dalam bidang mat dan sains, wakil pulak sekolah dalam olympiad matematik peringkat kebangsaan 23/4/2005 ni (ada lagi 2 orang budak pompuan). diorang ni aku cakap memang power giler la! masa study, study betul2 dan serius, bab main ada la jugak tapi diorang ni pandai control la kan. bila puji diorang terasa aku ni lemah dan x mampu nak menyaingi mereka, but aku still ada ethusiatic untuk cuba mengalahkan mereka berdua dalam masa yang terdekat ni coz that's my TARGET! Muka2 inilah yg bakal menentukan kejayaan SMKTP dlm tahun 2005 ni. Walaubagaimanapun, kita seharusnya sedar bahawa yang menentukan segala-galanya adalah Yang Maha Esa, kita just berusaha dan terserah kepada-Nya untuk menentukannya. Anyway, I just to say this night that they are 'the best among the best'. One more thing, last week aku x masuk kelas hari khamis sebab ambik hadiah kat Dewan Bestari, Bkt Baru. bila St.David diumumkan sbg johan peringkat negeri, aku betul2 frust, yelah dah la kalahkan aku time semi final, pas tu menang pulak kalahkan St.Francis....hmmmmmmmmmmm. Tapi yg bestnya pulak teacher das belanja kitaorang shakey after that. Aku, masya-Allah makan macam dah lupe dunia. pizza teacher order dua keping, aku pulak makan fettucini carbonara + air 2 jag + ayam goreng + garlic bread + daily soup. teacher blah awal sebab dia nak renew roadtax, kitaorang pas tu bergambar dan bermesra sambil memesan dessert pulak (kawan aku belanja, thank!). Around 1 pm kitaorang call mr. jo dah sambil menunggu sempat membeli something for someone at school. Balik2 je kena pegi Johor visiting my sister yg terberanak pagi tu, dan aku pun skip my class on Friday. Nanti aku citekan lebih detail tentang pompuan dan anaknya ini. Aku dah letih la ni, esok kena sekolah as usual la kan. So, meet you in another time, BYE!


Barisan debators yang mantap!


Penyambung warisan debator team STP!



My best buddy Khalil @ koe


With my old ex-primary school, Nadhirah


Me, CTM and Nadhirah. Working together in debate.


Kak Daslina yang cool dan sporting. Steady kak Daslina!

Wednesday, April 06, 2005

Salam pertemuan

A'kum dan salam sejahtera kepada para tenet di luar sana. Sebagai madah bicara kita pada hari ini, ingin saya mengucapkan selamat datang and welcome to all of you. saya merupakan seorang student sekolah menengah dan berumur 17 thn (spm tahun ni la!) . ibu saya baru sahaja meninggal dunia dua bulan lepas dan saya seorang remaja yang mempunyai nafsu untuk melakukan segalanya di dunia perlu mengawal diri saya supaya tidak terjebak ke dalam kancah jenayah. sekarang ni dunia pun dah tak betui dah. bumi skrang ni tengah busy menggerakkan dirinya dan hasilnya, banyak kejadian gempa bumi berlaku terutamanya di indon. ini merupakan amaran drp Allah dan tanda2 nak kiamat. kita sbg seorang manusia harus mengambil iktibar drp kejadian ini, tetapi banyak manusia kian alfa dan sentiasa melakukan syirik rububiah (baru belajau tadi) dan syirik huluhiah (pun sama). maka, sedarlah wahai manusia seantero dunia bahawa bumi ini sudah tua dan kita sepatutnya bersedia dari sekarang untuk menghadap Allah yang Maha Esa dan Berkuasa ke atas sesuatu yang dikehendaki. sbg penutup pertemuan kita pada hari yang bersejarah ini, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!