"Assalammuailaikum mak,
Apa khabar? Faiz kat sini sihat je. Dah hampir 2 tahun Faiz ada kat bumi India. Alhamdulillah, semuanya baik2 sahaja. Faiz rindu kat mak. Dah 4 tahun mak menghilangkan diri dari pandangan kami semua. Dah lama Faiz teringin nak dengar suara mak. Dah lama jugak Faiz teringin nak makan gulai tauchu ikan selar dan sambal tempoyak mak. Angah punya tak sesedap mak punya, huhuhuhu. Sepanjang pemergian mak, Faiz rasa yang Faiz ni macam dah jadi matang sikit, walaupun kadang2 ada yang kata Faiz macam budak2 lagi. Banyak tul dugaan dan cabaran yang Faiz tempuhi. Ada yang ok, ada yang susah Faiz nak atasi. Sekarang ni kan mak, Faiz rasa Faiz dah jadi makin malas. Kelas dah berapa banyak kali dah ponteng. Kalau masa sekolah dulu, nak ponteng pun takde peluang sbb takut mak marah. Ni la masalahnya bila duduk jauh sangat dari mak, huhuhuhu. Kalau masa klinikal kat hospital, Faiz selalu takut nak 'present' kes kat depan doktor. Kalau time Faiz je, mesti panik gila la! Seboleh2nya, Faiz nak aje tolak kat kengkawan yang lain, huhuhuhu. Kalau exam pun, selalunya praktikal mesti Faiz ponteng sebab takut kena marah ngan doktor kalau buat salah. Selalu pegi teori je, huhuhuhu. Ntah la mak, bila la anak mak sorang ni nak jadi berani macam mak, huhuhuhu. Ayah? Kalau tentang ayah, ayah ok je. Angah sekarang tengah buat master. Kalau mak dengar tentang dia ngan master dia, mesti mak terkejut, ngan berapa banyak buku yang dia rujuk, baca. Memang ulat buku tul dak angah tu. Kak dila lak, sekarang ni kan dia tgh mengajar kat Gombak. Ayah suruh dia balik je kerja kat Melaka, tapi ntah la, dia macam dah suka sangat kat Gombak tu. Tengok la macam mana nnt. Baid, masih lagi kat sekolah agama tu. Doa2 la baid lulus STPM nnt! Arif dah nak abih dah degree dia. Tak lama lagi, ayah nak pinangkan dia ngan budak pompuan pilhan arif dari Terengganu. Nama dia ayu. Ayah pun dah suka ngan budak tu. Daripada tunggu lama2, baik terus pinang dan kahwin terus, betul tak? Cucu2 mak semuanya sihat2! Sekarang, mak dah ada 4 orang cucu; Sofea, Aser, Muhtadi dan Muktafi! Semua comel2 dan nakal2, huhuhuhu, hyperactive macam mak dia, hahahaha.
Faiz rasa sampai sini dulu la Faiz tulis. Mak jangan risau. Sekarang ni keluarga kita bahagia, walaupun along dan pun ada bersama2 ngan mak. Nnt mak kim salam kat along, cakap kat dia yang Faiz rindu dia punya masakan 'western' dia. Doakan anak2 mak, semoga kami semua berjaya! Bye mak................!!!!!
Yang merinduimu,
Anakmu.............. "